5 tempat makan lok - lok halal yang mesti korang kunjungi dekat Johor Bahru

by - March 15, 2020



Assalamulaikum, =D

5 tempat makan lok - lok halal yang mesti korang kunjungi dekat Johor Bahru | Hai semua, so hari ni huda nak share dengan korang tempat makan lok - lok yang best dan halal. Lok - lok ni merupakan makanan ala steamboat yang digoreng dengan tepung, dan di hidangkan dengan pelbagai jenis sos. 

Sama je kalau korang makan steamboat dekat JB ni. Bezanya cuma bahan penciccah sahaja. Steamboat umum tahu kalau kat JB ni, memang popular dengan sambal kacangnya. Ada juga orang makan steamboat dengan sup. Selera masing - masing. Begitu juga dengan 'steamboat ala goreng' ni yang dikenali dengan lok - lok. 

So dekat bawah ni, huda nak list 5 tempat lok - lok halal yang korang boleh kunjungi

1. B5 Street Market
B5 Street Market terletak berhadapan dengan Angsana, Johor Bahru. Korang boleh singgah tempat makan dia, ada stall kecil yang jual lok - lok. Pilihan dia tak berapa banyak, so I just try. Korang boleh pilih nak pedas atau tak. Masa huda order hari tu, huda just pilih yang tak pedas.

Lok - lok with the other food.
Baca juga : Leparks di Hari Sabtu.

Location : Taman Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor (Waze B5 Street Market)

2. Medan Steamboat Bandar Baru Uda
Medan Steamboat adalah tempat makan steamboat bagi mereka penggemar makanan steamboat. Dekat sini kebanyakan steamboat dia sedap tau guys. Korang kalau datang JB kena try ok. Rugi tau kalau korang tak cuba. 

Oh ye, bagi korang yang tak tahu. Steamboat ni pun sejenis cocok - cocok yang makan dengan kuah kacang. Dekat JB, memang popular dengan kuah kacang. Korang must try!

Kalau nak rasa steamboat goreng/lok - lok, korang boleh cuba dekat Gerai No 8, betul betul berhadapan dengan RHB Bank (hanya gerai no 8 je ada steamboat goreng). (Sorry guys no picture). But I have try one times, lok - lok dimakan dengan kuah kacang pun nice juga tau!

Buka start 6.30 petang.

Location : 14, Jalan Padi Emas 6/1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor (korang boleh waze Medan Steamboat Bandar Baru Uda).

3. Steamboat Stulang, Johor Bahru
Steamboat Stulang betul - betul berhadapan dengan laut. Best makan dekat sini, beli dan makan depan laut dengan angin sepoi - sepoi tu. 

Dekat sini pilihan tak banyak mana, ada juga steamboat goreng/lok - lok. Kuah kacang dia pun oklah (personal review. Huda pernah try juga, cumanya tak ada gambar). Siap pernah book untuk event annual dinner untuk company yang huda kerja tahun lepas.

Location : Stulang Laut, Johor Bahru. 

4. Mr Lok - Lok, Bandar Baru Seri Alam. 
Dengar cerita kat sini pun best tau, kawan huda siap repeat berapa kali. Tapi sorry guys, huda tak pernah cuba lagi, nak pergi tak sempat - sempat.

Start buka 2 petang.

Location : 99, Jalan Lembah 18, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor. 

5. Food Bank, Adda Height.
Kalau korang nak makan lok - lok dekat sini, diorang start buka around 6 petang sampai malam. So korang boleh . Food Bank terletak di kawasan Adda Height, berdekatan dengan Aeon Bandar Dato Onn, Johor Bahru. 

Sampai - sampai je kiteorang terus pilih lok - lok. Tunggu dia masak. Rupanya diorang goreng dengan tepung, so rasa dia peh sedap.

Oh ye, mana - mana huda pergi makan steamboat mesti huda akan beli broccoli. Sedap juga tau korang yang goreng ni. 

Location 127, Jalan Adda 3/1, Adda Height, 81100 Johor Bahru, Johor (boleh waze, Food Bank Adda Height).

Bagi penggemar steamboat diluar sana, jangan lupa tau singgah dekat gerai - gerai lok - lok yang huda share dengan korang ni. Anyway thanks singgah baca entry huda kali ni. 

Amacam, mengiurkan tak tengok gambar - gambar ni, haha.


You May Also Like

6 Comments

  1. Waalaikumussalam. Tengok gambar pun dah menggoda 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menggoda tu kena singgah kak kalau dtg jb hehehe

      Delete
  2. wowwww...huda memang peminat loklok ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha yes. Sebab dari kecik makan kat depan dataran. Tp tak selaluah, if terasa then baru go buy heh. Sedap. Lagi kalau pekena steamboat dgn kuah kacang. Peh....hhaha

      Delete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D