Bila PKPB dilanjutkan hingga 9 June 2020

Farah
3


Assalamualaikum,

Bila PKPB dilanjutkan hingga 9 June 2020 | Seriously, aku ingat dah habis,and akan tamat tak lama lagi. Tapi hari ni YAB Perdana Menteri umumkan bahawa PKPB akan dilanjutkan hingga 9 June 2020. Jujur macam berdukacita juga, lagi nak raya. 

Tapi memandangkan wabak ini still ada walaupun sudah berkurang, untuk keselamatan dan kesihatan semua, jadi kita rakyat Malaysia kena terima. Personally aku agak sedih, sebab tak dapat beraya dengan family abang aku this year, sebab diorang ada dekat luar Johor. Plus tak dapat rasa meriah macam tahun - tahun sudah. 


Antara Syarat PKPB yang diumumkan pada 10 May 2020. 
- Tak boleh merentas Negeri. Raya dalam current negeri (Article by Metro)
- Boleh melawat jiran/pergi beraya rumah sedara mara tapi dalam negeri je. Syarat tak lebih 20 orang dalam satu masa 
- Bagi suami isteri yang berjauhan dan berbeza negeri sebab kerja. Ada kelonggaran untuk merentas negeri. (Article by Metro)
- Jamuan raya dilarang. 



Jangan lupa dengan New Normal Routine
PKPB (PKP Bersyarat) masih lagi berlangsung, segala SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan perlu dipatuhi. 

Walaupun ada yang dah boleh bekerja, dah boleh singgah jumpa keluarga (masa perayaan kelak), dah boleh keluar rumah seramai 4 orang dalam satu kereta, but please ye guys, please dont forget with new normal routine. 

Baca juga : New Normal Routine

Apa pun guys, jaga kesihatan, jaga jarak, ikut segala arahan dan peraturan yang dianjurkan oleh KKM dan MKN. #kitajagakita #dudukrumah

Take care semua =D

p/s : Salam Nuzul Al - Quran, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Ibu buat ibu - ibu di Malaysia =D

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Yup setuju..ada hikmah juga apabila PKPB ni dilanjutkan sehingga 9 Jun
    Semoga rantaian Covid-19 terus terputus dan lenyap di muka bumi ini

    ReplyDelete
  2. Sambung ke tak sambung ke, selagi masih ada kes baru dan kematian...selagi tu le kita sendiri kena jaga diri kita..masa ni laaa pentingkan diri sendiri...kan kannn

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !