Chill Pizz JB: Pizza Halal & Sedap di Pasar Dahlia (Grab Delivery Available) | Selepas beberapa bulan terasa nak makan pizza, dan disusuli dengan craving yang teruk minggu lepas, semalam balik je kerja terus buka Grab. Scroll mana-mana kedai atau gerai pizza yang mungkin kena dengan selera aku (walaupun sekadar tengok dari gambar je). Kali ni aku teringin pizza biasa je, bukan pizza wagyu ke apa.
Scroll punya scroll, ternampak satu kedai ni – Chill Pizz. Ya Allah, serius baru tahu dia ada dekat Grab. Padahal last year, Yana, kawan aku, pernah recommend pizza ni kat kami. Ni kiranya kali kedua aku order, dan kali ni aku introduce pula pizza ni kat family aku. Hihi.

Aku order dari Chill Pizz yang terletak di Pasar Dahlia, JB.
Masa tu, beberapa minit je lagi sebelum kedai tu tutup delivery dekat app grab. Dengan pantas, aku cepat - cepat order. Rezeki weh 🥲.

Aku beli set yang ada 2 size medium pizza, dan satu side dish (boleh pilih).
Aku pilih pizza Aloha Hawaiian, dan Beef Paparoni. Side dish - Nugget.
Oh ye, kedai Pizza ni Muslim Owner punya, so kita tak adalah rasa was - was nak makan. Harga dia not bad, berbaloi dengan portion dan rasa.
Personal Review:-
Rasa dia…macam rasa pizza la hihi. Gurau je. Rasa dia ok, sedap dan kena dengan selera aku. Doh pizza dia pun lembut, dan tak keras or tak liat. Next time kalau terasa nak makan, aku nak repeat lagi beli dekat Chill Pizz, Pasar Dahlia JB ni.
Aloha Hawaiian tu walaupun banyak cheese, but rasa dia tak muak. Tapi kalau nak pedas sikit, boleh taburkan cili flakes, yang mereka bagi sekali dalam set pizza tersebut.
Yang bestnya, semalam Grab hantar pizza tu masih panas - panas lagi.
Sedap kan makan panas - panas?
Kalau you guys rasa nak order,
korang boleh order melalui grab, shopee, whatsapp, atau terus walk in dan beli pizza dekat kedai mereka. Korang boleh waze,
“Pasar Dahlia” - dia memang dalam kawasan situ. Deret kedai area Pasar Dahlia JB.
Whatsapp (untuk pre-order)
No : +60 11-2822 2554
Instagram untuk more update

Nota : Order jangan tak order hehehe
Roulade Pizza tu sedappp gila inti dia tauuuuu. Nusantara Pizza pulak sejibik rasa nasi lemak.
ReplyDeletetak dapat rasa roulade pizza. nak rasa, dah hilang hahaa
Deletereview yang menarik.macaroni tu nampak sedap la.
ReplyDeletethanks kak,
Deletemacaroni tu memang sedap, hehe
Kalau Sis dah serbua yg beef steak tu haaaa ..
ReplyDeletePizza dia pun sedap² tengokkk
kita pun sempat bersua je sis beef steak tu, hahaa.
DeletePizza dia memang sedap - sedap (nusantara dengan dome pizza)
Sedappp pizza diaaa..akak suka dedua! Paling suka dome pizza tu sebab ade kambing 😜
ReplyDeleteyup. Inti dia sedap.
Delete