Kampung Kambing di Gelang Patah, Johor

October 07, 2019


Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Bagi yang menggemari kambing sebagai salah satu menu pilihan korang, huda suggest kat korang untuk singgah dekat Kampung Kambing, yang terletak di Gelang Patah, Johor. 

Location : Medan Selera Iskandar Malaysia 
Korang boleh waze je, confirm sampai hehe. 

Pelbagai aneka nasi goreng ada jual dekat sini. Dari Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Ayam dan terdapat juga hidangan lain yang turut dihidangkan.

Tapi, 

6 hidangan ni antara yang popular dekat sini, korang boleh singgah dan cuba! 

Ok kita kasi zoom sikit antara 6 hidangan yang popular kat sini...

Nasi Goreng Kampung Kambing Grill. 
Peh memang terasa sangat kambing dia, makan pula dengan Nasi Goreng Kampung. Kena sangat rasa dia guys!

Nasi Goreng Kampung Kambing Grill, RM11.

Hidangan yang kedua, yang turut menjadi tumpuan ramai adalah - Nasi Goreng Kampung Petai Kambing Grill. 

Nasi Goreng Kampung Petai dia dah ngam tau, 
apatah lagi bila ditambah dengan Kambing Grill, peh korang boleh tak bayangkan rasa dia?

Nasi Goreng Kampung Petai, RM8.00. 
Nasi Goreng Kampung Petai Kambing Grill, RM14. 

Nasi Goreng Kambing Sambal, RM12. 

Kambing Sambal dia sedap, serious. 

Kalau korang dah rasa nak singgah sini tu, dinasihatkan pergi awal sikit ye. Kalau korang pergi dah petang, habis dah kambing dia. Tak dapat kang, korang nak rasa. 

Nasi Goreng Timbus Gearbox, RM12. 

Aduh, bila tengok rasa macam nak pergi repeat pula makan Nasi Goreng Timbus Gearbox ni. 

Ya Allah, udang dengan sotong dia tu memanggil betul untuk di makan ye. 
Nasi Goreng Tomyam dia pun tak nak kalah juga sedap dia. 

Nasi Goreng Tomyam, RM10. 

Gerai Kampung Kambing ada buat delivery juga tau, menarik bukan?
Tapi paling jauh pun mereka ambil tempahan untuk delivery 10km dari Kampung Kambing sahaja guys. 

Charge penghantaran mengikut tempat.

Waktu delivery : 12 tengah hari - 8.30malam

Yang dekat JB atau sekitarnya, kalau nak rasa makanan kat Gerai Kampung Kambing ni jawabnya kena turun Gelang Patah gamaknya. Sebab diorang takde buat delivery luar kawasan Gelang Patah dan sekitarnya. 

Sup Gear Box. 

Yang ni korang boleh pekena dengan nasi. Kalau makan macam tu pun, sedap juga. 

Info tentang Kampung Kambing
Di buka pada setiap hari (Isnin - Ahad). Tutup pada hari Selasa.
Waktu 10 pagi - 10 malam

Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh contact mereka di talian : 011-11978193.

Alamat : Taman Nusa Perintis, 81550 Gelang Patah, Johor
Atau waze je : Medan Selera Iskandar Malaysia 

Malam - malam update rasa lapar pula kan, hehe. 

Oklah guys, sampai sini je yang sempat huda update ok. Anyway thanks sebab support, singgah dan baca blog Farah. 


5 comments:

  1. Menu kambing dia mengancam betul.. mujurlah jauh.. kalau tak memang gi terjah nie..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa semua menu kambing yang adaa...one day nak pergi jugalah....

    ReplyDelete
  3. nasi goreng kampung kambing grill tu menyelerakan sungguh!

    ReplyDelete
  4. gerammm betul tengok nasi goreng kambing sambal tuu...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.