Rugi tak kalau sambung belajar?

August 21, 2019


Assalamualaikum, =D

Hye semua,

Semalam dalam dok bebual tu, terbuka topic ni - "rugi tak sambung belajar?", bila dah habis belajar, tapi kerja bidang lain, sekarang ni orang lebih pandang pengalaman. Jadi macam mana?

Dan saja je nak share dekat blog ni tentang pandangan aku. 

Pada aku, sambung belajar tu tak rugi. Tapi adalah satu rewards dan benefit pada seseorang. 

Image result for graduate

Kalau korang ada peluang, then sambung jelah. 

Kalau korang rasa jiwa korang lebih kepada study, then go. Study. 

Jangan rasa sambung belajar tu rugi. Tak ada istilah rugi pun kalau korang menuntut ilmu. 

Bila dah habis belajar, kerja bidang lain macam mana pula tu? Tak rasa rugi?

Setiap orang ada different needs dan satisfaction. So orang akan cari kerja based on this one even dia dah habis belajar or even dah kerja sekalipun tetap akan mencari peluang pekerjaan dan gaji yang lebih better. Betul tak?

For me yang belajar bidang lain dan kerja bidang lain, tak rasa rugi sangat kot rasa, sebab bidang aku kerja tak lari jauh pun dari bidang aku belajar.

Cuma rasa ralat tu masih ada.

Sebab impian aku, of course nak teruskan bidang aku belajar. Macam - macam cara aku buat, sana sini resume aku hantar. Bukan sehari, sekali, tapi berhari malah bertahun aku cuba. Mungkin bukan rezeki. Dalam diam, aku cakap dekat diri aku untuk stay sementara nak tunggu panggilan kerja untuk bidang aku belajar. Plus aku pesan kat diri aku, mana tahu mungkin ini bidang yang terbaik Allah halakan buat aku. 

That is why aku masih stay. 

Image result for work tumblr



Pengalaman lebih penting. 
Yes. Aku akui. Dalam masa yang sama aku bersyukur, masih ada yang terima aku dan sanggup ajar aku sampai sekarang walaupun macam - macam perangai aku ni.

Dari tak tahu apa - apa, jadi adalah basic sikit - sikit. Dari tak pernah kerja, Alhamdulillah now dah 2 tahun aku kerja. 

Jadi pada yang masih belajar, walaupun banyak saingan tapi korang jangan putus asa dalam mencari pekerjaan lepas habis belajar. Cari dan cari. Sebab Allah dah tentukan rezeki kita.

Bila dah kerja, buat yang terbaik.

Aku percaya setiap orang ada cerita sendiri dalam kamus hidup korang. Dan cerita tulah yang akan buat kita bangkit untuk terus maju.

Dalam kesempatan ni, aku nak wish good luck dalam apa jua bidang korang sekarang. Kerana pada aku setiap orang adalah terbaik untuk diri dan keluarga. Malah kita boleh belajar lagi untuk jadi lebih baik pada masa akan datang. Good luck guys 💪😃.

Jadi apa pandangan korang pula? Sharing is caring ✌😃.

6 comments:

  1. Your words are so inspired me. Thank you for your beautiful advice. Saya pun dah habis belajar tunggu graduate je. Jadi, tertanya-tanya jugak nak sambung belajar atau kerja dulu. Tapi, saya akan tengok yg mana datang dulu. If rezeki bekerja datang dulu, saya kerja. Kalau rezeki sambung belajar sampai dulu, I will sambung belajar. Jadi, sekarang tgh doa banyak2 supaya Allah give what are the best for me. I also believe tak rugi sambung belajar kerana Allah janjikan syurga untuk orang yang menuntut ilmu. Lastly, semoga Allah permudahkan urusan kita di dunia & akhirat. Amin..Goodluck for the future!!

    ReplyDelete
  2. Kita hanya merancang, Allah jua sebaik2 perancang. Macam akak, siapa sangka selepas 20 tahun boleh pulak bertukar bidang

    ReplyDelete
  3. Iyerr selagi masih ada peluang, belajarlah, kejarlah ilmu tu selagi mana yang boleh...untuk siapa? Untuk diri sendiri juga ..

    ReplyDelete
  4. For me, tak rugi apa pun. You gain knowledge, you gain clicks, you can experience. You are open to student life; where you can study a lot, observe and explore more about the world. Working at a young age & stop studying? Why not. It's okay. Everyone has different jopurney they aim to. Ada orang nak kerja, ada orang nak study. Depends, both ada pros and cons.

    ReplyDelete
  5. thanks farah...serba sedikit macam ada la bagi semangat kat diri ni...memang jadi satu persoalan yang agak merunsingkan fikiran, bila da habis belajar nanti, senang ke nak dapat kerja...huhuhu

    ReplyDelete
  6. Pada Uyul tak rugi pun Huda. Uyul pun masih ada cita cita nak sambung Master. Betul, sambung study tu macam reward untuk kite. Kerja bidang lain tuh dah biasa sangat dalam masa sekarang ni. Kalau memilih, takde kerja nanti. Menganggur lah pulak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.