Resepi Sup Telur

by - July 11, 2015



Assalamualaikum, =D


Hai semua...Selamat berhujung minggu,

Pelik ke idok tajuk resepi aku ni, haha. Ni nama dia resepi bujang campak situ, campak sini...Asal resepi campak - campak tu menjadi dan boleh makan. Sudah! Yang penting perut kita kenyang! 


Image may contain: food
Tada...Ni lah sup bujang ala campak sana, campak sini...
Sup telur ala bujang. Simple!


Errrrr sebenarnya, aku nak masak telur potong - potong bawang (yang selalu mak aku masak), tapi ehhh lain pula jadi dia. Tu yang terciptanya resepi sup telur. Bolehlah makan untuk sahur.

Bahan - bahan dia senang je. Semua bahan yang simple.
1 biji bawang besar (nak guna bawang merah boleh, bawang holland tu pun boleh juga).
1 biji bawang putih 
cili api sikit (kalau nak pedas, letaklah banyak sikit)
minyak masak
garam secukup rasa
air 
Telur (ikut suka nak letak berapa telur dalam tu).

Cara memasak
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar/merah, bawang putih, dan cili padi yang dah dihiris halus. (Tumis hingga naik bau).
2. Masukkan air secukupnya.
3. Masukkan garam secukup rasa. Gaul rata, tunggu dia mendidih..
4. Kemudian masukkan telur. 
5. Tunggu telur tu masak, gaul rata dan biarkan ianya mendidih rata.
6. Boleh hidangkan dan makan.

Simple kan? 
Benda simple - simple macam ni je aku tahu masak. Yang masakan heavy - heavy tu belum belajar lagi, huhu.

Ok done. Publish (setelah berjam - jam update baru publish. Tadi dok meralit bluetooth gambarlah apalah, sampai lupa nak update entry).
So oklah. Dah malam. Selamat malam.
Assalamualaikum =)

You May Also Like

3 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D