Pengalaman mengerjakan Umrah 2024 - kenangan yang tak dapat dilupakan

Farah
0

Pengalaman mengerjakan Umrah 2024 - kenangan yang tak dapat dilupakan. Maaf jika cerita ini versi throwback, aku ambil masa yang agak lama untuk sambung tulis dekat blog. Sebelum tu, Selamat Hari Raya AidilAdha semua. Semoga semuanya baik - baik untuk kita. 


Pengalaman pergi Mekah Oct 2024, antara perkara yang aku tak dapat lupakan. Kalau tanya perasaan, mix feeling. Itu yang aku rasa. Satu penyesalan, yang aku nak cerita sebab aku tak fully get ready in term of my spiritual, itu kot yang buat aku terkilan sampai sekarang. Tapi betul, orang kata sebelum pergi Mekah banyakkan solat sunat dan taubat, baca Al Quran, etc etc. Aku buat, cuma mungkin perasaan aku sangat mix feeling masa tu. Emosi kurang stabil dengan dugaan yang tak diduga. Aku rasa tu antara dugaan besar, 2024 (pada aku, walaupun tu keputusan sendiri dan aku terpaksa ambil keputusan tu untuk kebaikan sendiri). Lagi ujian tu, dua bulan sebelum aku pergi Mekah. Masa tu rasa down sikit, tapi Allah bagi kekuatan untuk aku get ready nak fly pergi Mekah.


Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Dah sampai KLIA 1 nak ke tempat menunggu sebelum berlepas.

Before berlepas, Zohor first. 

Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Masa ni dah check in, lagi berapa minit je nak naik flight masa tu. Sumpah, mix feeling. Nak nangis, terharu, terima kasih family, terima kasih Allah jemput pergi umrah masa ni. Cannot describe.

Dari KLIA1, turun Jeddah, lepas tu naik bas dengan jemaah group dan pergi ke hotel di Taif. 
2 hari satu malam di Taif.  
Nanti aku sambung story kisah di Taif,  > ni entry lepas (boleh click)

Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Cut it short, sampai je dari Taif masa tu terus check in Hotel di Mekah. Lepas maghrib or lepas isyak gitulah, kami buat Umrah pertama. Gambar di atas, selepas selesai buat tawaf.

Sekali lagi mix feeling. 
Ajaib juga, bila dah sampai sini tak ingat dah masalah, jatuh kejap, etc etc. Tapi saat sujud, terus doa - doa untuuk sembuh, improve, etc etc. 

Amazing.

Ujian? Aku tak lari dari ujian masa kat sini. 

Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Kat sana kan, apa aku boleh cakap kau akan berkobar - kobar nak buat ibadah kat sana. 
Bangun Subuh awal, 3.30am tu kira ok kalau turun Subuh (pada aku), sebab Masjidil Haram masih ada ruang.

Gambar di atas suasana selepas solat Subuh. Kalau turun 3.30am or 4am, tu dah ramai orang dan masih boleh lagi masuk ruang bawah, or saf bawah.

4.30am Kalau turun, personally aku rasa agak lambat, sebab kadang ada masa yang dekat tingkat bawah dah penuh. Tingkat 2 ada lagi, tapi tgok juga. Or boleh naik dekat rooftop, masih banyak ruang. 

Tapi tengok juga waktu solat. Yang aku bagi anggaran timing ni, masa aku kat sana tahun lepas.

Better la pergi sejam awal, untuk dapat saf kita nak.

Makna kata, kat sini semua akan berlumba - lumba nak dapat saf target mereka. 
Lagi kat depan Kaabah, itu pun antara spot cepat penuh dan ada timing.

Rindu nak solat dekat Masjidil Haram. Alhamdulillah sepanjang seminggu kat sana, bersyukur sangat dapat solat kat dalam Masjidil Haram. 
Dapat lepak dengan makcik arab, yang ajak bebual tapi macam ayam dan itik hahaha.

Makcik Arab tu pula, jenis pelik bila kita ambil air sembahyang dan guna spray air tu. 
Ada lah makcik - makcik yang dok tanya. Kita jawab, tapi bebual macam ayam dan itik tau, but masing - masing cuba faham apa yang di bualnya. Lawak bila ingat! Hahahaha

Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Nak dapat saf depan pun, kena berebut. Ada masa stay, tak nak pergi mana. Sebab kang makcik arab tu amik saf depan. 
Amazing tau dengan diorang ni, sebab siap baring - baring kau masa tunggu waktu - waktu solat tu.

Ini apa yang Mutawaif story kat aku:
Ramai orang Arab (yang datang dari pelbagai daerah), datang Mekah kerjakan umrah just ada duit untuk sewa bilik sepanjang di sana. Duit makan? Tak ada. Sebab tu kita disarankan untuk sedekah kat sana. Lebih lagi hari Jumaat, sedekah bagi makan InshaAllah, ada ladang pahala untuk kita. 

Sedekah kat sana pula macam mana? Sedikit tips sedekah dekat Mekah 
Kalau korang tak tau nak sedekah macam mana. Ask help from your mutawif. Rezeki, dapat mutawif yang sangat helpful, sampai offer diri nak tolong, dan boleh ikut saat kita nak sedekah tu.

Atau korang sedekah dekat orang - orang kutip sampah dalam masjid. 
Mutawif cakap, mereka orang susah. So sedekah je kat mereka. 

Pernah before nak pergi Madinah, aku dengan adik sedekah lotion, makanan ringan, or apa yang boleh sedekah dan mereka guna atau makan. Ask them to share among her friends. Suka dia wak. 

Atau bawa je, jajan pergi Masjidil Haram. Sebab antara waktu sembahyang, memang akan ada orang arab bawa sedekah makanan ringan, macam gula - gula, coklat, kacang, gitu je. Bila dia hulur makanan kat kita -  ambil, rasa dan makan. 

Itu kot, huda rasa sedekah paling selamat kat sana since kami dua beradik je pergi sana.

Kat sana lancar sangat, Alhamdulillah. Cuma macam aku cakap, masing - masing ada ujian sendiri. Tapi in term of pergerakan kami di sana, semua berjalan lancar. Walaupun kaki tu sakit, tapi Allah permudahkan. Allah lancarkan. Sepanjang jalan, zikir InshaAllah, itulah antara yang hilangkan masa penat kita.

Antara zikir aku amalkan masa jalan, “SubhanaAllah, Alhamdulillah,” - amazing rasa kurang sakit.


Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan

Air Zam - Zam
Selalulah minum air zam - zam tau. Oh, lagi satu bawa je botol plastic kecik, topup air zam - zam.
Boleh. Kau bolehkan je. Sepanjang aku buat, Alhamdulillah ok.

Ada sejuk, ada suhu normal. But Huda memang topup yang sejuk all waktu hahaha. Ok je. Kat sana memang tak batuk. Sihat sepanjang kat sana, Alhamdulillah. 

Topup yang dekat Tong air tau. Dekat mana - mana ada sepanjang tempat solat tu. 
Itu juga yang legakan bila kita dahaga. 

Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Masa dalam gambar ni hujan lebat dekat Mekah . Waktu ni nak zohor ke nak asar gitulah. 

Rezeki juga dapat solat kat depan Kaabah, tapi saf belakang sikit, but still nampak kaabah, thanks to adik aku yang ajak aku ke sini. Dia macam rasa, Ya Allah how amazing-nya that feeling. Tengok hujan lebat. 

Experience - masa ni, ramai berhenti jalan, dan doa. Doa jela apa - apa.

Tips nak solat kat depan Kaabah - Masa aku pergi tu, dia akan buka time nak solat. So kena datang awal, beratur. Guard situ buka je, masuk la cepat - cepat.

Kat sini semua kena cepat, rebut saf. Itulah yang amazing experience kat sini. Feeling tu datang sendiri. 
Masa tulis ni pun masih ingat feeling aku kat sana yang masih berbaki. 

Sumpah rindu. Moga kita ada rezeki nak pergi sana lagi. Dan aku dah Faham kenapa yang dah pergi sana, rindu. 

Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Selepas solat Subuh. Masa ni beberapa hari sebelum ke Madinah.

Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan

How about explore makanan kat sana?
Aku betul - betul ikut timing, dan jadual under Tabung Haji. Kebanyakan waktu makan, kami hanya makan di hotel sahaja. Tapi boleh je waktu Takde aktiviti nak explore, cuma aku dengan adik aku pilih untuk makan apa yang ada.

Jangan cakap bosan, nanti feeling bosan dan tak ada selera tu datang. 
Since pernah terdetik kat hati, memang ada je masa - masa yang aku tak lalu makan kat sana. 

Biasalah lauk hotel, sama.
Jadi makan je apa ada.

Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
But 2,3 hari sebelum pergi Madinah, aku dapat peluang lepas Isyak (yang memang time free), pergi cari Al - Baik near hotel. Dapat. Masa ni nak rasa sangat, Al Baik tu.

Dengan sakit kaki tau, sanggup cari, nasib baik dekat dengan Hotel.
Aku pergi sorang.


Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Dekat area Hotel ni, ada Nugget dgn Burger. Tapi nugget dia isi ayam, padat!

Rasa dia ok, not bad. Cuma walaupun original aku rasa pedas 😅. Spice Mekah banyak yang tak kena dengan perut aku, angin banyak dan ada masa kadang gestrik serang. Mujur bawa ubat. Walaupun makan kat hotel, dan jaga makan sebab spice dia tu tak kena walaupun ambil Lauk sikit.

Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Dekat sini, nak order dan collect ada different section antara Male dan Female. 
Itu kot yang rasa senang.


Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Masa nak naik escelator pergi Al Baik tu, memang lalu depan Miniso. Dari jauh dah nampak section Barbie collection, warna pink! Aku singgah kejap. Memang aku aim lama since dekat Malaysia, dengan tengok iklan masa tengah viral. Memang agak lama aku aim, finally jumpa kat Mekah. Tapi aku tak terus beli. Ambil masa.

Bila dah fikir, beberapa jam sebelum tawaf Wada’ lari jap, sebab masa tu kat JB tak jumpa lagi. Tak tau lah, sebab aku cari je tak ada masa tu. Tapi terjumpa Kat Mekah.

Finally dapat satu tumblr Barbie! Itu pun beli, masa beberapa jam sebelum pergi Madinah.

Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Eeee comelkan! Kita memang dah lama target nak ada tumblr hot pink satu. 
Alhamdulillah dah dalam collection =D

Pengalaman pergi Umrah Oct 2024 - Kenangan tak boleh dilupakan
Ni Replica Gua Hirak. SubhanaAllah, dapat tengok beberapa sejarah Rasulullah dekat sini. 
Perasaan tu pun tak terkata. 

Info - Aku tak nak cerita details package yang kiteorang ambil. Tapi, dalam package tu, ada beberapa kali ziarah (di 3 kawasan Miqat). Total 1 Umrah Wajib, 3 kali umrah sunat, tawaf sunat (sendiri, tapi kami ajak Mutawif), memang Umrah or Tawaf Sunat ajak Mutawif and ramai - ramai masa tu. Setiap Kali Lepas ziarah, kami akan buat Umrah Sunat lepas tu. Jadual Tabung Haji yang pack, tapi best! 

Umrah Sunat pun, kalau nak buat ok, tak buat pun ok. Mutawif offer, kalau nak buat Umrah Sunat dengan dia berkumpul kat lobi. Itu yang setiap kali buat Umrah, kami satu group buat dengan Mutawif.

Alhamdulillah dapat ikut semua program bawah Tabung Haji, dan terima kasih sangat dapat rezeki jemaah - jemaah group yang memasing supportive (buat aktiviti dalam grouping), dapat mutawif yang baik dan ok je kalau kami ajak sekali untuk buat Umrah, dan Tawaf Sunat, dan dapat pengiring yang baik dari Malaysia sampai ke Tanah Haram, pulang kembali ke Malaysia. 

Thank you Tabung Haji for the best service and give us amazing experience.
Jadi pilihlah Tabung Haji, eh hahaha. 

My Advice - kalau nak pergi Umrah, cari mana - mana Agency yang ok. The reason I pilih Tabung Haji sebab dari experience my parents itself. So masa tu, adik suruh aku pilih, aku terus cakap Tabung Haji.

Bulan February 2024, daftar. Bulan October 2024, kami terbang mengerjakan Umrah. 

Kursus Umrah - 2 kali kot, aku dengan adik aku pergi kursus Umrah. Ok bab kursus Umrah ni, Actually tak kisah je korang nak pergi yang mana, under ustaz or ustazah, atau Agency yang anjurkan. Sebab sama, cuma penyampaian setiap ustaz, ustazah berbeza. Yang penting, masa kursus tu, kita belajar dari ilmu dan pengalaman mereka. Ustaz, ustazah kata better pergi kursus Haji punya even niat kita nak pergi umrah sebab dekat kursus Haji lebih lengkap. InshaAllah next kita pergi kursus Haji pula. 

Study balik, dan fahamkan jadual program (under package yang korang ambil) before gerak. Lagi better. Tengok pengalaman - pengalaman orang, untuk lebih nampak gambaran before ke sana. Lazimkan buat solat solat sunat sebelum ke sana. Prepare doa. 

Orang kata, kalau nak pergi Umrah ni, ada ujian tersendiri. Dari sebelum, semasa, dan selepas. Yup, aku pun rasa ujian - ujian tu. Tapi disebalik ujian tu, Allah bagi kita ‘bunga - bunga’ hikmah yang finally one day kita nampak. Yang finally one day kita rasa, is it what I pray before, Ya Allah. 

Kadang sampai terdetik - nikmat Allah yang mana aku nak dustakan?

InshaAllah, nanti huda sambung lagi story. 
Semoga Huda dan Family dapat datang ke sini lagi satu hari. 

Thank you Ya Allah bagi Huda ‘healing’ masa dekat Mekah tempoh hari =D

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !