Ejen Ali Musim 3 dah mula ditayangkan di Disney+ Hotstar

Assalamualaikum=D

Seronok rupanya Ejen Ali ni, dek. Best pula aku tengok tadi - antara dialog perbualan huda dengan adik bongsu.

Ejen Ali Musim 3 Review
Actually hari tu, huda dengan adik bongsu, berkesempatan tengok Tayangan Perdana dekat Paradigm Mall, JB.

Ejen Ali Musim 3 Review
Kita siap jumpa mascot Ejen Ali

Ejen Ali Musim 3 Review
Dia siap lambai kita wak 😂

Ye benar. Sejujurnya, ini kali pertama huda tengok Ejen Ali. Sampai sekarang tak habis lagi nak study episode lepas Ejen Ali, hehe. Iyelah, dia mestilah ada kesinambungan watak dan perwatakan, dari episode ke episode kan? Paling geram dengan Ejen Ridzwan. Kau ni siapa? Apa Muslihat kau? Kau group MATA ke Group sapa? Nilah antara persoalan yang berada di benak aku.

Baru tengok Episode 3, Sabtu lepas dekat Disney+ Hotstar
Yes. Hari tu huda dan adik bongsu, sekali lagi tengok sambungan episode 3 dekat Disney+ Hotstar. Dalam siri ni, ejen - ejen yang nak upgrade kuasa mereka diberi pilihan pilih nak upgrade kuasa macam mana. Tak sempat tengok Ejen Ali try dia punya power baru, dah bersambung.

Apa yang best Episode Ali Musim ke3 ni?
Best. Dalam Musim ke 3 ni, kita boleh saksikan Ejen Ali dan rakan - rakan MATA, bersama dengan ahli kumpulan lain yang dijemput join MATA, merebut tempat dalam pertandingan MATA anjurkan. Siapa yang akan menjadi ikon dalam MATA? Adakah Ejen Ali dapat ikut jejak langkah mak dia? Iris dah tak ada kat dia. Power ke Ejen Ali tu, bila IRIS takde?

Nak tahu power tak power, memang korang kena tengok Ejen Ali musim baru ni dekat Disney+ Hotstar.

Siapa Ejen Ali ni sebenarnya? Macam mana dia boleh jadi Ejen pula?
Ejen Ali merupakan seorang budak sekolah rendah, yang dengan tidak sengaja dapat IRIS. IRIS tu datangnya dari MATA. IRIS tu kira paling power lah. IRIS ni merupakan sebuah cermin mata, yang lengkap dengan perisian lengkap komputer. Kira IRIS ni power lah. Untung Ejen Ali dapat. IRIS tu mak dia yang buat. Since IRIS tu dulunya Ejen Ali dapat secara tak sengaja, IRIS ni hanya boleh dipakai Oleh Ejen Ali sahaja, sebab system dah authorised Ejen Ali. Yang lain tak boleh pakai. 

Bila pakai IRIS, boleh nampak musuh dari arah mana ke mana. IRIS siap tunjuk arah lagi, nak attack dari mana ke mana. Tepat sangat target yang IRIS bagi. Sebab semua dah diset. Itulah antara salah satu keistimewaan IRIS. 

Waktu Tayangan Ejen Ali Musim ke 3
Setiap Sabtu - 3 petang
Hanya di Disney+ Hotstar

Ejen Ali Musim 3 Review
Ejen Ali siap peace kot hahaha.

Ejen Ali Musim 3 Review
Dapat la tangkap 1,2 gambar masa Tayangan Perdana hari tu. Siap ada quiz bagai.

Sekali lagi, nak cakap Ejen Ali ni best.
Iyelah, akak ni jarang tengok cartoon dek. Tengok pun yang biasa tengok, atau join la adik - adik tengok. Maklum jela, lepas busy study dulu, kita busy kan diri dengan kerja dan blog. Tu yang baru sempat tengok Ejen Ali. Dan sempat teruja dengan performance Ejen Ali Musim 3 ni, sampai tak nak lepaskan peluang tengok episode baru setiap hari Sabtu, jam 3 petang dekat Disney+ Hotstar.

Comment akak (sekali lagi), nak bagitahu cerita ni memang best. Dan akak recommend sangat kat korang untuk tengok.

2 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. Aku pun tak tengok sangat ejen Ali ni.. tapi.. kadang kadang ada org dah bukak tu, aku layaan jugaklah.. haha.. Nice la.. bertambah powerr skrg ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, hahaha best mmg. Comel pun comel si ejen ali tu

      Delete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.