Short vacay with gegadis - Kuantan (Part 2)

July 16, 2019


Assalamualaikum, =D

Hi semua,

Ok ni sambungan cerita entry yang lepas, yang macam aku janji before this.

Oh ye, untuk diary kali ni sambil menulis entry, sambil tu aku nak review beberapa cafe yang kiteorang singgah masa kat Kuantan.

29/6
Just a simple short story pagi tu. Pagi - pagi dah bangun turun sarapan, 

Jalan - jalan dekat tepi pantai sambil menikmati ice cream. 

Pagi - pagi dah makan ice cream budak berempat ni. Pula tu, kebetulan ada pula orang lalu jual ice cream tengah - tengah pantai.

Sebelum naik bilik, sempat lagi tu memasing naik basikal round - round dekat area perkarangan lobi hotel tu. Jadilah exercise sikit pagi - pagi hari.

Lepas tu kiteorang decide naik bilik, sebab dah nak check out dah. 

Four of us. 
Huda, Fina, Ummi dan Azu.
From JB, KL, Kuantan and meet together at Kuantan 💕.

Lepas check out. Ummi terus ajak kiteorang pergi area Sungai Lembing. Dari Balok, Kuantan ke Sungai Lembing ambil masa dalam 39 minit  hingga 45 minit macam tu. Sampai - sampai je Sungai Lembing kiteorang terus singgah dekat Muzium Sungai Lembing. 

Muzium Sungai Lembing

RM 2 per adult - Malaysian Citizen Price.

Dekat sini kiteorang dapat tengok sejarah macam mana diorang melombong biji timah, dan peralatan yang digunakan ketika itu. 

Ini antara peralatan yang digunakan pada satu ketika dahulu. 

Antara yang huda tertarik, adalah model Lombong bawah tanah ni. 

Settle melawat muzium, kiteorang tengok pula terowong bawah tanah yang juga dikenali sebagai Tin Mines. 

Harga Tiket masuk RM15 per adult - Malaysia Citizen Price.

Sampai - sampai je kiteorang naik kereta api ni. 
Seminit dua je naik dia pun (pergi je). 

Tempat penumpang dia, macam ni rupanya. Excited jugalah naik walaupun seminit dua je dapat rasa, 

Terowong Telerang yang panjang dia 322km, dan kedalamannya 600meter hingga 700meter. Ianya juga merupakan lombong yang paling panjang dan paling dalam di dalam dunia. 

Antara replika yang terdapat di dalam Telorong Telerang. 

So lepas habis melawat Muzium Sungai Lembing dan Terowong Telerang, kiteorang dok cari pula Muzium 3D. Pusing - pusing baru jumpa Muzium 3D tu. Gigih bebeno kan? 

So here is Muzium 3D Gallery Sungai Lembing.
RM 16 per adult, RM12 per child

Level 1 - 3D Animasi




Level 2 - 3D Pemandangan yang terdapat di Sungai Lembing 



Dah puas jalan - jalan dekat Sungai Lembing. So kiteorang pun decide balik dan check in hotel ke -2 pula. Sebelum tu pergi makan tengah hari dulu, perut memasing dah bunyi keroncong minta di isi. 

Kiteorang singgah makan dekat Sara Boat Noodle Kuantan

Kalau korang singgah kuantan, nak makan boat noodle boleh lah singgah dekat sini ye. 
Makanan Thai kat sini sodap. Recommended.

Masing - masing order makanan sendiri. 
Aku order Paprik Seafood kot. 

Rasa dia pedas tapi sedap. 
Peh pedas cili api dia boleh tahan. Sampai habis air aku dibuatnya, hihi. 

Side dish ni share. 
Udang dan Sotong Goreng Tepung.

Pulut Mangga dia pun boleh tahan sedapnya.

Thanks Azu belanja kiteorang =D .

Settle makan. Kiteorang pun bertolak ke Silalima. Which is Guest House yang terletak dekat area Alor Akar (Jalan ke Teluk Cempedak).


Staycation 1 night dekat Silalima.
RM200++ double room with garden view. 
For me, agak mahallah juga harga tu. Tapi sebab nak 'cuba', so kita try lah. 

Rasa selamat tak duduk sini? Alhamdulillah, selamat dan safety
So kalau korang nak pergi area Teluk Cempedak (TC), boleh je bermalam dekat Guest House Silalima ni. 

Hanya beberapa minit je nak sampai ke TC.

Recommended.

Actually concept dia is Guest House. Sebuah rumah dan ada beberapa buah bilik. Ada single room, double room dan ada 2 buah bilik yang besar (lupa nama dia apa), tapi harga dia mahal sikitlah dari harga bilik double yang kiteorang pilih tu. 

Petang tu lepas solat, kiteorang keluar jalan - jalan dekat Kuantan Prade pula. Aku suka pergi Kuantan Prade, sebab banyak pilihan baju dan harga dia murah sikit berbanding kat JB. Lepas dah puas jalan - jalan and have fun together, kiteorang gerak pula ke next destination.

Around 8.30pm macam tu, kiteorang sempat mendobi pula. Dobi pun tak jauh dari Guest House tu. Sebelah Dobi  tu pula ada cafe (Mak Jemah Cafe House). So apa lagi, sementara tunggu baju siap basuh dan kering, kiteorang lepak kat cafe tu jap.

Almost 1 hour juga kiteorang lepak situ. Lepas siap basuh kiteorang balik bilik.

Dan sempat juga buat 'surprise' untuk Azu. Kebetulan pula birthday Azu bulan June. 

Happy belated birthday Azu.

 Last minute dekat Kuantan juga, kiteorang gigih plan dan macam - macam fikir nak buat apa, nak buat macam mana. Benda ni kiteorang beli kat Kuantan. 

Last - last, jadi juga simple surprise tu. 

Lepas tu kiteorang main game (ala - ala team building). Almost 1 pagi gak memasing menahan mata ek. Bila dah jumpa bebudak ni, memang sanggup tahan mata.


30/6
Pagi - pagi dah kemas - kemas, check out dan gerak pergi area Bandar. 

Pagi - pagi dah singgah Cafe Kayuwoods & Pagidaisy. 

Sarapan dekat sini kejap. 

Dekat sini ada nasi kerabu, nasi dagang macam - macam lagi. Tapi main dia memang nasi, dan lauk - pauk dia pula menyelerakan. 

Ok ngam, semua makan nasi kerabu. 
Sedap.
Recommended untuk korang sarapan dekat sini ok. 


Tiba - tiba teringat aku masa aku first time jejakkan kaki kat Muadzam Shah, masa first day kelas je balik kelas pagi, dah tersedia nasi dan lauk - pauk. Dalam perjalanan pulang dari kelas ke cafe, dalam kepala ni asyik fikir nak sarapan benda - benda ringan je tau. Tapi bila takde, jadi terpaksalah beli nasi dan lauk pauk. Lama juga take time. Dah nak separuh semester, barulah aku betul - betul boleh adapt dengan situasi macam tu. 

Bukan apa sebab kat JB, kalau belah pagi paling berat pun, nasi lemak dengan nasi goreng je. 

Jadi kesimpulannya, dekat mana kita stay kenalah ikut budaya diorang ok. Simple. Walaupun susah, kena juga belajar untuk 'adapt' dengan benda tu. 

Oh ye, berbalik pada cerita kita. Aku suka dengan concept cafe ni. Simple dan sedap mata memandang. Nak lepak pun best kat sini tau. Pagi - pagi cafe ni dah ramai orang. 


Tapi harga macam mana pula?
Harga standard nasi kerabu je guys. Tak mahal sangat pun. 

Sama je macam price dekat JB. Below RM7 macam tu. 

Lepas sarapan kiteorang singgah Watak Kopi pula guys. Coffee dia kaw lah aku tengok. Macam - macam jenis coffee ada, korang tinggal pilih je. Harga pula, oklah. Not bad, takdelah mahal sangat. 



Based on kawan aku cakap, coffee dia not bad lah. 
Aku tak minum coffee sangat, so aku tak boleh nak comment.

Watak Kopi ni berdepan je dengan Kula Cakes, so kiteorang just lepak - lepak area situ sementara nak tunggu Kula Cakes buka. 

Lagi berapa minit nak buka, orang dah berderet beratur weh. Aku antara orang yang terawal lah kot singgah, sebab dah nak balik JB. So pukul 11pagi dah sharp tunggu dan beratur semata - mata nak beli Kula Cakes. 

Dalam kedai dah berderet, apatah lagi dekat luar. Panjang beraturnya. 

Kula Cakes ni popular ke?
Yes guys. Kalau korang nak tahu kat Kuantan ni, the most popular kedai cake dekat Kuantan is Kula Cakes. Aku dari zaman study kalau singgah Kuantan je, mesti aku akan amik kesempatan singgah beli Cake dengan sini. 

Signature cake dekat Kula Cakes, tak lain dan tak bukan Mango Cheese Cake
Sedap.

Favorite cake aku dekat sini, moist coklat cake, red velvet cake, dan brownies. 

So kalau korang datang Kuantan, mesti singgah Kula Cakes ok. 

Recommended. 

Lepas singgah Kula Cakes kiteorang terus pergi ke Terminal. 
Bas Fina pukul 12pm. bas aku pukul 2pm, tapi stay je situ. Thanks Ummi and Azu tunggu kiteorang sampai naik bas. 


Dan sampai sini jelah kisah percutian kiteorang. Maka habislah cuti seminggu aku tu. Alhamdulillah, balik je dari cuti rasa 'fresh'.

Thanks korang singgah baca diary huda ni =D.

8 comments:

  1. Rindunya Kuantan. Kula Cakes tu memang wajib kan..

    ReplyDelete
  2. teringat dulu gi kuantan, makan mango cheesecake kat kula cakes..sedapppp

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa...nak kena juga ni short vacay gan geng sekolah Sis hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Dpt tenangkan fikiran tu yg best ✌🏻

      Delete
  4. selagi belum berpunya memasing..ronda pepuas dgn kekawan hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.