Short vacay with gegadis - Kuantan (Part 1)

FARAH
7


Assalamualaikum,

Hi,

Alhamdulillah and finally, kiteorang jumpa, lepak, hanging out and girls talk (macam zaman - zaman study dulu). Almost 2 month jugalah kiteorang planning this and that, supaya senang nak planning cuti nanti.

Kenapa pilih Kuantan sebagai tempat bercuti?

Sebab ada kawan kat sana, plus memang nak lari dari kesibukan kota. Alasan kukuh, masing - masing nak tenangkan fikiran. So yang dok JB dgn KL ni, memang ok je at least kiteorang dapat meet up.

27/6 
Memandangkan aku ni dari Selatan nun jauh dari Pantai Timur, so aku decide turun awal sehari dari tarikh yang dijanjikan. Maklumlah perjalanan naik bas je dah hampir 7 jam. Jauh? Memanglah jauh, tapi aku tak terasa sangat sebab sepanjang perjalanan tu aku isi masa dengan dengar lagu sambil tengok pemandangan luar. Kalau rasa ngantok, tidur je.

Tips jalan jauh (if naik bas) - kalau korang seorang, pilihlah single seat ye. Selesa dan privasi. Huda memang jenis dari zaman belajar, suka pilih single seat. Kalau dah takde, terpaksa je pilih yang double tu.

Bertolak tengah hari dari JB, dan sampai Kuantan almost 7pm. Then Ummi awal - awal dah tunggu, Alhamdulillah. So malam tu rest je dekat rumah Ummi.

28/6.
Finally the day is come! Tak sabar nak jumpa the other dua kawan baik. Oh actually kiteorang ada 5 orang. Yang sorang tak dapat join, sebab ada hal. Jadi kiteorang meet up berempat jelah. 

Sambil tunggu Fina dengan Azu, aku ajak Ummi singgah mall baru kat Kuantan tu (Kuantan Mall). So far, aku rasa ok je mall baru tu, tapi aku lebih prefer ECM (East Coast Mall, Kuantan).

Lepas dah round tour mall tu, kiteorang gerak pergi branch kejap dekat satu cafe. 
Sementara tunggu Fina and Azu. 

Dalam tengah hari juga, Ummi pick up diorang. Lepas tu singgah Giant, makan and beli apa yang patut sebelum kiteorang bertolak pergi area Balok, Kuantan. 

So here, kami berempat dah berkumpul. 


Memandangkan nak lari dari kesibukan Kota, jadi kiteorang decide pilih tempat yang ada unsur nature. Finally kita jumpa satu tempat yang best, iaitu Adena Beach Resort. Of course, Ummi yang suggest. Nasib baik ada orang Kuantan, haha. 

So inilah tempat kiteorang menginap 28/6 tu.
Dekat sini ada resort dan hotel. 

Kiteorang pilih hotel, Twin Room with breakfast + 2 breakfast set. Harga dalam RM200++. Booking melalui laman web booking. 

Tips - As usual if nak pilih, bandingkan harga mana yang murah. So pilih yang paling murah, jadi jimat kat situ. 

Masuk - masuk je, dia punya view tu cantik sangat. 
Belah depan je nampak swimming pool, dan belah belakang tu laut. 

Bukan setakat boleh mandi swimming pool dan mandi laut je, malah korang boleh cycling sekali. Free of charge main basikal tu. 

Just boleh main area resort je, tak bole bawa keluar dari resort. 

Ini pemandangan laut. 
SubhanAllah, tenang ada dekat sini. 

Kring Kring, tumpang lalu, kita nak lalu jap pergi pantai. 

Dapat lepak dekat buai ni pun best. 
Lepas tu kawan memasing ajak naik, sebab dah nak maghrib. 


Sebelah malam, tak ada pergi mana pun. Kiteorang kalau meet up, mesti buat ala - ala team building and siap main game. Siapa kalah, kena makan Maggie Samyang Cheese yang pedas tu. Sedaplah. First time try. 

Main game ni juga, boleh mengeratkan silaturahim sesama rakan.

Even umur memasing pun dah dewasa, tapi apa salah kot kalau main game ni untuk having fun.

Betul tak?

Ok guys, memandangkan aku rasa panjang sangat entry ni. Jadi aku decide untuk buat sambungan cerita ni dekat part lain, untuk day 2 dan day 3. 

Apa pun thanks singgah baca entry kali ni. 

To be continue.

Post a Comment

7Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. i need a vacation with my girls toooo :'(( unfortunately skrg ni semua tgh nak kumpul duit dulu hahaha. best gila vacay dekat dgn pantai huwaaaaa mesti rasa mcm xnak balik je kan kak? hehe

    ReplyDelete
  2. Bestnya awak bercuti gini...selagi ada peluang, rebutlah peluang ni Huda..nanti measing dah kawin pun, teruskan juga cuti begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Tp tula kena tgok juga masa terluangnya bila. Sebab kerja, susah nak cuti plus memasing dok lain lain Negeri.

      Delete
  3. sesekali bercuti dengan kawan2, best jugak kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, best kak sekali sekala mcm ni hehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !