Beli storage rack dekat kedai Eco RM2

June 25, 2021

Assalamualaikum, =D

Ini cerita #ecoshopcheck (Eco Shop Check).

Aku bukanlah pengunjung tetap kedai RM2, tapi personally ada je beberapa barang yang aku admire kat situ. Contohnya hanger, storage box, botol (comel), jajan, stationery, dan errr apa lagi. Tengoklah apa yang aku boleh beli, dan pada aku benda tu worth.

Dijadikan cerita, last 2 days aku plan nak re-arrange balik barang - barang atas meja solek, dan meja study. 

Mulanya plan nak beli online je. Tapi bila fikir - fikir balik, ai malas ler pula nak tunggu. So tu yang pergi kedai Eco. Sampai je kedai eco, mulanya fikir nak beli je mana - mana storage box yang sesuai. Tak aspect pun ada storage rack, sebab sebelum ni tak pernah nampak. 

Beli storage rack dekat kedai Eco RM2
Design bakul/storage box/storage rack, kat kedai RM2 ni ada yang biasa, ada yang modern. 
Huda jenis pilih yang modern/cute je, haha. 

Dekat kedai Eco pun boleh duduk termenung kejap, fikir storage box/storage rack, mana yang aku berkenan. 5 minit juga fikir. Dapat terus ambil, bayar. 

Actually, storage rack ni sebiji macam aku survey kat Shopee hari tu (bukan under kedai Eco, dia kedai lain dekat Shopee tu).

Beli storage rack dekat kedai Eco RM2
Storage rack yang huda beli kat kedai Eco, RM2.

Kat Shopee, range harganya dalam RM8 or RM9 macam tu. Kat kedai Eco RM2 lebih je satu. So mana berbaloi? 

Setakat nak letak stationary, dan barang - barang yang ringan, oklah.

Beli storage rack dekat kedai Eco RM2
Bila dah susun dia jadi macam ni. 

Lega sikit tengok sebab dah tersusun rapi. Tak adalah, sederet storage box atas meja ni.
At least ada storage rack, senang sikit hati tengok. 


Huda memang sejenis minat storage box, sebab senang letak barang situ. Tak tau kenapa. Since jadi student dulu, memang rasa senang ada storage box. Paling suka pergi Daiso, sebenarnya. Tapi Daiso tu mesti yang besar, contoh macam kat Bukit Indah, sebab banyak choice. 

Kedai Eco ni, actually tak banyak pilihan. Kalau ada mana yang kita nak tu, kira rezeki lah hehe. 


p/s: untuk berbaloi ke tidak beli barang dekat Eco Shop, itu terpulang pada barang apa yang korang pilih. For me, ada je certain barang yang berbaloi kalau korang beli kat sini. Contohnya, macam storage box, bakul, hanger (macam huda cakap at first). 

But nowadays, huda tahu memang ramai je yang minat pergi Eco Shop, kan?

You Might Also Like

2 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.