Minat menulis, buat blog since 10 tahun lepas

by - December 26, 2019



Assalamualaikum =D

Hi semua,

Minat menulis, buat blog since 10 tahun lepas. Kalau orang dok sibuk throwback muka zaman sekolah, dengan zaman dewasa. So kali ni, aku nak throwback jap kisah blog aku.

Entah mana datang minat pada penulisan ni, dari form 3 aku dah start buat satu cerpen ringkas dalam beberapa helai testpad (testpad tu pun dah hilang). Tingkatan 5 pula, aku join pertandingan menulis cerpen yang cikgu anjurkan dalam kelas. Dipendekkan cerita, aku menang. Menang sebab cikgu cakap, cerpen aku panjang hahaha. So since that, aku rasa bertambah seronok and happy, bila aku dapat menulis something. Lepas dah menang, terus buat blog beb.

Tapi bila dah buat blog, tak tahu nak tulis apa. Maka PinkPurple Blog, tersadai macam tu je. Lepas setahun lebih, aku start explore balik pasal blog, and niat nak buat blog as medium aku untuk berkarya.

Dalam sibuk explore pasal blog, ada juga aku explore pasal macam mana nak jadi novelis. Yelah, impian aku memang nak jadi penulis novel pun. Tapi apakan daya, bukan rezeki. Masa tu, macam - macam aku cuba buat, tapi walau macammanapun aku cuba belajar secara online, aku rasa aku kena juga pergi kursus penulisan. Apakan daya, masa tu aku sibuk belajar dan jadual kelas sangat padat, nak masuk kelas penulisan pun takde ongoskya. Jadinya ianya limited sampai di situ.

Mungkin rezeki aku more kepada penulisan blog. Jadi aku fikir, aku blog je at least dapatlah ubati angan - angan nak jadi novelis, kononnya. 

2012 aku start active, buat itu ini dengan blog. Bila sibuk study, mana aku sempat buat dengan blog, aku buat. Cuti semester memang aku habiskan masa aku dengan hadap laptop, sampai aku puas update dan edit blog aku. Time tu, gasak asyik tukar template je. Nama blog pun acap kali tukar, hinggalah ke nama Nur Farahuda’s Blog. 


Dulu zaman letak cctv, dan lagu dalam blog. Ha semua aku nak bubuh masa tu. Dah nama remaja. Semua nak cuba!
Jangan buat macam ni ye newbies, blog akan jadi berat.

Siap tempah doodle tu kat orang, satu doodle RM5.

Dulu zaman “gila - gila” dengan mamat korea, even sampai sekarang aku minat Jang Guen Suk. Cuma dah besar, tak letaklah gambar Jang Guen Suk kat situ. Malulah hahaha. 

Kenangan 2012.
Blog masuk majalah remaja jap.

Dulu zaman awan - awan. Maka gigih seorang huda, buat awan - awan dekat header dia tu.
Entah apa - apa je, main buat hentam keromo dekat Photoshop dulu.

Oh by the way, dulu blog aku mesti tema pink. 
Tahun 2020 nak turn back ke zaman warna pink ke? Fikir japppp.

Bila dah asyik penat buat header dengan nama panjang, so singkatkan jadi “Farah”, dan nama tu kekal sampai sekarang. That is why, domain aku pun byfarahh. 

8 tahun impikan ada domain sendiri, finally I got my own domain, hehe. Bila ada domain, rasa lebih semangat berblogging. Tiber.....

Kesimpulannya - Kadang kala apa yang kita mahukan itu, bukan terbaik buat kita. Sebaliknya Allah akan gantikan dengan perkara yang lebih kita perlukan ✌🏻.

Sekian itu jelah kisah huda sebagai blogger part time. Cuma huda tak cerita how huda struggle dengan blog, walaupun cuma blog. Siapa main blog je tau, macam mana struggle-nya awal blogging dulu.

Dapat collaboration (online) blog masa study dulu :-
Sebenarnya aku tak pernah sangka, akan ada orang bagi aku job awal active blogging dulu. Maklumlah dulu lagi, blog aku ni caca - marba aku rasa.  Tapi Alhamdulillah walaupun dapat task cuma 1 atau 2 pada mulanya, ianya tetap juga task untuk blog.

Bila dah terdapat satu, mestilah korang nak dapat lagi kan? Ha, sama je macam aku dulu! Cuma bila ada job, ada. Takde aku memang update je entry, apa aku rasa nak update.

Tips untuk dapat job - korang kena serious blog dan active. Kalau korang active, mesti ada orang akan kasi korang task, atau collaboration dengan blog korang. Cuma, kena sabar.

Aku bersyukur sebab editor satu laman web ni, beberapa kali juga bagi aku task blog/collaboration dengan blog aku masa zaman aku study dulu.

Tips yang aku nak share - walaupun korang dapat job sikit macam mana pun, even korang dapat voucher. Kalau boleh, share dekat mak atau adik beradik. InsyaAllah kalau ada rezeki korang, adalah tu orang lain yang nak collaboration dengan korang. 

Media Blogger
Masa study kat Pahang dulu, aku pernah beberapa kali di offer untuk jadi media blogger dan hadiri event dekat KL. Tapi sebab jadual kelas yang padat dan belajar nun jauh di Muadzam, Pahang. Lepas 2,3 kali dia send email, and no feedback, terus dia reject.

After that no email as media blogger lagi. Lepas habis belajar, barulah decide untuk jadi media blogger.

Sebelum jadi Media Blogger, aku selalu perasan Kak Mia ada post pasal JDT Blogger. Oh ye, aku memang one of pelawat blog kak mia since awal blogging dulu, hehe. So after beberapa kali dok tengok gambar - gambar kak mia, aku pun start sapa/tegur kak mia, dan tanya pasal JDT Blogger. Alhamdulillah dalam bulan May 2018, aku masuk JDT Blogger and until now.

Thanks to team JDT Blogger, hehe.




Dekat JDT Blogger lah aku kenal diorang yang sporting.
Ada lagi gmbr diorg haha tgok posting lain tau hahaha



You May Also Like

5 Comments

  1. hi farah.. akak follow sini.. akak dah penah jumpa farah lom ek?? event JDT Blogger pun dah jarang pegi skrg ni... xpe, ada rezeki kita jumpa lagi ok..

    ReplyDelete
  2. seronok baca pengalaman blog org lain nie.. kdg2 tak sangka kan dah bertahun berblog.. ada yg dr remaja sampai kahwin.. teruskan menulis :)

    ReplyDelete
  3. Blog farahuda! Hahhaa dulu dulu first time kenal blog ni dengan nama farahuda. Sekarang dah byfarahh.

    Moga makin success kak dalam dunia blogging dan dalam apa jua yang akak buat :D

    ReplyDelete
  4. Tqa punya first blog pun warna pink and lots of illustrations around it, banyak letak benda merapu.
    Pastu url pun letak entah apa2 je haha
    Bestnya dapat jumpa blogger lain, semoga ukhwah berkekalan.

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D