Raya - kan sebulan (Part 4) - A little story about my short vacay

July 02, 2019


Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Entry ni bukanlah more kepada raya, tapi ianya more kepada vacation. Cuti ni aku dah rancang lama, almost 2 month before raya. Confirmkan betul - betul sebulan sebelum, apply cuti pun masa puasa. Padahal tak ke mana pun, cumanya dah pegang janji tu kat beberapa orang kawan, jadinya janji tu kenalah kita lunaskan. 

Janji nak bertemu, hehe. 

Sebenarnya perkara yang paling lama aku impikan adalah, nak pergi jauh dari kesesakan kota, nak pergi jauh dan lari kejap dari timbunan kerja, dan aku nak clearkan minda aku yang dah penuh dengan perkataan 'stress', but still under control. Biasalah kerja mana yang tak stress 😅🤭.

Finally dan Alhamdulillah, apa yang dirancang akhirnya tercapai jua. 
Dan kami memang plan nak pergi tempat di mana kami boleh 'berehat' dan 'bertenang' di sana. Nak tempat yang 'nature place'.

Bayangkan dekat sini dapat tengok ombak, dengar deruan ombak. 
Serious weh, hilang segala stress aku. Aku sanggup kot tinggalkan kawan aku kat belakang, sebab nak tengok dan dengar deruan ombak yang buat aku tenang sangat. 

Masa tulah aku kosongkan minda aku. Actually tengok laut, pandang beberapa ketika, automatic la kot minda kosong, Alhamdulillah. Perasaan lega dan syukur tiba - tiba berkunjung dekat hati. Saat tu jugalah aku rasa, tenang sangat. 

Dah puas hadap laut petang tu, aku terus cari kawan - kawan aku. Rupanya tengah bersantai kat buai memasing. Apalagi, aku join lah diorang.

Bila dah masing - masing dok dekat buai, kita pun join lah. 
Sedap gak. 
Bila dah dekat pukul 7 petang, kawan ajak naik bilik. Peh kemahen liat rasa. 
Tapi memandangkan dah nak dekat maghrib, balik jugalah kita ke bilik.

Ha pagi esoknya, lepas sarapan tu kiteorang sempat lagi lepak dekat tepi pantai. 
Kebetulan ada pakcik jual ice-cream apa lagi kita tahan lah dia, beli. 

Makan ice - cream tepi pantai, sambil tengok laut. Again. 
Ha dah empat - empat tu tengok laut sambil makan ice cream, haha. 

Ok gambar sebelum ke next location. 
Done check out. 

Team Gegadis I 💕.

Dan nanti huda akan sambung update full story ok. 
Ni saja update. 

Balik je JB, rasa tenang tu masih ada. 
Betullah orang cakap, 'kadang - kadang kita kena lari kejap dari kesibukan kerja,' 
So aku rasa statement tu betul. 

Alhamdulillah for this moment. 
Ah, rindu gila nak vacay hahaha. 

Next vacay guys? ✌😀

Oh ye, hari tu before pergi bercuti. Huda jumpa kawan - kawan baik huda yang dulu study kat KPM. Last year pun beraya kat rumah diorang gak. Cuma hari tu beraya sorang lah. Ni nak meriah ajak ramai orang, plus ada orang jauh datang ✌😀.

Thanks datang orang jauh haha. 

Reunion. Rindu dah lepas nak reunion macam ni, walaupun kejap.


ok guys, sampai sini je yang sempat huda update. Nanti huda update lagi ye. 

Thanks singgah baca short entry huda. Good night.  

p/s: tajuk tu Raya sebab still dalam bulan Syawal. Gitu, hehe  

6 comments:

  1. Replies
    1. Kat Kuantan kak.
      Adena Beach Resort Kuantan

      Delete
  2. Meriahnya raya sis.. taun ni takde rezeki nak raya kat kampung.. insyallah taun depan balik kampung di perak

    Sewa Van KL


    ReplyDelete
  3. bestnyaaaaa. kita ni dah lama teringin nak ke pantai tapi hajat mcm xkesempaian je ni hahaha jgn stress2 kakkkk hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe takdelah stress mana. Biasa kerja but still can manage. Anyway thanks.

      InsyaAllah nnti ada kesempatan pergilah bercuti hehe

      Delete

Powered by Blogger.