Beescarves salah satu brand tudung pilihan Huda

Farah
16


Assalamualaikum semua.

Beescarves salah satu brand tudung pilihan Huda | Hai korang. Korang pernah tak dengar jenama Beescarves? Pernah? Kalau pernah, Alhamdulillah. Sejujurnya, huda tak pernah dengar before this. Tapi macam mana huda boleh kenal dengan Beescarves? Of course lah, Huda kenal dan tahu melalui laman social Instagram.

Kebetulan masa tu memang betul - betul tengah cari tudung. Bulan Januari, sebab konon nak reward diri. So huda pun cari jenis tudung yang huda suka. Cari punya cari, jumpa pula Beescarves. Lepas tu huda terus whatsapp salah seorang daripada dropship Beescarves, Syifa. Kenal Syifa pun, dari comment - comment dekat IG shop Beescarves la juga.

Mula - mula huda survey tanya harga, itu dan ini. Biasalah huda, banyak tanya. Mujur Syifa rajin melayan. Huda ada perasan juga ada satu tudung ni, baru nak keluar, and huda melting gila dengan tudung dia tu. Sebab review kata, senang nak bentuk, kain dia best, tak licin, dan akan terbentuk cantik. Paling best bila tudung bawal tu, ada satu bucu berbentuk curve. Menarik. Dalam masa yang sama, owner dia review, urmppp buat orang rasa nak beli. Syifa pun promote, dengan cara yang amat menyakinkan. Banyak soalan yang huda tanya pada Syifa, untuk puaskan hati sebelum betul - betul buat decision untuk beli. Last - last tergoda juga, terus order dengan Syifa.

Yelah, lagi pun masa tu akan dapt harga launch kot. Buy 4 free 1 (RM100), free postage, free box, free accessories. Peh sapa tak nak beli. Perempuan nampak promotion harga, mesti terus beli. Kalau korang? Beli ke idok?

Tudung bawal Beescarves
Ni first collection aku - Bawal Melifera 4 in 1.
Lagi 1 tudung masa ni on the way, terlambat post. Tapi Alhamdulillah sampai juga.

Tiba - tiba rasa macam nak tukar angin masa tu. Beli tudung ala nude colour, dan warna tudung yang takde dalam collection aku. Mesti korang tertanya - tanya, kenapa perempuan ni suka beli baju lah, tudung lah. Padahal tudung tu, warna semua dekat sama. Bagi perempuan tak sama, dan kalau korang nak tahu, perempuan ni ikut mood. Ada mood nak pakai warna cerah, ada mood hari ni nak pakai warna nude, ada mood kekadang nak pakai warna lembut. Eh, senang cakap mood perempuan tiap hari berbeza.

Ada hari nak pakai shawl. Ada hari nak pakai bawal. Sebab tu la nampak perempuan ni, ada je terasa nak beli tudung. Sebab diorang fikir, dekat dalam almari diorang takde warna ini, dan itu. Termasuk aku, yang fikir macam tu. Tapi if kita setia, memang satu. Eh? Tertukar topic ke tu?

Tudung bawal Beescarves
Memang betul senang nak bentuk. 

p/s : Time PKP kena pergi kerja, always pakai mask. Moga pendamik COVID 19 pulih seperti sedia kala.

Comment huda : Meliffera Bawal ni for me best. Kainnya jenis polly cotton dan senang nak bentuk. Letak je atas kepala, terletak cantik. Paling best, bawah tudung tu curve bila kita silang kanan kiri, nampak cantik terletak. Huda suka curve tu. Actually dengan bawal ni, boleh buat macam - macam cara. Tapi huda malas nak cara - cara ni, satu cara enough je. Simple.

Tudung bawal Beescarves
Contoh Melifera Bawal yang curve dia cantik terbentuk.

Bulan berganti bulan, tiba - tiba ternampak bawal Melifera ada offer raya. Sekali lagi melting. Lama juga fikir, padahal warna tu dah lama juga keluar, tapi sebab sales raya baru nak beli. Sales PKP hari tu tak terbeli, hehe. So finally, contact Syifa lagi then beli terus. Bestnya dengan syifa, bukan setakat sporting, tapi balas tu peh berdezuppp ye dia reply. Kita pun serba salah kalau tak reply back hahaha.Anyway, thank you Syifa sanggup layan customer macam huda, yang banyak tanya.

Aku still beli Bawal Melifera tapi warna lain. Buy 3 free 1, bawal.

Tudung bawal Beescarves
Yang belah kiri dalam plastic tu, warna baru untuk Bawal Melifera. 

Kali ni tak nude sangat. Kita amik warna soft. Padahal warna soft berlambak dalam almari. Ada 3 bakul dah. Fikir macam nak kena beli lagi 1 bakul dekat Daiso, sebab tak muat. Bakul pula kecik haha.

Tudung bawal Beescarves
Gambar bawah sekali gaya Bawal Melifera.
Nak tahu mcm mana 4 ways of Bawal Melifera? Korang kenalah follow Instagram Syifa ok, alang - alang pm for more information.

Actually ada lagi beberapa jenis lagi tudung keluaran Beescarves. Selamat menerjah Instagram Syifa.

January hari tu, huda saja buat video unboxing. So inilah videonya korang.
Jemput singgah.

Hehe kita saja - saja je buat untuk content youtube kita.

Sampai sini je huda sempat update. Thank you guys singgah dan baca my honest review of Bawal Meliffera keluaran Beescarves. Selamat berpuasa semua. Take care. Jaga jarak anda, selalu basuh tangan dan bawa hand sanitizers mana je korang berada. Jaga kesihatan.

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tk pernah dgr brand tudung Beescarves...tkpernah beli online tudung sbb takut material tk best..tp kalo dh test beli tu suka pasti akan beli lg kn

    ReplyDelete
  2. macam lebih kurang aje warna dia tu ek...dalam satu golongan yang sama..haa gitu..haha

    elok terletak bila pakai, tu yang best

    ReplyDelete
  3. Ooo tak muat ek..hantar ke sini jerr hahahaha...
    Sis ikut hati tak suka bawal plain, kalau shawl plain okay...tak tau kenapa, macam kekanak sekolah kalau Sis ko pakai bawal plain hahahaha..
    Nanti boleh belikan untuk anak, anak-anak Sis sukalah..

    ReplyDelete
  4. bawal ni memang tak lapul dek zaman. dari dulu sampai lani masih intrend. kain dan warna bawal ni pun nampak elok

    ReplyDelete
  5. Rawlins suk tengok girls pakai tudung macam2 warna sebenarnya. And Rawlins faham keperluan beli pelbagai warna tudung - semua warnanya lain hehe

    ReplyDelete
  6. Macam-macam jenama tudung sekarang ni hehehe orang perempuan lag paling bergaya hari raya nanti wakakaka... kita nak beli pun mak kita tak pakai tudung macam ni wakakakaka..

    ReplyDelete
  7. Kita 1st time dengar jenama ni. Promo yang menarik yang buat orang teruja nak beli. By the way, cantik laaa awak pakai terletak dan nampak material dia bagus. Thank you tau awak dah mempengaruhi kita. Nak beli nak beli ... Hahaa

    ReplyDelete
  8. Nampak senang n terletak bila pakai. Nanti sis nak survey gak lah. Sis jenis yg suka plain2..senang match gan baju

    ReplyDelete
  9. yup sama macam mommy, mommy pun suka dengan tudung-tudung jenama beescarves ni. ada dalam 5-6 helai. sebab mommy jenis suka pakai plain-plain ghiteuuuu

    ReplyDelete
  10. Suka tgk material tudung ni. Cantik dan selesa. Nanti boleh terjah web mana tahu ada yg menarik

    ReplyDelete
  11. Nice collection. Will share it to my friends. Thank you

    ReplyDelete
  12. lom pernah beli brand ni, farahh.
    kalau jumpa, boleh la try selai dua, kan.
    aida memang bawal jer la dlm laci.
    plain ke, bercorak ke, tetap bawal :)

    ReplyDelete
  13. Tak pernah dengar nama brand ni..dia ada koleksi tudung plain sahaja ye.. Nice koleksi dia tudung mudah bentuk juga

    ReplyDelete
  14. Saya kalau dah minat sesuatu jenama. Saya akan beli beberapa warna. At least ada 7-8 koleksi. Barulah cunnnn. Hehehe

    ReplyDelete
  15. Oh brand ni saya tak pernah tahu lagi. Banyak sangat brand-brand tudung dan shawl ada kt Malaysia ni. saya pon pening macamana agaknya korang memilih. hahaha.

    ReplyDelete
  16. wah berkenan TB tengok kaler-kaler yang plain tu.. mesti selesa dan bergaya bila pakai kan.. sekarang ni amai pilih tudung yang macam shawl ni ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !