Cerita Raya PKP kat rumah ajelah

May 14, 2021

Assalamualaikum, =D

Memang pelik betul, raya duduk rumah. Tak ke mana. Hati meruntun je nak pergi rumah cousin yang dekat - dekat. Tapi aku tak berani ler, kang tak memasal kena saman. Sekali saman, maunya rm 4k. Walaupun rumah cousin aku tu, tak lebih 10km pun. Dekat sangat lah tu. 

Tapi bila dah SOP Raya 2021, katanya tak boleh rentas negeri, daerah even ziarah - menziarahi pun tak boleh. Hadap jela, sebab mungkin ini terbaik. Lagi pun, kerajaan nak tolong kita putuskan rantaian COVID19. 

So apa makanan korang pagi raya?

Hidangan Raya
Ini antara juadah raya huda. 
Ada lagi beberapa menu, tapi bila dah lapar ambil jela apa ada kat atas pinggan. 

Favourite aku, rendang ayam dan sambal goreng (its sayur goreng, tapi org jawa dia panggil sambal goreng). 

Sedap. Biasalah Johorean kan. 

Hidangan Raya PKP
Kek pun ada. 
Ada yang beli, ada yang dapat gift. Jadi kita hidangkan untuk santapan raya kami anak beranak. 

Thanks kat korang yang bagi gift for raya hehe. 

byfarahh.com
Kita gambar dalam bilik jela awak.

Kat rumah pakai baju raya, sebab nak bergambar je pun. 

Done gambar dengan family and kawan - kawan di KL dan Kuantan (video call).

byfarahh.com
Nah bunga untuk korang. 

Cepatlah PKP habis, seriouslah mesti aku rindu nak beraya dengan cousin semua. 
Nak balik kampung. Nak makan juadah raya kat kampung.
Hurm lama juga tak balik kampung ni, walaupun kampung aku kat Johor je pun. 

Oh actually kan, aku bersyukur sebab aku dapat sambut raya. Alhamdulillah. Siapa tahu dia tahu. 
Apa pun, #kitajagakita.

Take care korang. 

Selamat Hari Raya =D

You Might Also Like

10 Comments

  1. Salam lebaran . Wlwpun mood pkp raya tetap raya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran awak =D
      Yes, pkp pun kena tetap raya. At least ambil photo kenangan bersama keluarga. tapi mana keluarga yang ada jelah, huhu.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. masih berpeluang menyambut Syawal 2021. Salam Aidilfitri Huda!! Maaf Zahir Batin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri non. Selamat hari raya maaf zahir batin <3

      Delete
  3. salam aidilfitri maaf zahir batin.. stay safe..
    mmmg ramai tahun ni upload gmbr raya depan rumah je. samala kite pun..
    lepas tu masuk rumah campak baju smbong tngk tv hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidifitri,
      hahaha ye itula, at least ada kenangan dengan family. haha betul huda pun sempat marathon drama ahhahaa

      Delete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.