Pengalaman kena swab test dan self - quarantine

June 22, 2021

Assalamualaikum, =D

Dalam masa setahun lebih kita dilanda wabak COVID-19, huda sendiri pernah di swab, pernah self - qaurantine. Siapa yang terdekat tu, tahu. Bila dah self quarantine, huda duduk diam dalam bilik. Keluar, just pergi bilik air and ambil makanan je. Makan dalam bilik. 

Kenapa huda kena swab test?
Pernah masa awal tahun, kawan positive. Jadi kiteorang satu office ler kena swab. 

Kawan dapat kes tu (dijangkiti), di luar office. Tapi kiteorang terus buat. 

Masa tu kelam - kabut juga, tapi dapat dikawal. Semua takut. Huda pun takut, panic. First time kot berhadapan dengan situasi macam tu. 

Buat PCR test
Alhamdulillah, bos terus buat keputusan untuk semua staff buat PCR test. Jam tu juga, lepas kawan disahkan COVID19. 

Jadi kami buat PCR Test.

Lepas je buat swab test, huda balik rumah dan terus self quarantine. Duduk dalam bilik je. Tak ke mana. Hati dah dok debar - debar tunggu result swab test. 

Lama juga kiteorang tunggu keputusan PCR kiteorang tu. 2 or 3 days macam tulah. Bayangkan betapa tepunyaaa huda masa tu. Tepu, duduk sorang - sorang dalam bilik.

Alhamdulillah, negative. Kawan - kawan yang lain pun negative.

So bila negative dah happy. 

Alhamdulillah. Lega.

Bila semua dah negative, masuk office semula. Office dah di sanitize masa kiteorang awal self - quarantine, hari tu.

Jadi no worries. 

Pengalaman buat swab test
Alhamdulillah masa huda buat PCR test, orang yang buat tu ok je. PCR test, kena jolok hidung dan tekak. 

PCR test adalah test COVID 19, yang paling accurate. 

Masa buat tu, hidung rasa sakit sikit je. Rasanya macam hidung tersumbat, cuma pedih sikit. Jolok tekak, takde apa lah. Just kat luar tu je doctor amik test.

Pengalaman Self Quarantine kat rumah
- Duduk dalam bilik
- Makan kat bilik
- Keluar hanya untuk pergi toilet, dan ambil makanan

- Masa keluar bilik, huda jarak 2 meter dari family. 
- Amik makanan, pakai mask, pakai sarung tangan plastic. Amik pakai sudu/senduk then terus basuh. Pinggan semua basuh sendiri. 
- Makan dekat tupperware je.
- Pergi toilet pun, lepas guna huda sanitize/sabun semula pili air yang huda pegang. Haha serious tak tau, cerewet tahap apa. Sanitizer, huda letak je kat bilik air. 

Pengalaman kena swab test dan self - quarantine

Pengalaman kena swab test dan self - quarantine

Serious rasa kelat sangat masa makan. Ni pun makan telan je. 
Pikir kalau tak ada gestrik, memang malas aku nak makan. Tapi, jenis memang tak boleh kan tak makan. So yeah, makan jela walaupun rasa kelat. 

Makan, duduk depan laptop, dan ditemani dengan movie/drama pilihan. 

Kalau bosan, tidur. 
Nak baca buku, even nak buat apa pun terus rasa tak ada mood. 


Sebabkan huda seorang yang keluar bekerja, company memang under essential. 
Balik terus bersihkan diri. Huda jenis asingkan baju kerja. Basuh sendiri. Sidai sendiri - (since dari tahun lepas).
Baju duduk rumah je, huda join basuh sekali dengan family.


Sekian cerita self - quarantine seorang huda.

Andaikata ada orang positive dalam rumah - follow rules KKM
Self Quarantine yang di suggest oleh KKM - CLICK HERE

Apa pun, take care, #kitajagakita

You Might Also Like

0 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.