Blogging sebab minat, dan tiba - tiba rajin edit blog sebab nak blog cantik

May 05, 2021

Assalamualaikum, =D

Rasanya kalau korang rajin singgah blog Farah, mesti korang dah selalu dengar, atau terbaca cerita ni. Even dekat "about me", pun aku dah terangkan. Waimah dekat kisah blogging pun aku ada story sikit. Tapi rasa nak tulis, sebab tetiba dapat satu persoalan yang very theeee...., "blogging sebab duit ke?". 

Kalau disoal dengan gaya pertanyaan yang aku boleh terima, oklah aku tak terasa. Tapi bila di tanya dengan soalan terjah macam tu, derr sapa seh tak terasa. Gitu. 

Statement yang aku boleh cerita, memang aku blogging sebab minat. MINAT. HOBI. Aku pun tak tahu, celah mana datangnya minat pada penulisan walaupun karangan aku tak adalah dapat A++ masa kat sekolah dulu. Menang cerpen pun, sebab cikgu kata "Farahuda, cerpen awak panjang. So sebab tu awak dapat no 1 dalam kelas". Masa ni pertandingan buat cerpen dalam kelas aje.  Maybe kat situ cikgu tengok usaha. Walaupun sebenarnya farah pun tak tahu, karangan farah tu sedap ke tidak. hahahaa. 

Mula - mula blogging memang sebab MINAT. Sekali bila dok asyik blogwalking dekat blog blogger lain, dan tengok ramai gila blog yang lawa, lepas tu ramai followers, dan pembaca. So kita pun, semangat nak belajar cantikkan blog supaya ramai yang datang blog kita. 2012 memang farah 'sakan' sangat edit sana, sini. 

Only I know, how up and down selama beberapa tahun farah blogging. And farah pun tak tahu macam mana nak story dengan korang. 

byfarahh.com

Alhamdulillah, dari header sampai ke satu blog ni farah edit sendiri. 
Belajar since akhir 2011, masa awal start active blogging. 

Even ramai blogger senior yang pesan, "blogging jangan sebab duit. Nanti kejap je". Betul. Alhamdulillah hampir 11 tahun blogging memang MINAT

p/s: kalau nak tahu, farah ni suka berangan menulis cerpen. Dari tulis dekat kertas, baik buat satu medium yang orang baca dan confirm akan ada pembaca. So I try ler blogging. Alhamdulillah till now. 

Ok doakan farah ada idea nak blog. Sesungguhnya nak consistent tu bukan senang guys. 




You Might Also Like

3 Comments

  1. Hanya org yg betul2 minat berblog ja yg faham kan kepuasan menulis tu mcm mana

    ReplyDelete
  2. OM pun skrg edit sndiri je blog. template buat sendiri, malas nk susah susah, cukup lawa dan simple.

    ReplyDelete
  3. Betul tue . CCL dulu pun create blog untuk tulis diari harian .

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.