Makan Asam Pedas dekat Kluang Asam Pedas


Assalamualaikum =D

Hi semua,

Makan Asam Pedas dekat Kluang Asam Pedas | Kebetulan hari Sabtu yang lepas, huda melawat nenek sedara dekat Hospital Kluang, balik dari hospital abah bawa kiteorang singgah makan tengah hari dekat area situ -  Restoran Kluang Asam Pedas. Abah cakap, dia google je. Even aku pun first time juga singgah, and makan kat sini. Maklumlah kiteorang jarang sangat singgah Kluang.


Sampai je dekat Restoran Kluang Asam Pedas tu, kiteorang terus cari meja yang boleh muatkan satu family. Bila tengok menu, ada masakan panas dan menu set asam pedas. Dah datang sini, mestilah kiteorang nak makan asam pedas kan.

So after tengok menu, kiteorang decide je makan asam pedas. Jadi kiteorang pilihlah Set C (together with 2 Asam Pedas, other dishes and 1  jug of Jus Tembikai).

Cuma dalam set tu, kiteorang tukar beberapa menu. Kiteorang pilih Ikan Jenahak dan Ikan Mayong, termasuk dengan beberapa menu yang lain, seperti di bawah:-

Harga?

Asam Pedas Ikan Mayong

Asam Pedas Ikan Jenahak

Sayur Kangkung Belacan, Sambal Udang, Sotong Goreng Tepung dan Telur Dadar.

Harga? Total semua is just only RM70++. A bit murah juga,  jika dibandingkan dengan harga kat JB ni. Lagi pun kiteorang siap dapat big portion juga setiap makanan yang dihidangkan.

Untuk percubaan pertama kali makan dekat sini, kiteorang rasa asam pedas dia is not bad. Sedap, dan boleh repeat lagi kalau datang sini.

So kalau korang dekat area Kluang tu, bolehlah singgah ke Restoran Kluang Asam Pedas ni ye. Suggested!

Alamat : Jalan Ciku, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

Facebook : https://www.facebook.com/kluangasampedas/


26 comments:

  1. menggoda betul tgk gbr asam pedas tu..
    lapar pulak rsnya.. haha

    ReplyDelete
  2. Ooo nanti kalau ke Kluang bolehlah singgah..tak tau pun asam pedas sampai ke Kluang pun ada yang sedap ek heheheh selalu pi Kluang makan roti bakar jer hahahaha

    ReplyDelete
  3. aduhai sedap nyer.
    asam pedas johor.
    lama x ke kluang, farah.
    nanti kalu singgah, boleh cuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe asam pedas johor is always the best (bak kata org jb) hehe. Nanti dtg kluang cuba tau

      Delete
  4. Sedapnya makan asam pedas. Kte paling suka makan asam pedas tak kisah la asam pedas apa asalkan asam pedas haha

    ReplyDelete
  5. sedapnya asam pedas, terliur BBL baca pagi ayat pertama sampai habis. boleh tergugat iman kalu tengok lama-lama gambar asam pedas tu

    ReplyDelete
  6. Ala kenapa jauh sangat kat Keluang kita dah mengidam ni tengok semua Asam Pedas tu sedap-sedap belaka bila nak buka cawangan kat KL hurmm rindu nak makan asam pedas ikan jenahak tu best giler ngan nasi telur masin dan sambal dan ulam perhhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau free datanglah sini rasa. Uiii kalau asam pedas di balas dengan telur masin dan ulam, makin bertambah makan hehe

      Delete
  7. Tengok kuah dia ya Rabbi pekat likat. Tu memang comfort kaw habis ni. Terus kecur air liur huhuh

    ReplyDelete
  8. sedap yer asam pedas kat sini! Berbaloi harga dengan menu2 yang meriah tu. thanks sharing, nnt boleh try makan sini

    ReplyDelete
  9. Wow betul la rare menu-menu asam pedas kat sini, siap ada ikan mayong lagi. Susah tau nak jumpa.. Rupanya pun menyelerakan...

    ReplyDelete
  10. Merencik hawau assam pedas ni. Kalau makan ni mmg berpinggan nasi hehehe

    ReplyDelete
  11. omg Farahhhhh kluang is my hometown! asam pedas mmg femes di ctu x kisah la masakan cara melayu ke cina. gonna try this one when i go back to visit

    ReplyDelete
  12. I just had one of the best Asam pedas when i went to melaka a few days ago. it was superb.
    oh btw salam kenal. Ray follow sini tau #2955

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.