Resepi : Ayam Masak Lemak Cili Padi

by - March 30, 2020



Assalamualaikum =D

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi. Hye semua, so hari ni huda nak share satu resepi yang sangat mudah. Ye guys, kalau korang tengok resepi byfarahh, semuanya mudah dan simple. Sebab itu je yang huda tahu masak so far haha. Jadi bakal suami, harap bertabah 😅✌🏻🤭. 

Bahan - bahan dan cara nak memasak pun mudah. Resepi ni, huda buat guna seekor ayam dan masak untuk seisi keluarga.

Ayam Masak Lemak Cili Padi byfarahh.

Bahan - bahan dan cara untuk memasak
Bahan - bahan untuk menumis
1. Bawang Besar (2 biji) 
2. Bawang Putih (2 ulas) 
3. Cili Padi (letak ikut suka, nak pedas letak banyak, tak nak pedas letak agak agak je berapa).
4. Kunyit (satu inci)
5. Halia(satu inci)
*blend je semua bahan - bahan ni. Nak tumbok guna lesum batu pun boleh. 

Bahan - bahan lain
1. Serai (1 batang) diketuk
2. Asam Keping (1)
3. Santan kotak kecik - 1  (Jenama Kara/Ayam Brand). Family huda guna santan kotak je, tapi kalau nak guna santan yang buat sendiri pun boleh.
4. Ayam (seekor) - bersihkan ayam untuk digoreng. 
5. Serbuk Kunyit - untuk goreng ayam
6. Garam dan Ajinamoto secukup rasa

Cara untuk memasak
1. Panaskan kuali, letak minyak untuk goreng ayam. Make sure perap dulu ayam tu dengan serbuk kunyit seketika. Bila minyak dah panas, start goreng ayam (tapi goreng jangan terlalu garing). Dah siap goreng, tos dan asingkan ayam seketika.
2. Asing/buangkan minyak bekas goreng ayam tu ke tempat lain. Tinggalkan sikit untuk menumis. 
3. Masukkan bahan - bahan yang telah di blend tadi. Tumis hingga pecah minyak dan sedikit garing. Masukkan serai dan asam keping ke dalam bahan tumisan.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng. 
5. Masukkan air (beberapa cawan. Agak - agak ayam tu boleh tenggelam disebalik kuah haha). 
6. Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa. Gaul rata. Biarkan kuah ayam tu mendidih rata.
7. Masukkan 1 kotak kecil santan (huda guna jenama Kara). Biarkan mendidih seketika, make sure kuah dia pekat sikit (tak terlalu cair. Contoh macam gambar kat atas).
8. Dah mendidih rata, kuah dah pekat sikit means dah siap masak dan boleh di hidang.

Selamat mencuba! 

You May Also Like

34 Comments

  1. Sedap kan. Dulu Akak pun masak camni. Rasa dia lebih rich. pastu tanya-tanya resepi dekat org lama dan org yang bekerja ofis. Nak jimat masa paling memasak. Resepi sempoi adalah guna kunyit hidup dan cili padi hijo. tumbuk pakai lesung batu. sedap gilerrrrr. cuba awak try. hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh good info akak. ok nanti kita try akak punya tips. thanks share

      Delete
  2. Hamboii sejak PKP ni dah jadi chef laaa yaa...untunglah siapa masuk meminang ni hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha chef time weekend je sis, sebab weekdays still kerja. Masak pun reti masak simple je hehe

      Delete
  3. Masakan lemak ni memang fav gitue. Lagi2 Kalau pucuk ubi masak lemak cili padi. Perghhhh pijarrr bibir

    ReplyDelete
    Replies
    1. huisyh, pucuk ubi masak lemak pun sedap dan sangat nikmat tu. Makan nasi bertambah, pula tu kalau ada sambal dengan ikan kering. Pehhh terangkat sangat.

      Delete
  4. Uish! Fav cx ni! Ya Allah! Kalau dapat makan ni, memang bertambahlah! Cx suka makan yg pekat2. Heheh dah lama tak buat sebab tgh diet pedas. Hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul, kalau pedas lagi sedap. tapi hari tu tak terpedas pula (sebab letak cili api tersikit, takut terletak banyak, pedas nau kang). Next time nak lebihkan sikit baru terasa hehe

      Delete
  5. hai awak, cantik header baru...pewittt pewitttttt haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kak sun. eleh akak pun header baru gak kihkihkih, header kita simple he hehe

      Delete
  6. Sedapnya . Kalau letak spaghetti . Fuhh!! .. menjejeh air liur

    The Little Yana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah try makan dgn spaghetti pula. maybe boleh try hehe.

      Delete
  7. Semalam menu aku niii.. tapi mak la masakk.. iols camni pun rada tak simple.. camano make kawengg. Bahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala non huda pun pandai masak simple simple je, banyak masakan fail lagi. tak lepas nak kahwin lagi hahaha

      Delete
  8. Ala kenapa time berkurung macam ni banyak sangat orang upload pasal resipi ni hehehe kita jadi tak keruan nak buat cuba tapi tak pandai hehehe tengok resipi kawan-kawan jer lah menarik juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul time PKP ni ramai yg dok upload dan share resepi. Ye, at least dapat bagi inspirasi nak masak apa hehe

      Delete
  9. tahnks sharing resepi ni. kadang tak tau nak masak apa kan, lebih2 lagi time stay at home ni pakat masak je tetiap hari. boleh lah cuba macam2 resepi

    ReplyDelete
  10. wahhh sedapnya..terliur iena tengok gambar.. hehe iena pn masak lemak guna santan kotak dekat KL ni..mudah... kalau balik kampung kene masak pakai santan betul sebab selera mak-mak lain dia taknak santan kotak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, sebab for mak mak santan yg buat sendiri lagi sedap dan terjamin. Tapi kita ni, santan kotak mudah tinggal tuang je dalam masakan hehe

      Delete
  11. oooic.
    aida x pernah goreng ayam dulu before buat masak lemak.
    kunyit, cili padi, air ayam. tu aida masak dulu. agak2 ayam dah separuh masak.
    ni nak kasik warna kuning tu menyerap ke ayam. nanti da masuk santan tak payah la masak lama sgt.
    then, baru masukkan santan dan lain2.
    :) lain-lain cara ekk. nanti nak try la goreng ayam dulu. tgk camne kan :)
    tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lain orang lain resepinya. thanks juga share resepi awk, mana tau boleh try juga

      Delete
  12. Mudah je rupanya nak masak ayam cili api nie. Okay boleh cuba satgi utk makan tengahari

    ReplyDelete
  13. Sedap lahaii..haritu dah buat..hehee..Dalam rumah ni kalau tak pedas tak sah..memang terangkat tengok menu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kat rumah huda pun. tak pedas, tak sah. Kalau pedas baru ada selera nak makan, hehe

      Delete
  14. Ya itu dia, another resepi for today yang kita save. Thanks for sharing resepi mudah disini :)

    ReplyDelete
  15. Kadang tu kan, kalau sesuatu masakan tu kita rasa renyah pun, biasa buat lama-lama rasa jadi senang nak membuatnya. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. dulu huda fikir macam tu. tapi orang kata practice make perfect. hurm tapi ada lagi banyak sangat masakan yang kena try dan cuba ni, sebab banyak lagi benda tak reti masak hehe

      Delete
  16. Replies
    1. sedap farah, lagi pekat dan pedas lagi sedap. hehe

      Delete
  17. Adehh terus rasa nak buat untuk menu lunch esok 🤤

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D