Review Buku Noktah yang Memujuk by Iddin Ramli | Assalamualaikum and hai. Since dah lama dok follow Iddin Ramli, so ni antara buku keempat aku beli dari beliau secara online.

Buku Noktah yang Memujuk ni adalah kompilasi jilid 1, jilid 2, dan jilid 3

Buku ni ada 600 pages,
Harga asal RM60, tapi,

Beli reject sales punya dapatlah RM15.90.
Reject dia, just ada kedutan sikit belah atas page (maybe masa print tu kot). Itu pun beberapa helai je. MasyaAllah, thanks Iddin Ramli jual buku murah - murah.
Beli pula dekat bag orange, so dapatlah lagi discount.
Bahasa yang digunakan di dalam buku - buku Iddin Ramli.
Mudah difahami,
Ringkas,
Info dan penerangan yang baik,
Ada ayat Al Quran, maksud dan refleksi surah (Buku Tuhan Tak Pernah Pergi).
Cara beliau menulis tu lembut je rasa, bila baca. Mudah difahami. Ini antara sebab kenapa huda repeat beli buku beliau.
Nota : Next will review buku beliau yang lain, yang Huda beli tau. InshaAllah.
Siapa Iddin Ramli?

Reason beli :
Since Huda suka membaca (bukan ulat buku), dan suka pilih random buku (since 2014). Jenis follow random review buku dekat media social. Tu la terasa nak beli since dah tengok banyak kali Iddin Review buku beliau di media social. Dari beli satu buku, dan maybe ni buku ke 4 kot Huda beli. Sebab bahasa yang digunakan sangat mudah difahami, tak complex. Iyelah, lagi isu berkaitan motivation dan agama - mostly huda suka jenis yang senang nak faham bila baca.
Berikut merupakan tangkap layar (screenshot) untuk buku Noktah yang memujuk

Noktah yang Memujuk 3

Noktah yang Memujuk 2

Noktah yang Memujuk 1
Bila sesuai nak baca buku Noktah yang Memujuk
Bagi Huda, bila - bila masa yang diperlukan. Untuk Huda yang suka random bila baca buku, saya pun memang akan random je. Contoh, huda akan pick je mana - mana muka surat (jika buku seperti Noktah yang Memujuk), sebab dia jenis poem - untuk Noktah yang memujuk 1, dan 2. Bagi Noktah Memujuk 3 dia actually ada few topic, contoh tentang memaafkan, tentang meminta maaf, tentang overthinking, tentang kenangan. Dan setiap topic tersebut, ada Qoute dan penerangan. So kalau gitu tak boleh random, huda jenis baca by topic (habis satu topic, sambung satu topic).
Apa yang dapat dari buku ni,
Beautiful word about certain topic, poem, yang di bawa berkaitan dengan motivation dan agama. So kat situ kita pun macam fikir, oh betul juga. I should buat gini gini (misalnya).
Basically most of agama, motivation book ni, akan datang dengan main topic, niche, dan penerangan yang di bawa oleh penulis. So dekat dalam buku tu, kita akan dapat manfaat. InshaAllah.
Sekian sahaja topic untuk kali ni, InshaAllah kalau ada kesempatan Huda akan review buku lain pula.
Nota : Rindu tau nak review buku/novel (keyword dekat blog - Review Novel). Lama tak review kat blog ni. So as plan, tulah Huda buat review. Moga memberi manfaat pada kalian.

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.