Makan malam dekat Andak Station

Assalamualaikum =D

Hai korang. Macam biasalah, huda nak share personal review makan dekat Andak Station. First time sampai sini. Cerita dia, huda join ain, zaki, kak hernee dan family, makan malam dekat Andak Station. Location dia senang cari, cuma kedai dia ke dalam sikit, agak confuse. Sebab Andak Station one of kedai makan baru area sini, belum ada sign board lagi. Takpe huda show korang location tu nanti, maklumlah huda kalau pertama kali pergi sesuatu tempat mesti waze, even dalam JB sekali pun. Kang sesat, pening pula dah ler drive sesorang.


Makan malam dekat Andak Station
Inilah dia, hidangan pilihan kami malam tu.

Mee Sizzling special, Laksa Johor, Nasi Ayam, Soto, Otak- otak, Sate, Nai Lemak.

Nak cakap makanan dia kat sini not bad.

Andak Station ni, kira menyediakan makanan - makanan tradisi Johor la gitu.

Makan malam dekat Andak Station
Ain siap buat love gitu, hehehe.
Kiteorang, kalau makan dengan geng media mesti amik gambar dulu, haha. 


Makan malam dekat Andak Station
Kalau datang Johor, rugilah kan kalau tak makan laksa Johor. 
Kat JB, ni walaupun ramai je yang jual Laksa Johor. Tapi huda susah nak suka.

Bila rasa Laksa Johor dekat Andak station ni, dia menepati cita rasa huda.
Sedap.

Makan malam dekat Andak Station
Mee Rebus.
Kalau datang Johor, korang memang kena makan Mee Rebus ni. First time rasa Mee Rebus kat Andak Station, not bad tau rasa dia. Sedap.

Mee Rebus pun, huda very selective juga.
Tapi sedap juga Mee Rebus kat Andak Station ni.

Makan malam dekat Andak Station
Nasi Lemak berlauk. 
Ada telur goreng, ayam goreng, dan daging rendang.
Sambal dia tak pedas, sedap.

3 menu ni, kira signature dekat Andak Station.
Korang kena try tau.

Makan malam dekat Andak Station

Makan malam dekat Andak Station
Kalau nak makan Mee Sizzling pun ada.

Makan malam dekat Andak Station
Mee Sizzling dia pun ok juga rasa.

Makan malam dekat Andak Station
Soto dia pun not bad juga.
Kalau datang Johor, korang memang kena rasalah Soto ni tau.

Kuah dia berasa.
Sampai teringat kat Mak kat rumah, haha. Mak suka Soto.

Makan malam dekat Andak Station
Namanya Soto Mama.
So, boleh la try Soto Mama kalau korang datang sini.

Makan malam dekat Andak Station

Makan malam dekat Andak Station
Bila kedai macam ni, memang sempoi kalau ada Otak - otak, dan Sate.
Nilah makanan ringan yang sedap kalau makan waktu malam bersama family, atau kawan.

Otak - otak dia, sate ia not bad la rasanya.
Sedap. 
Huda siap beli bawa balik rumah, Sate dan Otak - Otak tu.

Makan malam dekat Andak Station
Andak Station dia belah dalam sikit. 
Korang masuk je lorong kecik yang bersebelahan workshop tu.

Ni alamatnya :-
13556, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

Makan malam dekat Andak Station
Nanti sampai andak station.
Tempatnya luas. Andak Station ni, kira macam berkonsep food court.
Selamat bawa family, sebab luas dan kedainya ke dalam.

Facebook

















4 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. ada masa nanti saya nak pergi jugaklah

    ReplyDelete
  2. Wahhh, heavy foos semuanya. Dan for org nak cuba makanan Johor without queue panjang disarankan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak beratur panjang. Recommended cuba sini makan

      Delete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.