4 idea resepi masakan telur yang sangat simple

by - April 04, 2020



Assalamualaikum, =D

4 idea resepi masakan telur yang sangat simple. Hye semua, happy weekend. Hari ini merupakan hari ke 18 kita #stayathome. Alhamdulillah, dan tahniah kepada korang yang follow MKN dan KKM dalam menangani gejala penularan wabak COVID-19 #kitajagakita.

So hari ni, huda nak share dengan korang 4 resepi masakan telur yang sangat simple. Maklumlah resepi #byfarahh semua simple - simple. 

1. Telur Masak Cili Api

Image may contain: food, possible text that says '@byfarahhdotcom'


Bahan - bahan 
1. Bawang merah (2 biji saiz sederhana - dihiris nipis)*
2. Bawang putih (2ulas - dihiris nipis)*
3. Cili padi  (7 tangkai - atau ikut tahap kepedasan korang) -dihiris nipis*
4. Sedikit ikan bilis (ikan bilis ni untuk buat perasa lagi sedap)*
5. Telur (Ikut berapa korang nak letak) - direbus
6. Kentang (Optional) - dihiris nipis dan digoreng
7. Asam keping (1 keping)
8. Minyak
9. Garam dan ajinamoto secukup rasa

Cara memasak 
1. Blend-kan bahan - bahan yang bertanda star (*).
2. Rebuskan telur hingga empuk (dah siap, biarkan telur sejuk seketika. Kopek kulit dan asingkan).
3. Panaskan minyak, dan goreng kentang hingga kekuningan (dah siap, asingkan).
4. Guna kuali yang sama dengan goreng kentang tadi, tumiskan pula bahan - bahan yang sudah siap di blend. Tumis hingga pecah minyak, dan garing. 
5. Bila bahan tumisan dah pecah minyak, masukkan sedikit air dan letak 1 keping asam keping
6. Letak garam dan ajinamoto secukup rasa, gaul rata. 
7. Masukkan telur dan kentang. Gaul rata dan biarkan mendidih. 
8. Dah siap, hidangkan. 

2. Telur Masak Bistik

Image may contain: food

Bahan - bahan
1. Bawang merah (1 biji sederhana besar) - dihiris nipis/dadu
2. Bawang putih (1ulas) - dihiris nipis/dadu
3. Cili Padi (3 batang. Atau ikut kalau korang nak pedas, letak lebih sikit) - dihiris nipis.
3. Udang (beberapa ekor)
4. Telur (4 biji untuk 2 set telur dadar)
5. Lobak merah - dihiris nipis
6. Tomato (1biji) - dipotong  kepada 4 bahagian
7. Minyak (untuk menggoreng dan menumis). 
8. Ajinamoto dan garam secukup rasa.
9. Sos Cili (3 sudu besar) , sos tomato (2sudu besar) dan sos tiram (1 sudu besar).

Cara memasak
1. Panaskan minyak. Goreng 2 set telur dadar dan ketepikan.
2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris nipis. Tumis hingga garing. 
3. Masukkan sedikit air, masukkan udang dan lobak merah. Gaul rata dan biarkan mendidih sekejap. 
4. Masukkan pula 3 jenis sos (sos cili, sos tomato, dan sos tiram).
5. Masukkan garam dan ajinamoto, secukup rasa. 
6. Akhir sekali, masukkan tomato. Gaul rata, dan biarkan mendidih rata. 
7. Sos dah siap di masak. Tuangkan pula kuah sos untuk 2 set telur dadar. 
8. Hidangkan. 

3. Telur Pecah Masak Sambal


Resepi Sambal Telur Pecah di sini - Click Link.

4. Sup Telur

Image may contain: food

Resepi Sup Telur di sini - Click Link

Selain 4 resepi ni, ada tak resepi masakan telur yang korang selalu masak selain telur goreng mata atau telur dadar hahahaha. Kalau ada bolehlah share nama masakan/resepi korang. 

Thanks baca entry huda kali ni.

Selamat mencuba!

You May Also Like

4 Comments

  1. Walaupun simple tapi sedap! Terutama sekali sambal telur pecah tu... teringat masa kecil dulu, berebut makan dengan adik-beradik heheee.

    ReplyDelete
  2. Terus rasa lapaq tengah2 malam ni 😂

    ReplyDelete
  3. telur masak kurma, telur rebus sambal, telur masak kicap, salad telur, wrap telur, sandwich telur..ehhh hahaha

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D