Drama : Titian Takdir di TV3

FARAH
1


Assalamualaikum, =D

Titian Takdir

Drama Titian Takdir di TV3, menggantikan drama Kampung People yang viral sejak beberapa bulan lepas. Titian Takdir adalah sebuah drama yang bertemakan kekeluargaan dan percintaan. 

Awal episode dah menyentuh emosi para penonton, termasuk aku. Since that rasa nak follow up  drama ni, sampai diorang jumpa balik adik - beradik diorang. 

Drama Titian Takdir, mengisahkan empat orang adik beradik yang terpisah selepas kematian ibu bapanya. Diorang ada waris, tapi waris diorang tak nak terima dan mengambil keputusan untuk letak mereka berempat di bawah jagaan rumah anak - anak yatim. 

Yang sedihnya dalam episode 3 (semalam), diorang terpaksa berpisah dengan Aishah (adik yang paling bongsu) yang telah diambil oleh keluarga angkatnya. Bila tengok riaksi empat beradik ni, rasa sangat menyentuh hati. 

Apa yang terjadi selepas itu? Kenalah tengok drama ni sampai ke penghujung episode.

Drama Titian Takdir disiarkan dengan 13 episode (Setiap Rabu - Jumaat), di TV3.

Bagi mereka yang tak sempat nak tengok drama ni di kaca TV, korang boleh tengok dekat Youtube Drama Sangat Official (klik pada pautan)

Bila tengok drama macam ni, then tiba - tiba keluar word "bersambung" diakhir rancangan, rasa macam aduh spoilnya rasa. Kena sambung emosi next week, haha. Ok, aku kena follow up sampai ke akhir episode. Pada aku bila sesuatu drama tu dah buat aku rasa tersentuh hati, atau terpikat nak tengok, aku akan tengok sampai ke penghujung rancangan. Lagi pun pada aku drama Titian Takdir ni best, dan lain dari yang lain.

Korang macam mana pula?

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ooo belum viral lagi ni, sebab tu tak tahu...kalo ada orang start sebut2 kat FB, haa baru la rasa nak tengok...haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !