Review Drama Hanya Untuk Dia - Kisah Ain dan Dr Zafran | Assalamualaikum and hai, since dah lama tak review drama dalam blog ni. So aku rasa nak review. Review ini adalah hasil dari pandangan aku sendiri. Sendiri tonton, sendiri review, sebab tertarik dengan drama ni. Walaupun yaaaa, aku akui drama ni ‘klise’ lah juga. Tapi kalau balik kerja, kita nak tengok hiburan atau drama yang tak berat. So ini antara drama yang menjadi pilihan aku untuk kali ni.
Mungkin itu salah satu sebab, tapi once aku dah tonton sendiri Drama Hanya Untuk Dia ni, jujur shakap aku tertarik dengan watak Ain. Watak Ain ni, dilakonkan oleh pendatang baru dalam industri, iaitu Amelia Aidura. Ini macam baru pertama kali aku nampak beliau berlakon. Or kalau ada dia berlakon drama lain, tapi maybe aku tak perasan.

Sebelum apa - apa, ini antara watak - watak yang aku nak highlight dalam review drama kali ni :
Ain Nuraina (yang dilakonkan oleh Amelia Aidura,
Dr Zafran, yang dilakonkan oleh Aniq Suhair,
Ayah Chik (dilakonkan oleh Kaza),
Mak Yam (dilakonkan oleh Ieda Moin),
Ayah Uda (dilakonkan oleh Dato Haris Embong),
Ibu Zafran, Puan Hafisah (dilakonkan oleh Liza Abdullah),
Syaza Bee pula, sebagai Dr Dania (tunang kepada Dr Zafran),
Drama ini adalah Adaptasi Novel Hanya Untuk Dia, karya oleh Sophilea dan ditayangkan Di Slot Akasia TV3. Bagi yang takde masa nak tengok di TV, boleh je tengok online dekat platform TONTON.
Ok Jom review.
(Ni review Dari saya tau, please jangan report lagi. Sedih saya, kalau kome dok report kat google).
Kisah Ain dan Dr Zafran.
Dr Zafran dan Ain Nuraina both ada cerita tersendiri, conflict, dan masalah keluarga. Pertemuan mereka, tanpa dirancang. Dr Zafran merupakan salah seorang pensyarah yang baru berkhidmat, di Kolej tempat Ain menyambung pengajian. Manakala Ain, merupakan seorang student, dan pekerja sambilan di sebuah Cafe. Siang dia belajar, dan malam dia bekerja.
Ain terpaksa menampung diri dia, dan abangnya yang lumpuh akibat kemalangan, dan perlu menjalani rawatan dialisis. Ain kena kuat demi abangnya. Selepas kedua orang tuanya meninggal, Ain ada abangnya sahaja. Sedih juga tengok abang dia, tu. Iyelah, abang dia juga ada cita - cita tinggi, tapi atas sebab masalah kesihatannya, dia terpaksa melupakan cita - citanya. Mujurlah mereka tidak keseorangan, Ain dan abang dia, still ada support system, iaitu dua orang bapa saudaranya - Ayah Chik, dan Ayah Uda. Kalau Ain tak dapat balik, Ayah Chik, Cik Yam lah yang tengok - tengokkan abangnya di kampung. Adoi sedih lah.
Dr Zafran juga, ada cerita, dan conflict dia tersendiri. Dalam kesibukan bekerja, Dr Zafran risau akan kesihatan ibunya. Dia minta tolong, adiknya Hana untuk jaga ibu mereka, dan dibantu oleh jururawat peribadi yang diupah oleh Dr Zafran. Kesian juga tengok watak Hana tu.
Bagaimana bermulanya kisah Dr Zafran dengan Ain?
Dr Zafran ni merupakan ex student, kepada Ayah Chik. Pertemuan pertama mereka, ketika di rumah family Ain, dan masa tu ada majlis perkahwinan Cousin Ain. Rupanya dalam diam, Dr Zafran ada hati dengan Ain. Kebetulan Dr Zafran merupakan lecturer baru di Kolej, tempat Ain belajar. Perkenalan mereka sebagai seorang student dan lecturer sahaja pada mulanya. Perkahwinan tersebut, yang dirancang itu, datangnya dari pihak Dr Zafran sendiri, dan Ayah Chik. Pada mulanya Ain, tidak bersetuju atas cadangan Ayah Chik dan Ayah Uda, tapi selepas di pujuk, dan Ain terdesak memerlukan wang yang banyak untuk rawatan abangnya, jadi dia terpaksa terima lamaran tersebut. Tapi dengan syarat, dia tak nak kenal siapa pengantin lelaki. Biarlah dekat majlis baru dia tahu.
Sebab dia percaya dengan pilihan Ayah Chik dan Ayah Uda. Tambahan pula, abangnya juga telah merestui perkahwinan tersebut. Dan dari situlah bermulanya kisah Ain dan Dr Zafran, tapi Ain minta rahsiakan pernikahan tersebut.
Kemunculan Dr Dania.
Dr Dania dengan Dr Zafran dulunya belajar di tempat yang sama. Mereka bercinta, dan pada masa tu Dr Zafran meminang sendiri Dr Dania. Mereka saling bersetuju ketika itu. Kesian juga tau, dekat Dr Dania ni. Iyelah, dengan janji Dr Zafran yang nak tangguhkan perkahwinan, semata nak kejar kerjaya masing - masing. Since masing - masing sibuk study, dan kerja, mereka dah lama tak berhubung. Dr Dania mengambil keputusan untuk apply kerja sebagai pensyarah di Kolej yang sama, tempat Dr Zafran mengajar. Kononnya ingin membuat kejutan untuk Dr Zafran akan kemunculannya di situ. Dekat situlah bermulanya conflict mengejar cinta, dan menuntut janji dari Dr Zafran.
Yang aku geram, dengan Dr Zafran. Boleh tak kau bagitahu je kau dah kahwin. Jujur! Even nak rahsia, siapa bini kau pun takpe, yang penting kau jujur jelah dengan Dr Dania tu. Kesian juga tau, dengan Dr Dania tu. Tak baik tau, Dr Zafran buat Dr Dania macam tu. Haisyh.
So apakah pengakhiran cerita ini?
Tak tahu lagi, kena sama sama tonton hihi.
Masa aku tulis ni, malam ni episode 19 dah. Tapi since TONTON kan siarkan, episode tu awal sehari secara online, jadi aku dah tengok dah episode 19 tu.
Tak sabar pula nak tengok episode 20 dan seterusnya. Maybelah kot, episode 20 ni dah kantoi or Dr Zafran berlaku jujur kepada Dr Dania. Please lah, jangan lah bagi orang tunggu - tunggu, bagi je jawapan yang dah ada pilihan lain. Kesian Dr Dania, but itulah realiti kebanyakannya sekarang.
Nak jaga hati, sampai bila?
Better kau bagitahu, daripada nak jaga hati benda yang at last, Dr Dania still akan terluka.
Dalam masa yang sama, Dr Zafran ada rahsia dia tersendiri, yang dia simpan dari isterinya, Ain. Aku tak sabar nak tengok scene dia berterus terang dengan isterinya tu. Haisyh banyak pula, rahsia Dr Zafran ni ek.
Ok tapi, apa - apa pun, aku tak sabar nak tunggu next episode.
Dalam drama ni, apa yang boleh kita dapat?
1. Perkahwinan tu, tak perlu nak rahsiakan. Bagitahu untuk elak fitnah.
2. Aku suka dengan watak Ain, yang tabah dan terpaksa buat ceria depan abang dia. Sedih juga, bila dua beradik tu bergabung dalam beberapa scene. Nampaklah yang Ain belajar matang, dari kisah hidupnya sendiri.
3. Apa pun ujian berlaku, Ain dan abangnya still ada support system. Dr Zafran juga ada support system. Support system mereka, tak lain dan tak bukan, keluarga sendiri. Macam mana pun, family still family.
4. Kalau pun dah tak ada hati, sila la berterus - terang.
Menanti tanpa jawapan itu sakit. Lagi sakit, dari cinta putus di tengah jalan. At least kalau putus pun, sakit tapi dah tahu jawapan. Kalau yang masih menunggu, hurm kan rasa tak best. Tapi kalau lelaki tu dah tunjuk hint yang tak suka, then kita move forward jelah (ahaha eh cakap mcm ada pengalaman ek aku ni 🫣). Tapi kesian juga dengan Dr Dania, hurm Dr Dania pun satu.
So sama - sama kita tunggu next episode.

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.