Reminder for Muslimin - Notes The TypeWriter

January 25, 2019


Assalamualaikum, =D


Dari mata turun ke hati, kerana lihatnya mungkar gelapnya hati
..Firmah Allah Ta'alaKatakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan..Nak jaga pandangan bukan sahaja diluar malah dalam social media, lagi-lagi kaki instagram tegar yang suka bukak explore atau follow mana-mana wanita mahupun sesiapa sahaja yang mungkin tak dijaga batas auratnya..Saya punya jiwa dan saya punya Tuhan, esok bila saya di alam barzakh malaikat akan tanya anggota badan saya, yang akan menjawab bukan mulut tapi setiap inci anggota, apakah kegunaan selama saya di dunia, melihat kebaikan atau keburukan?.Saya bukan seorang baik apatah lagi seorang yang alim, jika bukan kerana mata dan hati untuk saya jaga, maka apakah kebaikan lain yang boleh saya jaga. Sebab dua perkara inilah kerap kali manusia kumpul dosa. Saya tahu dan saya takut akan kerana dosa mata dan hati saya jauh dari Rahmatnya. nauzubillahiminzalik..Bagi sahabat muslimat yang mengaku Islam yang berikrar di depan Allah setiap kali solat, jagalah adab dalam apa jua kamu lakukan baik di dalam social media ataupun realiti. Jagalah akhlak mu, tutuplah aurat, jagalah aurat dengan sempurna, jagalah agama..Jangan kerana kesilapan kita dan kerana nafsu, agama Islam menjadi fitnah. Saya dengan tulus hati minta maaf buat semua. Untuk mendapat jodoh yang baik soleh/solehah terlebih dahulu kita perlu menjadi lebih baik kerana saya yakin jodoh kita cerminan diri kita. Ikhtiar untuk mati dalam husnul khotimah. Allahumma aamin..TheTypewriter.#mzthetypewriter #nasihat #tarbiahhati#tarbiahdiri #darihatiuntukhati


Credit: The Type Writer
Instagram: the.typewriter
Telegram: The Type Writer (boleh join telegram The Type Writer dengan copy link ni ye).

3 comments:

  1. nice reminder :)

    Aril dah folow. Jom followback. Jom balas balik blogwalk.

    Aril ade entri baru.

    https://muhammadshahril97.blogspot.com/2019/01/alhamdulillah-im-back.html

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua berada di landasan yg benar

    ReplyDelete
  3. Sama-samalah kita mengejar Husnul Khotimah ..
    Aaamiinn..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.