#StayAtHome bersama Antabax


Assalamualaikum,

#StayAtHome bersama Antabax. Hye semua, seperti yang sedia maklum Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan meminta kita untuk just #stayathome #kitajagakita.

Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak Antabax menasihatkan agar kita rakyat Malaysia sama - sama menjaga kebersihan, dan sentiasa membasuh tangan dengan sabun, atau menggunakan hand - sanitizer. Dapat dilihat di sini bahawa, keduanya amat penting dalam menjaga kebersihan tangan.




"Mencuci tangan merupakan salah satu langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan oleh semua orang buat masa sekarang. Kami memahami kesukaran untuk membeli produk pada masa ini, pasukan kami sedang bekerja keras untuk menambah stok kepada para peruncit. Kami menggalakkan orang ramai untuk memilih sabun berbentuk bar buat sementara waktu, kerana sabun cecair tidak tersedia dalam masa terdekat ini. Untuk pengetahuan semua,  kedua-dua bentuk sabun dan product memberikan kesan yang sama untuk mencuci tangan, dan membantu membunuh sehingga 99.9% kuman yang berbahaya, "kata Francis Ng, Pengurus Besar Kanan, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.


Hindari product yang palsu (fake) dan ketahui ianya mudah terbakar.

Pihak Antabax juga menasihatkan, agar anda membeli product hand sanitizer di tempat - tempat yang terpilih seperti Caring Farmasi, Guardian, Watson, atau mana - mana farmasi yang terpilih. Hal ini, bagi mengelakkan anda tersalah memilih hand - sanitizer.

Terdapat juga posting yang telah viral/tular di media sosial, mengenai bahayanya hand sanitiser yang palsu (fake). Untuk pengetahuan semua, hand sanitizers antabax mengandungi alkohol 67%, manakala gel sanitiser tangan mengandungi 65% alkohol. " tambah Ng.


Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah mengeluarkan kenyataan, banyak kajian yang menunjukkan bahawa hand sanitiser dengan konsentrasi alkohol antara 60% -95%, lebih berkesan untuk membunuh kuman, berbanding dengan hand sanitizer yang mempunyai konsentrasi alkohol yang lebih rendah, atau hand sanitiser berasaskan bukan alkohol. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, semua produk berasaskan alkohol berpotensi tinggi untuk terbakar. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menyimpan hand sanitizer dalam suhu bilik, dan elakkan daripada api atau bahan mudah terbakar.

Membersihkan diri dengan Antabax

Antabax juga menasihatkan agar rakyat Malaysia mendengar nasihat yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam sentiasa menjaga kebersihan diri. Anda digalakkan untuk membersihkan diri sebaik sahaja pulang dari membeli barang keperluan, atau setelah pulang dari tempat kerja, sebelum berjumpa dan beramah mesra dengan ahli keluarga yang lain.

Krim mandi antabax datang dengan pelbagai varian membunuh sehingga 99.9% kuman berbahaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan inisiatif terbaru dari Antabax, bolehlah layari laman social kami iaitu Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau di laman Instagram rasmi kami @antabax.


No comments:

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.