Raya - kan sebulan (Part 2)

June 22, 2019

Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Again, huda nak update pasal entry raya. Entry kali ni sambil beraya, sambil kita short vacay ye. Alhamdulillah, semua urusan di sana dipermudahkan. Perjalanan pergi dan balik juga dipermudahkan. 

Sebenarnya dah lama tak driving jauh. 
Dulu driving beberapa tahun lepas je, tu pun masa zaman huda belajar.

Bila dah kerja, jalan - jalan area JB jela. 

Alhamdulillah, nasib baik ada kawan I yang sudi teman I driving, berjalan dan beraya. 
Thanks Yana =D

Sampai - sampai je Melaka, kiteorang terus check in Hotel, yang terletak di bandar Melaka. Sebelum pergi sini, nak cari hotel pun rasa 'bercinta' betul! Lama ek nak cari. Nak cari tempat yang sesuai. Last - last, kiteorang pilih dekat area Bandar Melaka. Senang. Sebab nak pergi mana - mana semua dekat. 

Finally seminggu sebelum pergi, dapat juga decide nak hotel apa. So kiteorang decide pilih "Hotel Arissa". 

Ini view bilik hotel kiteorang. 
Pada aku macam ok jugalah. Harga kiteorang dapat RM130 semalam, dekat Agoda. Normal price almost RM200 tak silap. 

Pendapat huda, hotel ni is oklah. Selesa sangat. 
Nak solat pun, ruangan dia luas. 

Oh ye, guest parking pun ada disediakan juga.

View dari balkoni bilik hotel kiteorang. 
Sampai - sampai terus rehat jap. Lepas tu, cari makan. 
Lapar, tak lunch lagi. 

So kiteorang decide pergi Bandar Hilir je. Dekat je dari Hotel, around 11 minit macam tu. Makan lauk - pauk lunch je. Harga pun standard macam dekat JB. 

Lepas lunch, kiteorang decide untuk jalan kaki je area situ. Niat memang nak cari beca, dah alang - alang sangatkan dekat situ. Alhamdulillah tak sampai 5 minit jalan, tiba - tiba ada abang beca lalu depan kiteorang. Apa lagi kiteorang pun naik ler. 

Didi and Friends pun boleh. 
Dia ada banyak package, means kalau korang pergi banyak tempat maka adalah amount yang korang kena bayar. 

Kiteorang amik package pertama je, which is satu tempat je kiteorang stop. Harga satu tempat RM25. 

A Famosa. 
Thanks abg beca amikkan gambar kiteorang. 
Nilah kawan baik I yang teman I driving jejauh. Thanks teman, Yana. 

ootd jap. 

Settle lunch, naik beca then kiteorang balik hotel semula. Rest kejap, solat lepas tu kiteorang pergi beraya jap. 

Lepas beraya kononnya nak pergi situlah, sinilah. Tapi last - last pergi Perkampungan Portugis jap, tengok suasana dekat sana. Yelah sebab sebelum ni, orang tu cerita best suasana dekat situ. 

ootd dikala matahari nak terbenam. Sambil - sambil tengok suasana, sambil tu tengok sunrise. 
Cantik sangat suasana kat sini. 

p/s: bak kata orang Melaka, datang sini please jangan singgah makan bagi orang Islam. 


Dah puas tengok pemandangan yang cantik kat sini, sambil ambil gambar buat kenangan. Then kiteorang decide balik hotel semula, sebab lepas maghrib nak pergi beraya lagi kat rumah kawan ex-satu collage dulu. 

Hari kedua kat Melaka, kiteorang tak g mana sangat kecuali pergi Klebang, pergi beraya rumah Moksu Yana, dan jumpa kawan jap.

Cantiknya!
Eeee geram tengok. Rasa damai pula ada dekat sini tau. 

Bak kata Yana Kuew Tiaw Kerang dekat sini sedap. 
So kita pun pekena Kuew Tiaw Kerang dia. 

Kuew Tiaw Kerang dia is not bad guys. 

Dah sampai sini, mestilah kena rasa one of signature diorang ni. 
Coconut Shake (Original), yang harga dia is not bad murah. Dekat JB, satu cup tu dah dekat RM5. Dekat Klebang Melaka, RM3.30 je. 

Dia punya sos keropok lekor tu sedap tau. 
Rojak buah dia pun not bad, kawan I makan habis, haha. 

Lepas makan, lepak tepi pantai jap. Tapi tengah - tengah lepak, tetiba ada couple Chinese bagi kiteorang main ballon diorang yg tak habis tu. Jadi kiteorang pun apa lagi, main jela orang dah bagi free, haha. 

Lama gak kiteorang lepak tengok pemandangan sambil main ballon tu. Lepas tu, baru kiteorang decide pergi beraya dekat rumah Moksu Yana, yang tak jauh dari situ. 

Lepas beraya, jumpa kawan jap before balik JB. Pung pang - pung pang, pukul 5 lebih juga kot balik JB. 

Dan itu jelah kisah kiteorang yang datang Melaka. Sambil beraya, sambil ber - short vacay lah kita. 

Ok guys, sampai sini je yang sempat huda update. Nanti huda update lagi ye, haha. Ada dua entry raya menanti. Gitu. 

Thanks datang singgah baca entry kali ni. 


4 comments:

  1. Kampung Portugis tu ada yang boleh makan Huda, memang takde halal tapi no pork no lard, tapi kalau was-was tak payah lah makan yer.
    Sama juga macam seafood restoran cina di Johor, macam tu ler kampung Portugisnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.
      Tula sbb kwn kita ckp pun kalau was - was jgn makan and dia tak recommend makan kat situ.
      Thanks sis for info

      Delete
  2. kenapa jangan singgah makan kat perkampungan portugis tu huda? banyak yang tak halal ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan kita kata kalau was was jgn makan. Sbb situ mcm non muslim. Waallahhu.

      Delete

Powered by Blogger.