Pengalaman beli barang dan tips beli barang dekat Shoppe

by - June 05, 2020



Assalamualaikum =D

Pengalaman beli barang dan tips beli barang dekat Shoppe | Ni bukanlah pertama kali huda shopping dekat Shoppe. Dah beberapa kali juga, jadi pelanggan dekat Shopee sebelum ni. Cuma setiap kali beli barang  tu, cari mana yang perlu je. Bila lama - lama dok belek Shoppe tu, mulalah terasa nak beli itu dan ini. Bahaya. 

Actually huda memang dah lama plan nak cari rak buku, nak tambah lagi sebab buku/novel banyak. Time nak beli mulalah survey sana sini. Buka laman web itu, dan ini. Sebab memang plan nak beli online je pun, senang. Ada terjumpa dengan satu rak buku kat shoppe ni, harga oklah tak berapa mahal, condition pun ok, review customer pun ramai yang cakap ok. Tapi....bila fikir balik, bilik ni dah tak "muat" untuk tambah another rak. Takut kalau tambah nampak serabut pula kang. Cari dan cari lagi, sampailah ternampak storage box. Fikir dua tiga kali juga before beli. Fikir - fikir, rasa better letak kat storage box je kot. Murah pun murah, plus boleh letak banyak benda kat situ. 

Jadi huda terus la decide beli storage box aje. 

Lepas dah asyik click sana dan sini, dari satu "kedai online", ke satu "kedai online" yang lain akhirnya jumpa "candyboyz.my" punya online shop (based oversea). Lepas baca review yang agak memuaskan hati, huda pun terus click "to order". 

Sekali 9 box beli hahaha. 3box besar, dan 6box kecil.
Nak letak buku, cadar dan sarung bantal kononnya. 


Pengalaman beli barang dekat Shoppe

Sekian "my "no pink section".

Large + Mini storage box from candyboyz.my (Shoppe)
Capacity storage box : 22L (25cm width, 19cm height:16cm)
Capacity storage box : 44L (36cm width, 24cm height:23cm)

Material/condition Storage Box
*Material Fabric and sangat ringan.
*sangat sesuai untuk letak baju atau barang - barang ringan. 
*huda letak buku (Capacity storage box : 44L). Kalau letak buku or barang berat, kena pandai adjust untuk nampak dia "terletak", bila kita tindih dia. 

Finally my mini library, nampak kemas gitu. 
(dekat entry sebelum ni, look before beli storage box).

Mini storage box from candyboyz.my (Shoppe)
Capacity storage box : 22L (25cm width, 19cm height:16cm) : letak sarung bantal. 

My personal review, 3.8/5
The condition is good, the quality is suitable with the price, arrived on expected time.

But the colour is too different from what I order. I order warna ala ala coklat, tapi dapat warna kelabu. Dah dapat oklah, haha. Nasib baik condition dia ok, so terpujuk la hati. Warna je lain. Takpela sis ok je. 

Tips nak beli barang dekat shoppe?
1. Survey dulu, tengok korang nak beli apa.
2. Compare price with the other online seller. 
3. Tengok berapa orang dah review, apa review, dan comment mereka yang dah beli.
4. Pilih seller yang di "recommend".
5. Pilih seller yang dah "lama", and dapat perhatian ramai pembeli. Means view kedai online dia is good, dan ramai yang trust dengan seller tersebut.
6. Pilih barang yang dah dijual dengan kuantiti yang banyak. Means, orang trust dia untuk beli product tersebut. 
7. Bila dah puas hati, terus order dan bayar. 

If korang ada idea atau nak share tips beli barang online/shoppe, korang boleh share dekat ruangan comment ni tau. Thanks korang. 

my very "pink section" - my work place.

Its like, bila kerja and tengok warna kita suka ni. Tenang je rasa.


Ok guys sampai sini je yang sempat huda update. Thanks singgah baca entry blog huda. 

You May Also Like

22 Comments

  1. Beso juga bioxnya tu, ingat nak beli juga, nak letak tudung-tudung yang mahal harganya nak asingkan hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Saya pun selalu macam ni. kalau beli barang kat shoppe memang kena tengok harga, Review. Lepastu design. Kadang nak beli design ni ada harga yang murah tapi lagi lawa design dia. Macam design backdrop yang saya beli. Tapi apa apa pun memang berbaloi kalau shopping kat shoppe sebab jimat. Barang kat situ pun authentic

    ReplyDelete
  3. Review with pictures sangat digalakkan. Hehe. Adik yang ajar, time tgk review, tgk yg with pictures. Ada sampai terkekeh ketawa sebab banyak juga review yang kelakar.

    For me, personally, boleh je tgk komen yang bagi 1-2 star untuk tahu apa komen diorang. Sbb kadang-kadang komen diorang ada yg membina. Dan mana tahu kita mcm dia.

    ReplyDelete
  4. Lawa lah storage box tu. Nampak kemas lepas guna storage box tu. Barang2 pun senang nk organize. Trima kasih kongsi info ni.

    ReplyDelete
  5. good tips.. untuk buyer memang kena hati2 kalau beli dekat online. macam-macam cara orang kalau nak tipu. tapi kadang ada seller jujur yang baru start dekat shopee tapi orang risau nak beli pada dia sebab kurang view dan dan tak de rate lagi.

    ReplyDelete
  6. Time PKP nie la Rawlins paling banyak membel-belah online, di Shopee dan di Chilindo. Haha. And yes, kalau shopping kat Shopee, memang hanya akan beli dari recommended sahaja. Dan akan baca review buyers dia.

    ReplyDelete
  7. jarang beli online tapi memang suka tengok review dulu sebelum beli. Takut jugak sebab online ni ramai scam kan. Kadang review pun tipu je. So far ada yang okay, ada yang tak la bila beli online

    ReplyDelete
  8. Banyaknya novel dia...jealous pulak rasa. Kaki buku rupanya. Nampak kemas bila dah masuk kotak, boleh follow tips ni.

    ReplyDelete
  9. Haha. Fana kalau beli barang online ni fav kan dulu pastu survey yang lain fav lagi. Lepastu baru pilih yang mana nak check out. Takut beli yang harga mahal dah putih mata.

    ReplyDelete
  10. Setuju dengan semua point. Sis pon kalau nak beli pastikan baca review samada barang selamat sampai ke tidak. Taknaklah kita rugi.

    ReplyDelete
  11. Saya selalu jugak beli barangan di Shopee. Paling mahal barang saya beli handphone. Mula2 tak berani jugak, tapi lepas chat dgn seller and dpt tau Shopee punya program guaranted tu baru percaya.

    ReplyDelete
  12. besar juga ya box tu ..berbaloi baloi beli kalau macam tu ..nak beli juga la satu

    ReplyDelete
  13. Betul tips sis tu. Nak membeli kena tgk dulu review, harga dan design. Kalau rasa berpatutan baru beli

    ReplyDelete
  14. Eh baru usha box ni kat shopee. .hehhee. Nak cari box utk susun buku juga. Masuk dalam cart dulu. .hehee. Elok tersusun kan. Harga pun not bad

    ReplyDelete
  15. SELAMAT HARI RAYA!!! menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Sis kalau beli mmg selalu check. Tapi setakat ni beli brg kat shopee ok je. Ni pun tgh tunggu brg lagi ni dr shopee.

    ReplyDelete
  17. dekat shopee tu apa yang tak ada.. semuanya ada. carilah apa pon kan. mudah. tapi kena hati2 pilih kedai yang recommended oleh pembeli lain. baru tak kena tipu.

    ReplyDelete
  18. sama la, dulu awal2 pkp rasa nak beli barang yang perlu aje bila bukak shopee...sekarang, macam2 pulak nak dibelinya...apoooo...nasib baik skang dah suntuk sikit...banyak nak pakai duit bulan ni...haa berjaga2 la jugak takuut tercheckout..hahahaha

    ReplyDelete
  19. Saya pun kalau beli barang kat shopee tengok review dulu, ramai orang beli ke tak.. kalau ok baru beli

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D