Drama Keluarga Itu – Iman Kantoi! Episod 29 Paling Menyayat Hati | Sinopsis & Review

Farah
0

Serius weh, drama Keluarga Itu buat perasaan penonton bercampur-baur. Bila tengok drama ni, mesti kita rasa geram, sedih, marah – semua campur sekali. Isu yang mereka angkat dalam drama ni memang berat – penderaan emosi, kes sosial, haruan makan anak, dan pelbagai lagi isu yang jadi pengajaran buat kita semua. Watak utama seperti Iman, Chempaka, Mia dan yang lain-lain, semua ada peranan besar. Serious geram gila dengan Iman, watak paling buat darah kita semua rasa mendidih. 

Drama Keluarga Itu – Iman Kantoi! Episod 29 Paling Menyayat Hati | Sinopsis & Review. Assalamualaikum. Memandangkan aku dah lama tak buat review tentang drama atau movie yang aku tonton lately, so hari ni rasa nak coret sikit sebelum mood “menelaah/membaca” datang. Sekarang ni episod 29 dah pun ditayangkan dekat aplikasi Tonton. Puas hati aku, bila akhirnya si Iman tu kena tangkap! – Walaupun cuma drama, tapi kita yang follow dari episod 1 ni memang geram do’oh dengan perangai dia. Drama Keluarga Itu ni katanya berdasarkan realiti masyarakat.


Drama Keluarga Itu – Iman Kantoi! Episod 29 Paling Menyayat Hati | Sinopsis & Review

Untuk yang masih belum berkesempatan tengok, meh aku cerita sikit pasal sinopsis Keluarga Itu.


Sinopsis Keluarga Itu

Keluarga Itu merupakan cerita tentang kekeluargaan yang nampak bahagia dan sempurna di mata kasar, tapi sebenarnya sarat dengan kisah dan konflik yang hanya mereka sahaja tahu. Iman dan Chempaka merupakan ibu bapa kepada empat orang anak – Ansara, Anwari, Dhamiah (Mia), dan Dhini. Setiap ahli keluarga ni ada kisah tersendiri yang masing-masing berat.


Paling aku geram dalam drama ni, obviously konflik yang dicetuskan oleh Iman sendiri, dan juga masalah sosial yang dialami oleh Mia. Yang buat lagi geram, mak dia - Chempaka, tak percaya langsung apa yang diceritakan oleh Mia. Mia lari membawa diri. Mujur Mia terjumpa dengan Aman, dan kawan-kawan yang baik, tapi biasalah dah nama cerita, Mia tetap terikut dengan perangai Boy, rakan sekerjanya. Walaupun dah dihalang oleh Aman, boss, dan kawan-kawan dia yang lain, tapi bila dah terjebak, susah sangat nak keluar. MasyaAllah. Dan dalam episod 29 pulak, anak dia meninggal dunia. Sedih weh.


Yang paling sakit hati – bila tengok Iman lepaskan nafsu jahat dia pada anak kandung dia Mia, dan adik Mia yang OKU, entah kali ke berapa. Walaupun ni cerita je, tapi aku tetap geram, sakit hati. Aku memang skip part Iman cuba bela diri, salahkan anak dia, salahkan Mia, dan segala macam sebab aku memang benci part dia tu. Tapi aku puas hati bila Chempaka akhirnya hempuk, terajang dia. Puas hati aku sebagai penonton, walaupun drama. Geram ek. Biar dia duduk dalam penjara tu lama-lama.


Cuma yang buat hati aku lagi sedih – bila Mia dan Aman pun kena tahan reman sebab kematian anak mereka. Tak sabar nak tunggu episod akhir Keluarga Itu (episod 30). Harapnya ada keadilan untuk Mia dan keluarga yang betul-betul teraniaya.


Walaupun orang kata “drama je, tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati,” tapi Keluarga Itu bukan drama biasa. Cerita ni memang menyayat hati dan buat kita rasa macam-macam – marah, sedih, geram, kecewa… semua ada. Tapi itulah kekuatan drama ni. Tahniah kepada Erma Fatimah sebab berjaya pikat hati penonton dengan jalan cerita yang real, berani dan penuh emosi. Keluarga Itu memang beri kesan.


Apa comment korang tentang drama keluarga itu? 






Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !