Pembukaan semula Legoland Malaysia selepas PKP - 26 Jun 2020

Farah
6

Assalamualaikum =D

Pembukaan semula Legoland Malaysia selepas PKP - 26 Jun 2020 | Hye semua, korang mesti rindu nak pergi Legoland Malaysia kan? So this is good news tau untuk korang semua. Legoland Malaysia dah dibuka semula. Lepas tu siap ada promotion lagi tau!

photo by PR

photo taken byfarahh.com

Promotion hanya available dekat website sahaja. Yang bestnya, BUY 1 FREE 1. 

Bukan itu sahaja, Legoland juga dah implement social distancing yang dianjurkan pihak Kerajaan dan KKM. 

Antaranya :-
- Penjarakan social dan kesesakan ramai dikawal selia.
- Kapasiti di hadkan kepada 30% daripada normal operation
- Temperature screening dan guest registration turut diambil
- Kebersihan dan protocal pembasmi kuman kerap kali dijalankan 
- Pembersihan kawasan dan peralatan permainan di Legoland diperketat. 

Dalam musim COVID - 19, huda tahu ramai yang risau akan situasi ni. Kalau korang nak tahu hari Jumaat yang lepas, ramai pengunjung yang dah experience re - opening Legoland ni, termasuk huda dan rakan media yang lain. Jangan risau, Legoland sangat menitik beratkan penjarakan social, hand sanitizer dan mask juga diwajibkan. Pada pandangan huda, pihak Legoland berjaya mengawal semua tu, dan huda tengok semua pengunjung ikut segala SOP yang ditetapkan. 

Rules dia, para pengunjung just perlu follow SOP je, dan InsyaAllah selamat semuanya. 

photo taken byfarahh.com

Dekat bawah ni, huda share SOP setiap sudut dekat Legoland Malaysia.

Dari pintu masuk Legoland Theme Park, ada health screening. Pengunjung pula tak boleh bersesak nak buat health screening, kena beratur dengan jarak 1 meter setiap seorang. Kalau suhu badan lebih dari 37.4, korang tidak dibenarkan masuk. Di pintu masuk, pemakaian mask dan hand sanitizer amat dititik beratkan.Dari pintu masuk, hingga dalam Theme Park perkara yang sama dipraktikkan.

Kalau dekat Cafe Legoland pula, ada limited capacity. Means mereka dah tetapkan jumlah pengunjung yang boleh masuk cafe dalam sesuatu masa, supaya tiada kesesakan yang berlaku.  Dari pintu masuk, menu disediakan, korang tinggal order je dengan staff dekat situ. Lepas order, sanitize tangan macam biasa. Duduk dekat meja yang telah ditetapkan. Makanan yang di order tadi, mereka akan serve. 

photo taken byfarahh.com

Satu family/group, satu meja. Penjarakan social antara pengunjung lain 1 meter. 

Ride dekat Legoland Theme Park - Setiap satu tempat ride, korang boleh nampak sendiri macam mana social distancing yang dipraktikkan. 1 meter untuk setiap 1 kumpulan/family. Dan setiap 1 kumpulan dan family tu, somehow akan dibahagikan kepada dua group (tengok pada capacity ahli keluarga/group). 

Untuk setiap tempat ride, sebelum dan selepas korang wajib pakai mask. 

Bukan itu sahaja tau, korang juga boleh tengok sendiri mereka bersihkan setiap peralatan yang digunakan. Means, selepas group A siap bermain dan gunakan peralatan tersebut, mereka akan sanitize terlebih, sebelum group B gunakan peralatan itu semula.

photo taken byfarahh.com

photo taken byfarahh.com

Kalau sebelum ni, korang ride la berapa lama dan berapa kali korang nak ride. Tapi untuk kali ni, setiap ride ada sesi masing - masing. Means setiap sesi ada limit capacity para pengunjung. Selepas siap satu sesi, mereka akan ambil masa untuk pembersihan dan pembasmian kuman. Lepas siap, barulah mereka akan buka the other sesi, dan macam itu jugalah seterusnya. 

photo taken byfarahh.com

Lego Friends LIVE Show - Setiap ahli Lego friends akan dibuat health screening juga keatas mereka, seperti pengunjung lain. Limit capacity untuk setiap guest (maksudnya, contoh dalam 1 sesi live show, dibenarkan beberapa orang sahaja masuk dalam 1 masa). The other kena tunggu sesi seterusnya.

Tempat duduk juga akan dilimitkan, dan penjarakan social dijaga untuk keselamatan para pengunjung.

Selepas habis 1 sesi, pembersihan dan pembasmian kuman akan dibuat.  

Sealife Malaysia - Dekat Sealife Malaysia pun akan ada sesi untuk setiap pengunjung. Setiap satu sesi dibenarkan 15 orang sahaja masuk. Dan untuk melawat Sealife Malaysia, korang perlu follow jarak 1 meter bagi setiap pengunjung, make sure jaga jarak social masing - masing. Di ruang permainan kanak - kanak, ada sudut ruang untuk kanak - kanak mewarna. Di situ juga, ada penjarakan social sebanyak 1 meter. Jadi ibu bapa tidak perlu gusar. 

photo taken byfarahh.com

Legoland Hotel - New SOP dan Cashless payment dipraktikkan di Legoland Hotel. Means kena bayar guna debit atau credit card. Hand sanitizer disediakan, pemakaian mask juga diwajibkan. 

Play area at Legoland Hotel is temporary close until further notice. Hal ini bagi mementingkan keselamatan para tetamu sepanjang bermalam di Legoland Malaysia. 

Offer by Legoland Malaysia sempena pembukaan semula Legoland kepada pengunjung. 
(promotion hanya dekat Laman web Legoland Malaysia). 

3 bulan tambahan bagi semua annual pass - Valid untuk pass yang sudah expired, atau akan expired antara bulan February - December 2020. 

Limited Time Annual Pass Renewal -Valid dari tarikh permohonan annual pass (sekarang) hingga December 2021. 

Limited Time Free Hotel Stay - Book 1 malam, dapat free another 2 malam

Limited Time Free Theme Park Access - Beli 1 hari tiket dan dapat 1 lagi tiket free (BUY 1 FREE 1). 

Jadi apa tunggu lagi? Meh lah ramai - ramai pergi Legoland Malaysia!


Tips untuk stay safe di khalayak ramai 

- Jaga penjarakan social 1 meter atau 1.5 meter untuk be safe
- Elakkan dari bersalaman atau bersentuhan
- Pakai mask 
- Pakai hand sanitizer

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bestkan enjoy kat sana...rasa selamat sangat bila kita patuh pada SOP..
    Mana pergi logo JDT haa?

    ReplyDelete
  2. perghhhh lajunya huda update! tahniah!

    tak sempat berhuha bersama hari tu...masing2 ada tujuan hidup bila masuk legoland...ahahahhahaha

    ReplyDelete
  3. Eh eh! Ada kita interframe di situ. Hahaha. Bestnyaaaaa roller coaster.

    ReplyDelete
  4. Yeayy! LEGOLAND sangat jaga keselamatan semua orang. Pengunjung pun perlu bekerjasama patuhi SOP kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !