Tempat bersiap dan Mini Library dekat bilik sendiri

by - May 16, 2020



Assalamualaikum,

Tempat bersiap dan Mini Library dekat bilik sendiri. Hai semua, perempuan kan kalau takde tempat bersiap, rasa macam tak sah. Masa aku belajar dulu, at least ada cermin kecil, dan box untuk letak segala keperluan untuk bersiap, enough dah rasa. Walaupun aku ni bukan jenis makeup sangat, tapi tempat bersiap tu tetap kena ada. Barulah rasa confidence nak mengorak langkah. 

Meja solek yang dah berusia hampir 10 tahun lebih kot. Since aku tingkata 4.
Mak abah sediakan meja solek ni. 

Macam - macam dah aku ubah style dan susun.
Anyway simple simple je semuanya.

Tempat bersiap ala pink. This side memang aku set semuanya aku nak letak warna pink. I dont know why, sebab since usia remaja aku tetibe je suka bermain mix and match warna - warna pink ni, jadi macam dah terbiasa, dan suka tengok warna pink tu.

Konon nak beli organizer la, apa lah, tapi bila memikirkan huda nak elak barang dari habuk, so I decide to use box yang dah sedia ada. PR bagi box hantar barang, aku gunalah buat DIY storage box letak barang makeup, letak itu dan ini. Konon creative la tu kot. Padahal fikir nak jimat je, tu yg DIY je.


Beli sampul, sampul box then siaplah DIY storage box kita.
But still ada kena fix, nanti I sambung 🤗
Dulu seawal usia remaja, rajin baca novel. Sehari boleh habiskan 1 novel, dan sambung baca novel lain. Memang masa tu “kemaruk” sangat membaca novel. Last - last pening nak susun macam mana.
Tak tahu kenapa dengan novel ni dulu addicted sangat. 

Sampai aku rasa kedai buku tu macam “berhantu” tau. Mana taknya,  sebab bila masuk sana je, at least dapat grab satu buku pun jadilah.

Memang dah lama plan, nak buat satu tempat khas yang aku boleh letak novel, dan segala buku - buku. Bermacam cara pernah aku buat, dari pakai bakul sampailah guna rak buku, and now plan lagi nak beli rak buku. Walaupun dekat luar ada ruangan rak yang kosong, tapi aku still suka je simpan segala buku milik aku dalam bilik kecil ni. For me, bila tengok segala koleksi ni pun dah kira tenang.

Now tengah plan nak deco 2 tempat favourite dalam bilik yang tak berapa nak besar ni. 

Kalau korang, side mana yang korang paling suka if dalam bilik korang?

You May Also Like

3 Comments

  1. Saya pernah nampak kepala katil yang mempunyai rak, boleh simpan biku-buku di situ.

    ReplyDelete
  2. Semua pink ek..kalau memang peminat pink, berus jamban pun pink juga tau, macam kawan Sis hahahaha...nasib anak-anak tak berapa nak pinknya hehehehe

    ReplyDelete
  3. dalam bilik sekarang suka side tilam je sebab nak tido best...wakakakkakak

    nanti ada rumah sendiri nak juga deco satu bilik khas untuk segala buku yang ada...

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D