Raya - kan sebulan (Part 1)

June 11, 2019


Assalamualaikum, =D

Hye semua, 

Walaupun dah seminggu raya, rasa masih tak terlambat untuk huda update entry raya ni. Tak terlewat juga, untuk huda ucapkan :-

Selamat Hari Raya guys =D

Alhamdulillah tahun ni dapat cuti lama sikit, mujurlah juga Raya Pertama jatuhnya hari Rabu. Jadi kita dah start cuti dari hari Selasa sampai lah Ahad. Senang lenang I dekat rumah, guys. Yang bestnya cuti lama sikit ni, dapat berehat dari kesibukan kerja buat seketika. 

Sambil berehat dan bercuti, kita hilangkan kepenatan bekerja tu sambil dok prepare barang masakan raya, balik kampung dan bergaul dengan sanak - saudara. Berkunjung ke rumah sanak saudara, dan melayan tetamu yang datang ke rumah. 

OOTD Raya Pertama.

Raya keempat sempat pula pergi Simpang Renggam dengan kawan - kawan aku. Alhamdulillah, tahniah dekat classmate dan badge mate I, yang dah selamat bernikah. Congrats korang 💕. Balik dari Simpang Renggam, sempat pula kiteorang singgah Kluang tau. 

Kita singgah Kluang, semata nak pergi lepak dekat Kluang RailCoffee. 
Mujurlah tak berapa jauh kan Kluang dengan Simpang Renggam, tu yang kiteorang redah je pergi haha. 

Maklumlah, tempat viral nak juga merasa apa best sangat. Nasib ler kawan - kawan baik I sporting.

Kononnya nak pergi bergambar kat laman seni Kluang, tapi tak ada rezeki. Boleh pula hujan time tu. So last - last kiteorang decide balik JB jelah terus. 

Lepas seminggu cuti, dah kena naik kerja. Bila dah lama cuti ni, memang 'liat' sikit nak naik kerja. Tapi bila fikir nak cari rezeki, sis gagahkan juga pergi kerja. Peh, ayat aku, hahaha. Balik - balik kerja tu, sempat kot aku singgah kat rumah kawan baik aku. Kita beraya jap.

Masakan Mak kawan baik aku ni, tak pernah mengecewakan. Selera aku makan, haha. 


Ok guys sampai sini je sempat untuk huda update kali ni. InsyaAllah, in future akan ada lagi entry huda bulan 6 ni. That is why, I letak tajuk "Raya - kan sebulan". 

Thanks tau korang singgah dan baca entry - entry dekat blog huda ni. 

Oklah guys dah malam ni, esok kerja. Cawwwww cinnn cawww guys. Good night =)

No comments:

Powered by Blogger.