Review Mega Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

May 14, 2021

Assalamualaikum, =D

Hai korang. Tengah follow up drama terbaru ke tu? Huda sekarang dok asyik follow up drama Rindu Awak Separuh Nyawa. Drama ni adalah drama adaptasi novel Siti Rosmizah. Well, Siti Rosmizah kot yang tulis, best.

Walaupun kadang cerita tu klise, tapi pada huda mesti ada keunikan dalam sesuatu novel/drama. Maksud huda di sini, penulis cuba 'create cornflict, problem dalam watak antagonist'. Dan setiap masalah/cornflict yang diwujudkan, pasti ada jalan penyelesaian yang berbeza, dan keunikannya tersendiri. Itulah nama dia berkarya. 

Review Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Ditayangkan setiap Isnin - Khamis. Jam 10malam.

Review Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Ni scene Sarah cuba mengorat Nazril. Haha, kelakar gila. Nampak sangat fake Sarah tu tau. 

Salah satu reason huda tengok drama ni, sebab ada Shukri Yahya. Eh? opppssss, terlepas pula. 

Watak utama : Shukri Yahya (as Nazril Nazim), Uqasha (as Kasih Maisarah). 

key point dia, "ha tulah, tak suka lagi. Kan dah jatuh cinta lepas kahwin,". 


Review Rindu Awak Separuh Nyawa
Mari kita mulakan sinopsis cerita ni. Sinopsis versi farah nama diberi. 

Kasih Maisarah ni, baik orangnya masa ibu dia masih hidup lagi. Bila ibu dia meninggal, dia berubah 360 darjah. Dia salahkan ayah dia, di atas kematian ibunya. Disebabkan dendam dengan bapa dia, Sarah decide untuk buat - buat cintakan Aidil, anak kepada kawan bapanya. Masa hari pertunangan juga, Sarah decide nak putus. Putus tang tu juga. Aduh la perangai si Sarah ni. 

Dalam cerita ni, lepas kematian ibunya Sarah jadi seorang yang sombong, berlagak, tak nak dengar kata, ego, semua dialah. 

Review Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Macam mana Sarah boleh suka si Naz pula?
Takdenya, si Sarah tu suka. Dia ada agenda dia tersendiri. 

Satu hari, si Sarah ni dia pergi bawa kereta laju tak ingat dunia dalam collage. Entah macam mana, terlanggar si Nazril. Dengan angkuhnya, dia minta maaf tapi tak ikhlas. Itu pun lepas dipaksa kawan baiknya, si Sally. Lepas Sarah minta maaf, Nazril sempat lah tazkirahkan dia, jam tu juga. Yang si Sarah ni memang perangai macam tu, ego. Tak boleh terima nasihat langsung. Dari situ, mulalah dendam dan conflict Sarah dan Nazril. 

Tanpa pengetahuan Sarah, Nazril sebenarnya berkawan rapat dengan Aidil. Aidil ada sampaikan amanat pada Nazril, iaitu seutas surat. Malam tu juga, lepas bertengkar dengan si Sarah, Nazril terus nak jumpa. Tapi dua - dua tak tahu identiti masing - masing. Nazril contact Sarah, sebab aidil ada pass no Sarah pada Nazril. Sudahlah tak kenal siapa yang message tu, si Sarah siap setkan baju supaya dia dapat cam orang yang dia nak jumpa tu. 

Malam tu juga, diorang jumpa di satu kawasan yang telah ditetapkan oleh Sarah. Terkejut Sarah, yang dia jumpa tu Nazril. Mulalah, perangai si Sarah ni keluar. Dibelakang Sarah, musuh dia asyik dok dengar perbualan antara Sarah, dan Nazril. Siap je urusan Sarah dan Nazril, tiba - tiba musuh si Sarah ni tegur. Siap buat perjanjian kot, sebab memasing musuhkan. Perjanjiannya adalah :-

" Sarah kena pikat si Nazril tu sampai kahwin! Kalau Sarah tak berjaya, Sarah sendiri kena burukkan diri dia depan satu collage". 

Sarah kot. Mana boleh dicabar. Itu yang Sarah, beria pikat si Nazril sampai dapat. 

Tapi tak berjaya pun. Nazril jual mahal. Sarah buat jela macam mana pun, si Nazril taknya nak layan dia tu. 

Saat Nazril terbuka hati untuk Sarah :-
Disebabkan satu incident ni, Nazril terbuka hati nakkan Sarah. Tapi time tu pula, si Sarah buat - buat jual mahal. End up, Sarah pun setuju untuk  diijabkabulkan. 

Bila dah kahwin, bermulalah conflict lain pula. Salah satu puncanya, adalah disebabkan Nurul Huda sendiri. Itulah nama Huda, pula tu. Eeee geram je, aku dengan Nurul Huda tu tau. 

Nampak je baik, pakai tudung labuh, tapi hati ada tiktik hitam - Bak kata Kasih Maisarah. 

Yang buat aku geramnya, dia boleh sempat fitnah Sarah depan Nazril, dan family Nazril. Kau rasa? 

Review Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Ni la Nurul Huda. Buat malu - malu pula depan Nazril. 

Hai Nuul Huda, banyak jela lelaki lain kau boleh ngorat. Kesimpulan kat sini kan, kalau dah lelaki tu tak nak, kau tak payah terhegeh - hegeh, nak lelaki tu tau. Kalau korang tengah bercinta takpe, ni tak bercinta. Eh, tak faham aku. 

Sorry lah geram betul dengan si Nurul Huda tu.

Dalam Drama ni, bukan hanya conflict Sarah dan Nazril je tau, conflict keluarga Nazril pun agak mencabar juga. Aku sendiri tak faham kenapalah si Mak Sedara Nazril tu, dendam sangat dengan harta family Nazril. Dah dapat kerja satu company kan, so? Nak apa lagi. 

Jadi apakah pengakhiran kisah cinta Nazril dan Sarah? Bagaimana pula, reaksi ibu Nazril saat tahu kebenaran yang si Sarah ni tipu dia mengandung? Apa jadi kat Nurul Huda, mengalah ke dia? Bagaimana kisah keluarga Nazril, lepas mak sedara dia pun ada perangai pelik nakkan harta keluarga dia?

Drama ni ada 40 episode. 

Aku pun masih tertunggu - tunggu, apakah pengakhiran cerita ni. 

Selamat Menonton semua. 


You Might Also Like

8 Comments

  1. Layan jugak cerita ni . Memang best sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.nanti ada drama adaptasi terbaru lagi, karya siti rosmizah hehee

      Delete
  2. Wohoooo.. My Favourite drama too!!

    ReplyDelete
  3. eheee comeyy Marsha pakai tudung..
    lama tak update citer2 drama melayu.. tatau da citer apa trending skrng.
    dok layan kdrama je keje..

    jemput join GA di blog
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe huda ikut mood juga. kalau time nak layan drama melayu then layan. drama korea pun layan gak. kot ada oppa handsome kita stay tgok hahahhaa :P

      Delete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.