Media and Industial Appreciation Dinner 2019 anjuran Tourism Malaysia


Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Media and Industrial Appreciation Dinner 2019 anjuran Tourism Malaysia. Lepas check in dekat Red Hotel by Sirocco petang hari tu (13 December 2019), kiteorang terus siap - siap dengan tema yang telah diberitahu sejak awal lagi. Dengan tema biru dan putih, kami menghadiri majlis pada malam itu. 


Media and Industrial Appreciation Dinner 2019 anjuran Tourism Malaysia ini, bertujuan untuk menghargai para media seluruh Malaysia, antaranya editor, journalist, bloggers, social media content editor and writer, tourism association, tourism product owner, travel agency. Seramai 350 media ini berkumpul dalam satu event yang dianjurkan di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.


Bila kami tiba disana, kelihatan beberapa media dan tetamu jemputan yang lain sudah pun berada di situ, menanti saat gilang - gemilang dinner yang akan berlangsung tidak lama lagi. Kami yang baru tiba perlu daftar diri di bawah, sementara tunggu dapat nombor meja masing - masing. Ingatkan dapat satu meja dengan kawan - kawan media Selatan, rupanya tidak. Aim Tourism Malaysia buat macam ni, adalah kerana mereka mahukan kami berkenalan dengan rakan media yang lain. 

Selesai mendaftar, kiteorang naik atas dan duduk dekat meja masing - masing. Tak lama kemudian, emcee (Fahrin Ahmad) umumkan kehadiran VVIP dan VIP. Pada malam gilang - gemilang itu, majlis ini telah dihoskan oleh Pengarah Pelancong Malaysia, Datuk Musa Yusuf bersama YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, iaitu Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya. 

Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Musa Yusuf, Pengarah Pelancong Malaysia. Dalam ucapan alu - aluan, beliau berkata "“It seems fitting to end this successful year in this way as an acknowledgement of the strong support given by our media and industry partners for all the events we have organised throughout the year.” 



Tambah beliau, "Now that news can travel all over the globe thanks to social media platforms and the power of the Internet, media players shoulder a heavier responsibility in reporting, and need to be more sensitive to the repercussions of their words on the global stage. I look forward to even closer working ties with everyone next year during the Visit Malaysia 2020 to welcome 30 million tourists and RM100 billion receipts. We should be proud to showcase to visitors from all over the world, Malaysia’s peace-loving, multi-cultural society, comprising of more than 200 ethnic communities who have lived in harmonious unity all these years.”

Selesai acara perasmian Media and Industrial Appreciation Dinner 2019, beberapa persembahan turut dipersembahkan termasuk dengan persembahan nyanyian dan silap mata, diselangi juga dengan cabutan bertuah. Malam tu aku rasa enjoy sangat dengan kawan - kawan aku. Alhamdulillah dapat rezeki join event ni. 

Dalam kesibukan majlis, aku sempat bertukar cerita secara ringkas dengan beberapa orang rakan media yang semeja dengan aku. Dalam sibuk ralit tengok gelagat orang sekeliling, aku perasan seorang blogger ni yang dulu aku pernah follow blog dia masa awal blogging dulu. 

I'm with Kak Katty. 
Tak sangka semeja dengan Kak Katty, rupaya Kak Katty blogger dari Utara. 

Dan blogger lain juga, dari Johor, KL, Utara dan Pantai Timur.

Sempat pula tu ambil gambar dengan Fahrin Ahmad, sementara dia free. 

Sempat amik gambar dengan Team Media dari Selatan dekat photobooth.

JDT Blogger dan Saya di Johor 

Ok guys jom tengok short video dari Ain. 


Ok guys, sampai di sini je sempat huda update. Thanks guys datang singgah baca entry dekat blog huda. 

3 comments:

Powered by Blogger.