Throwback kisah final year kat Uniten Muadzam Shah

FARAH
11


Assalamualaikum, =D

Hye guys,

Entry ni more kepada nak throwback kisah final year I masa study dulu. Pengalaman menjadi pelajar di Uniten Muadzam Shah merupakan pengalaman paling indah. 


Pengalaman study kat Uniten Muadzam Shah
Dekat Wisma Uniten Muadzam Shah, right after final year paper. Merdeka hahaha.

Masa ni tinggal kemas sikit, balik JB. Yahooo.

Pengalaman study kat Uniten Muadzam Shah
Masa ni dekat Uniten Bangi, right after convo.
Kiteorang convo kat HQ, Uniten Bangi.

Cerita pengalaman study kat Uniten Muadzam, tips, dan cost. 
Dekat Uniten Muadzam Shah ni kira business school la. Uniten Muadzam Shah ni juga, merupakan cawangan Uniten Bangi. Muadzam Shah ni kawasan macam pekan jer, tak besar sangat. Tapi kalau nak dibandingkan dengan sekarang, sekarang Muadzam Shah mungkin dah ada yang berubah. Lama tak pergi sana. Uniten pun dah banyak berubah, dari segi infrastucture. Makin lawa. Tengok dari facebook jer hehe.

Kenapa pilih Uniten Muadzam Shah.
Nak masuk universiti awam tak lepas. So, terpaksa masuk swasta. Pemilihan ini dibuat, selepas perbicangan dua beranak, antara huda dan abah. My parents sangat supportive, dan buat aku rasa sangat berterima kasih (susah nak describe perasaan tu). Selepas habis diploma dengan struggle, dan extend semester masa diploma dulu. Alhamdulillah dapat juga ditawarkan ke sini, dengan tukar bidang dalam businesss study admin. Iyelah, orang kata swasta semua boleh masuk. Senang jer. Betul. Tapi kalau tak study, tak buat betul - betul, mana boleh senang senang lecturer nak kasi lulus. Alhamdulillah, aku berterima kasih kat Uniten choose budak average student macam aku. Datang je Uniten, aku berazam untuk study dan tak repeat paper. 

Untuk memilih universiti, kalau masuk swasta mesti ada MQA cert untuk course tersebut. Kalau uniten memang sah sah ada MQA, dan Uniten antara TOP universiti swasta dekat Malaysia. 

Keyakinan huda nak sambung degree, sebab my parents encourage kami untuk study sampai ke level tersebut. But if kami ada peluang lagi untuk ke peringkat seterusnya, mereka akan encourage juga. Cuma huda, cukup dulu dengan degree level. But Alhamdulillah semua dipermudahkan.

Degree tu susah ke senang, based on apa yang kita fikir. Jujur cakap, degree bukan benda yang senang. Even belajar apa pun, tak senang. Kena usaha sampai habis study dan cemerlang. Huda struggle, tapi Alhamdulillah. Belajar jangan straight sangat, jumpa kawan dan enjoy juga. Tengok movie, drama (walaupun drama klise). Join sukan kalau korang minat. Join program atau persatuan dekat sana. Untuk enjoykan diri. Weekend pergilah outing dengan kawan. Tapi jangan sampai balik malam sangat, Isnin kelas. Kelas tu jangan ponteng, kalau tak sihat minta nota dengan kawan. Minta mereka terangkan then study, or boleh jumpa lecturer.

Situasi pelajar Uniten Muadzam Shah
Dekat sini, banyak competition ye guys. Bersaing dengan budak 4flat, dalam 1 batch. Kat mana mana ada je. Sama. Tapi masa diploma, tak tau kenapa aku tak rasa persaingan tu. Sebab tu mungkin belajar main main kot. Bila dah masuk uniten pahang, sangat - sangat rasa competition dia tu. Rezeki berjumpa dengan Ummi, Fina, dan Bainun di awal semester 1 lagi. Mereka ni memang budak pandai. Masuk kelas pun campur dengan budak pandai. Azam aku masuk sini, memang nak dapat 3 pointer ke atas, sebab masa diploma dulu tak pernah dapat huhu. Nampak sangat dulu study tak serious.

Belajar kat universiti awam dan swasta pada aku sama. Kalau nak cakap pelajar Uniten, yang di sponser  GPA, budak matrik, STPM, diploma macam aku ni semua duduk dibawah satu bumbung. Sebab tu competition besar. Dan buat aku lebih semangat nak sahut competition tu. Alhamdulillah, tak ada issue repeat paper di sini (untuk huda). Tapi issue pointer turun, tu ada (menangis di bucu katil hehe).

Pengalaman study kat Uniten Muadzam Shah
While waiting for lecturer masa ni 😂.
Dulu pergi kelas suka tote bag. Bawa la buku letak dlm situ. Senang.

So itulah reason why huda suka bag besar. Semua boleh letak. Kan?

Exam, quiz dan final exam.
Orang cakap, belajar kat swasta ni senang. Yeke? Peh rasa macam tak senang je even dok belajar kat swasta guys. Belajar main sikit pointer jatuh. Belajar banyak sikit, lulus dan score. Huda struggle sangat masa degree kat sini, again competition tu banyak ye uols. Sebab tu kena struggle. 

Yang penting, carry marks dan final exam kena score.

Pengalaman huda pernah beberapa kali tak score kat carry marks, tup tup final exam pun hurmmm kurang score ye. Bila dapat result final exam tadaaaaaa, ada dapat B-, ada dapat C. 2 kali pointer jatuh 2.6++. Lepas jatuh tu, score balik ler carry marks dan final exam untuk next semster, supaya dapat 3 pointer plus plus balik. 

Bila you belajar kat collage or universiti TAK ADA FASA NAK MAIN MAIN DAN HONEYMOON YE.

Masa semester 1, dan 2 tu banyak subject pengenalan. Bila dah masuk semester 3, 4, dan seterusnya tu dah level susah sikit. Lagi kena belajar dan score. 

Belajar mana mana tak senang. Yang penting usaha, untuk dapat high marks.

Cost study

Huda budak PTPTN (meaning buat pinjaman dengan PTPTN)

Mesti korang tertanya - tanya kan? Cost study kat swasta tinggi ke? Dia agak pricy, tapi ikut course juga la. Dia kira by paper berapa korang amik untuk semester tu. 

Nak pilih berapa subject amik, kena tengok berapa credit paling kurang, atau paling tinggi boleh amik untuk semester tersebut. Untuk more info, boleh layari laman web UNITEN.

Untuk pinjaman masa time huda study - MARA dan PTPTN. Boleh pilih mana korang nak. Ada lagi kot,  more info tengok laman web uniten.

Cost Rumah
Duduk Hostel (RM250/semester. Time huda study la dulu). Satu rumah 6 orang. Ada 2 bilik (setiap bilik ada 2 katil. Extra lagi 2 katil kat ruang tamu, dengan ditutupi langsir). Ada bilik air, ada dapur, meja study (untuk 6 orang, 1 rumah). Meja makan.

Dekat Uniten 3 hostel (masa kiteorg lah). ilmiah (wanita sahaja), bestari dan lagi satu hostel aku tak ingat ✌️ (Bestari dan another one hostel ni, campur lelaki dan perempuan. BLOCK lain lain lah. Satu block untuk lelaki, satu block untuk perempuan. Berhadapan.

Kalau bawa kereta ada tempat parking. Jangan berebut banyak jer tempat parking haha.

Boleh duduk luar. Ni cari la member sewa rumah luar. Semester 1 dok hostel. Start semester 2, nak dok luar boleh. 

Tp huda dari awal belajar, sampai la habis study dok ilmiah jer. Dekat semua. Jalan pergi kelas (jalan kaki jer. Exercise). Library dekat sgt dengan hostel ilmiah. Cafe, dan dewan pun jalan jer. Auch semua senang kalau dok ilmiah.

Kalau dok hostel bestari dengan lagi satu tu, kena naik bas. Yg ni not sure. Semua boleh layari laman web uniten hehe.

Setiap hostel ada cafe.

Kalau bosan, boleh singgah dekat pekan Muadzam Shah, atau bandar satelit, highway (area Muadzam Shah. Kiteorg panggil highway), dan ada lagi satu tempat lupa. Pusing - pusing, situ jela tempat makan.

Pengalaman study kat Uniten Muadzam Shah


Let's throwback! =D

Basically semua dah throwback. Lain ada apa ek nak throwback hehehe. Oh lecturer kat Uniten Muadzam Shah semua sporting sangat. Kalau tak faham, tanya. Jumpa terus, nanti diorang boleh one to one dengan korang. Kena set appointment. Pastu kalau bab nak final exam tu, huda suggest focus apa lecturer ajar dari awal semester, sampai akhir semester dekat kelas. Assignment buat. Quiz, exam buat betul - betul. Kadang apa yang lecturer cakap, ajar, tu ada masuk. Tak adalah bukat - bulat. Apa yang penting focus masa lecturer ajar. Kadang dalam slide, takde pun lecturer cakap dalam kelas, take notes. Tu penting. 

Sekian tips sekali hehee.

Ni cerita dak dak final semester selepas habis fyp dan final exam hehee (by picture).
Kalau korang nak tahu, dah jadi satu trend budak - budak Uniten Muadzam akan bergambar dekat New Zealand (Muadzam) dan dekat kawasan yang ada terpampang ada perkataan "Muadzam Shah".

So kiteorang pun tak nak ketinggalan nak rasa "merdeka" kejap lepas habis presentation FYP (padahal paper akhir semester tak jawab lagi). 

Pengalaman study kat Uniten Muadzam Shah
Team FYP aku. 
Selama setahun dengan mereka. 
Ummi lead us, haha takut weh dengan Ummi. Nasib baik leader tegas, siap dengan jayanya kiteorang punya FYP. 

Bayangkan tiap malam call meeting. Meeting dekat library, meeting dekat bilik TV bawah asrama. Nasib baik satu building duduk. Senang! Alhamdulillah. 

Semua dipermudahkan. 

Finally kita dapat siapkan dengan jayanya!

Lately ramai pula view aku punya entry tips proposal fyp dan tips buat fyp kan, mungkin tengah musim FYP agaknya. Good luck guys, harap tips akak dapat membantu korang. Ingat tau dalam tips tu, memang korang jemu nampak perkataan "apa - apa sila bincang dengan supervisor" haha. 


Pengalaman study kat Uniten Muadzam Shah
Dekat sinilah satu lagi tempat pelajar uniten akhir semester akan bergambar lepas habis je present FYP. Dia macam dah jadi satu trend. 

Kenangan sebelum habis belajar. 

"yang nampak kecik dari jauh tu akulah, haha"

Pengalaman study kat Uniten Muadzam Shah
Course - mate HR. 
Yeah dah habis dah jawab last paper utk last semester time ni. 
Means, hari tu juga last day kiteorang kat Uniten. 

Dah lah sedih nak tinggalkan Uniten, sedih bertambah bila dengar Uniten nak tutup ✌.

Pengalaman study kat Uniten Muadzam Shah
Actually before final exam kiteorang buat gathering. Siap bergambar bagai kat padang yang terletak tak jauh dari kediaman dan Universiti kiteorang.

Dengan diorang ni memang takkan lupa moment "girls talk" atau small party kiteorang. 

Pengalaman study kat Uniten Muadzam Shah
Gambar yang diambil dari corridor rumah sewa kiteorang. 
Rindu pula rumah aku kat sana. Duduk rumah tu setahun lebih, tanpa berganjak. 

Alhamdulillah, dari awal sampai akhir semester duduk "Ilmiah" which is adalah kediaman bagi pelajar wanita sahaja. 
Plus dalam campus, senang nak pergi kelas, cafe pun oklah. 

Ha tiba - tiba ingat memori kat sana. Rindu lah nak study balik walaupun dua tahun lebih dah habis study. 

I habis study masa umur I genap 25 tahun hehe. 

Pengalaman study kat Uniten Muadzam Shah
A product of Uniten Muadzam Shah

(Actually kan this is my first time la cerita a bit pasal my studies at my blog. After 2 years and half)

Sekian cerita throwback. 

Post a Comment

11Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mesti sedihkan. Tempat kita study dulu jatuh bangun happy nangis tetiba nak tutup.. Byk jugak eh kampus yg nk gabung skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, terasa juga sedihnya. Sbb kenangan kat situ dah tak bermakna if tutup (haha poyo kan ayat kita) ✌🏻

      Delete
  2. alahai.. mmg sedih la bila tau tmpt kita blaja nk tutup kan..
    byk kenangan kot..
    tetiba rs nk throwback jgk zmn blaja kat politeknik dulu.. hihikk
    rindu zmn blaja.. uwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe a jom kita throwback, at least dpt lepaskan rindu zaman belajar hehe

      Delete
  3. wahh.. akk rasa bangga tengok gambar Farahuda yg last tu

    ReplyDelete
  4. rindunya lah kan zaman study dulu..

    ReplyDelete
  5. Lorr nak tutup ke? Tutup kesemuanya ye? Anak kawan Sis ada belajar di sana...so agaknya berpindah ke Bangi la ek Farah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, semua pelajar pun akan turut berpindah dan stay kat Bangi (main campus).

      Delete
  6. ooo bekas Uniten rupanya seketul huda ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !