Minat menulis, buat blog since 10 tahun lepas

December 26, 2019



Assalamualaikum =D

Hi semua,

Kalau orang dok sibuk throwback muka zaman sekolah, dengan zaman dewasa. So kali ni, aku nak throwback jap kisah blog aku. Buat blog since 10 tahun lepas. 

Untuk pengetahuan semua, huda tujukan blog ni khas untuk diri huda. I spent all my free time only for this blog. It is beneficial for me? Yes, of course. Sebab its passion. Huda tak tau lah, kenapa huda suka menulis. Actually perasan benda ni since sekolah rendah lagi, jadi tulis jelah atas kertas. Entah apa - apa, content masa tu. Huda enjoy buat karangan masa sekolah, lebih lagi time sekolah menengah. Paling tak boleh lupa, masa Tingkatan 3 dah cuba - cuba, "hasilkan sebuah cerpen berkaitan cinta monyet". Tu lerrr, penangan baca novel kot. Tapi all the idea is origin by me. Since that lah, huda lagi enjoy sangat bila dapat berkarya, walaupun atas sebuah paper masa tu. 

Pertama kali buat blog, huda tak pasti apa aim huda. Yang huda tahu, I just nak menulis dan ada pembaca. That's all. Nak cari pembaca macam mana? Yes, dari 10 tahun lepas huda sangat - sangat struggle untuk mencari pembaca blog. Sebab huda suka menulis, for me macam bosan beb tulis tapi tak ada pembaca. 

Maka, bermulalah sinopsis dalam cerita huda berblogging. Dalam sibuk menulis, dia mula sibuk cari pembaca juga untuk blog dia. From the bottom I start blogging, even now still lagi belajar how to blog dengan betul. But thanks to all my readers who support and singgah baca entry blog huda. 

Pengalaman Blogging
Dalam mencari pembaca, I struggle juga belajar edit blog sendiri. Edit header sendiri. Semua huda buat sendiri. 

Nak upah, masa tu tengah tak ada duit (student). Bila fikir balik, better I belajar sendiri, at least I know how struggle diorang edit blog sendiri. 

Dalam kepayahan, ada keseronokan. 

Sampai mak selalu tanya, "huda buat apa lama - lama kat bilik tu?"

Seronok ye dapat edit blog, walaupun I reti edit simple - simple je. hehehe. 

Pengalaman Blogging
Kenangan 2012.
Blog masuk majalah remaja jap.

Thanks remaja for the review. Masa ni, blog huda baru nak up. Ada berapa je pageview. Sikit sangat. 
Pengalaman Blogging
Dulu zaman awan - awan. Maka gigih seorang huda, buat awan - awan dekat header dia tu.
Entah apa - apa je, main buat hentam keromo dekat Photoshop dulu.

Maka jadi lah header ni. 

10 tahun blogging, nama blog dan url pun dah beberapa kali huda tukar. Sampailah huda jumpa satu nama 'Farah'. Farah tu bukan nama orang lain, nama I juga haha. Cumanya, tak selalu digunakan. Just certain je panggil I Farah. 

Keputusan pendekkan nama dibuat sebab, just fikir senang untuk huda edit header sendiri. 

Walaupun header huda paling simple dalam abad ini. 

Dapat collaboration (online) blog masa study dulu :-
After dok struggling buat editing, menulis, and even ada jugalah belajar tips - tips penulisan blog. Dan cuba imrpove dari skill menulis blog. Tiba - tiba ada satu page kat FB ajak huda kolaborasi. Masa tu first time beb. 

Jujur huda tak tahu. And my first collaboration, I even felt 'awkward' beb masa menulis. But I try my best. 

Masa tu memang tak sangka akan dapat job. Ice watch tak silap, my first collaboration. 

Bila dah boleh dapat satu job, then I terfikir, oh best ni kalau dapat another collaboration. But tak tahu mana nak dapat. So just stay still, and blogging macam biasa. 

Walaupun busy study, I still blogging. 

Sampailah ada beberapa collaboration yang huda dapat secara online. Paling tak sangka, Zalora Malaysia approach I masa tu. I happylah, sampai cakap dengan mak, 'mak...Zalora approach kita buat collaboration tau,'. 

Then mak I happy. 

Oh by the way, masa huda study semua collaboration memang ada secara online jela. Kalau ada rezeki orang approach, adalah job collaboration. Kalau takde, macam biasa I still dengan routine study I, dan tulis blog macam biasa. 

Sampailah satu saat tu, aku simpan dream aku untuk dapat collaboration luar. Masa study pernah je dapat email untuk jadi media blogger kat KL, tapi I tolak and diamkan diri without balas email itu. Sedih. Tapi nak buat macam mana, huda study kat Pahang. And jauh pula tu nak ke KL. Tak biasa kot drive sesorang ke KL. Selalu memang pergi dengan family. Plus degree life I busy sangat, so I terpaksa just ignore. 

But Alhamdulillah, after habis study Allah bagi I peluang tu semula =D

Media Blogger
Sebelum jadi Media Blogger, huda selalu perasan Kak Mia ada post pasal JDT Blogger. Oh ye, huda memang one of pelawat blog kak mia since awal blogging dulu, hehe. So after beberapa kali dok tengok gambar - gambar kak mia, huda pun start tegur kak mia, dan tanya pasal JDT Blogger. Alhamdulillah dalam bulan May 2018, aku masuk JDT Blogger and until now.

Thanks to team JDT Blogger, hehe.

Pengalaman Blogging

Pengalaman Blogging

Pengalaman Blogging

Dekat JDT Blogger lah aku kenal diorang yang sporting.

Alhamdulillah, diorang pun ada je share ilmu blogging kat huda. 
Huda seorang yang still learn la how to blog effective and efficiently. 

You Might Also Like

5 Comments

  1. hi farah.. akak follow sini.. akak dah penah jumpa farah lom ek?? event JDT Blogger pun dah jarang pegi skrg ni... xpe, ada rezeki kita jumpa lagi ok..

    ReplyDelete
  2. seronok baca pengalaman blog org lain nie.. kdg2 tak sangka kan dah bertahun berblog.. ada yg dr remaja sampai kahwin.. teruskan menulis :)

    ReplyDelete
  3. Blog farahuda! Hahhaa dulu dulu first time kenal blog ni dengan nama farahuda. Sekarang dah byfarahh.

    Moga makin success kak dalam dunia blogging dan dalam apa jua yang akak buat :D

    ReplyDelete
  4. Tqa punya first blog pun warna pink and lots of illustrations around it, banyak letak benda merapu.
    Pastu url pun letak entah apa2 je haha
    Bestnya dapat jumpa blogger lain, semoga ukhwah berkekalan.

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.