Minat menulis, buat blog since 10 tahun lepas

FARAH
5


Assalamualaikum =D

Hi semua,

Kalau orang dok sibuk throwback muka zaman sekolah, dengan zaman dewasa. So kali ni, aku nak throwback jap kisah blog aku. Diam tak diam, dah 10 tahun aku berblogging rupanya.

Menulis - self therapy dan minat
Saja nak throwback kisah awal Huda berblog. Huda buat blog since 2009, masa tu memang tak tahu sangat apa aim ada blog ni, yang penting nak tulis dan ada orang baca. 2009, tak active. Start active semula Mid 2011 rasanya, time tu start struggle nak tarik pembaca blog. Dari 2011, sampai kini huda hanyalah seorang part time blogger sahaja. pada Huda menulis ni bukan sekadar minat je, tapi passion dan juga self-therapy. 

Huda tak pasti dari mana datangnya minat menulis, tapi perasan sejak sekolah menengah lagi. Bila dah lama berblogging ni, Huda rasa menulis ni bukan sekadar menulis, tapi passion. Jujur cakap, sebagai part time blogger nak buat content bukan mudah. Huda sendiri struggle fikir idea, cari masa untuk update blog, dan fikir juga macam mana Huda, nak buat entry yang boleh keep tarik pembaca blog. 

Mid 2011 Huda mula belajar tentang blog, dari tips dan tutorial yang blogger lain share. Dari situlah, bermulanya blog Farah ni grow sikit demi sikit. Makan tahun. Lama. 



Pengalaman Blogging
Dalam mencari pembaca, I struggle juga belajar edit blog sendiri. Edit header sendiri. Semua huda buat sendiri. 

Masa ni rasa seronok. Sebab nampak blog cantik, pada pandangan mata sendiri.

Time tu nak upah orang, tak ada duit. Yelah, masa tu kita baru start masuk collage. Bila fikir balik, baik Huda edit sendiri itulah bermulanya moment belajar edit blog sendiri. 

Dalam kepayahan, ada keseronokan. 

Sampai mak selalu tanya, "huda buat apa lama - lama kat bilik tu?"

Seronok ye dapat edit blog, walaupun I reti edit simple - simple je. hehehe. 

Huda berblogging dari 0 sampailah blog Huda ada collaboration dengan beberapa brand.

Pengalaman Blogging
Kenangan 2012.
Blog masuk majalah remaja jap.

Thanks remaja for the review. Masa ni, blog huda baru nak up. Ada berapa je pageview. Sikit sangat. 
Pengalaman Blogging
Dulu zaman awan - awan. Maka gigih seorang huda, buat awan - awan dekat header dia tu.
Entah apa - apa je, main buat hentam keromo dekat Photoshop dulu.

Maka jadi lah header ni. 

10 tahun blogging, nama blog dan URL pun dah banyak kali tukar. Sampailah satu hari, Huda decide guna nama ‘Farah’ untuk nama blog Huda. Reason sebab senang nak edit header sendiri (walaupun header simple sangat hihi).

Masa study dulu, Huda struggle nak improve blog — dari editing, menulis, sampai google 
 belajar tips dan tutorial blogging yang orang share kat blog mereka. Itu yang start pandai godeh, edit dengan main coding blog (tapi sikit - sikit jela), dan mana sempat.

Throwback tentang collaboration :
Sebenarnya ianya bermula dengan keep sharing link entry dekat beberapa group blog di Facebook. Pelbagai jenis group blogging di Facebook Huda share. Dulu huda juga, suka blog walk (maksud - singgah dari satu blog ke satu blog lain, lalu tinggalkan comment selepas randomly baca entry mereka). Mungkin dari aktiviti keep sharing link entry blog di FB page dulu, yang ada seorang DM untuk huda buat article. Time tu 2013 or 2014, gitulah. Itulah first ever experience. 

Walaupun sibuk belajar, Huda tetap berblogging tanpa jemu dan masih keep sharing entry blog di FB masa tu. Rezeki datang lagi dan kali ni brand besar yang approach,  masa tu 2014 ke 2015 gitulah tak silap. Brand tu adalah Zalora Malaysia. Masa tu, masih lagi in dengan blogger buat review. Time tu, tiba - tiba dapat email dari Zalora. Ingat sekali je job dengan Zalora. Eh tidak, rezeki datang lagi pada tahun 2016. Sama, job collaboration di blog. 2016 juga, dapat tawaran jadi Guest Writer Zalora. Tapi posting on off, sampailah 2021. Lepas tu, dah tak buat any task dengan Zalora. Itulah antara big moment dapat collaborarion online, dapat bekerja dengan editor Zalora online. 

Memori kenangan dapat job 2 kali, tapi tolak. Ingatlah dulu 2016, pernah dapat jemputan pergi event dekat KL 2016 masa tu, tapi terpaksa tolak sebab study jauh kat Pahang. Dari situlah, Huda perasan boleh buat job fizikal, itu yang tawarkan diri dan cuba DM seorang blogger dari JDT Blogger. 

2018, Huda start join event - event dekat Johor bersama JDT Blogger. So dekat bawah ni, antara beberapa photo kenangan bersama teammates JDT Blogger. 

Pengalaman Blogging

Pengalaman Blogging

Pengalaman Blogging
Dekat JDT Blogger lah aku kenal diorang yang sporting.

Alhamdulillah, diorang pun ada je share ilmu blogging kat huda. 
Huda seorang yang still learn la how to blog effective and efficiently. 

Alhamdulillah, bersyukur walaupun part time blogger dapat rasa pelbagai experience. Ada kenangan manis dan pahit. Yang Huda story ni semua, kenangan manis. Kenangan pahit, pahit untuk di kenang tak nak lah story. Jangan tak tahu, dengan blog pun ada kenangan yang tak best kekadang hahaha.

Cuma nak cakap, dengan kenangan tulah aku tahu macam mana aku nak create content yang evergreen. Pengalaman itu mengajar aku, walaupun ramai tak tahu.

Untuk buat content tak mudah, jadi buat lah content yang memberi manfaat buat diri dan pembaca. 

Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hi farah.. akak follow sini.. akak dah penah jumpa farah lom ek?? event JDT Blogger pun dah jarang pegi skrg ni... xpe, ada rezeki kita jumpa lagi ok..

    ReplyDelete
  2. seronok baca pengalaman blog org lain nie.. kdg2 tak sangka kan dah bertahun berblog.. ada yg dr remaja sampai kahwin.. teruskan menulis :)

    ReplyDelete
  3. Blog farahuda! Hahhaa dulu dulu first time kenal blog ni dengan nama farahuda. Sekarang dah byfarahh.

    Moga makin success kak dalam dunia blogging dan dalam apa jua yang akak buat :D

    ReplyDelete
  4. Tqa punya first blog pun warna pink and lots of illustrations around it, banyak letak benda merapu.
    Pastu url pun letak entah apa2 je haha
    Bestnya dapat jumpa blogger lain, semoga ukhwah berkekalan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !