Renaissance Johor Bahru Hotel menang Tripadvisor Travellers’ Choice Award 2025 dan terletak di Bandar Baru Permas Jaya. Dapatkan penginapan selesa, restoran eksklusif, dan layanan yang baik dari staff yang mesra untuk family trip atau honeymoon di Johor Bahru.

Hotel Selesa di Johor Bahru: Renaissance Johor Bahru Hotel Menang Tripadvisor Travellers’ Choice Award 2025 | Assalamualaikum. Bagi korang yang tengah cari hotel yang selesa untuk bercuti di Johor Bahru, bolehlah stay dekat Renaissance Johor Bahru. Baru-baru ni, hotel ni baru sahaja diumumkan sebagai pemenang Tripadvisor Travellers’ Choice Award 2025! Wow, tahniah buat Renaissance Johor Bahru Hotel. Bukan biasa-biasa ya, sebab hotel ni kini berada dalam 10% hotel terbaik dunia. Semua ni, adalah hasil daripada review ikhlas tetamu yang pernah menginap di hotel ini.
Hotel ni terletak di Bandar Baru Permas Jaya, kawasan yang sangat strategik, dekat dengan tempat makan, shopping centre, dan tak jauh dengan bandar. Bilik-bilik di Renaissance Johor Bahru memang selesa, bersih dan designnya moden. Hotel ini lengkap dengan dua restoran yang popular iaitu kafe BLD dan Restoran Cina Wan Li. Kedua-dua restoran ni ada vibe tersendiri dan eksklusif. Sesuai sangat kalau nak bawa keluarga untuk menikmati hidangan yang sedap dan exclusive.

Yang bestnya, staff kat sini memang friendly dan sangat membantu. Tak hairan la ramai puji tentang servis mereka. GM hotel, Encik Shibil Malik pun cakap mereka memang komited dalam memberi layanan cemerlang dan konsisten buat semua para pengunjung.
Bukan itu sahaja, Renaissance Johor Bahru Hotel juga selalu anjurkan pelbagai aktiviti menarik, yang dekat dengan hati para pelanggan seperti Global Day of Discovery (sebuah event khas untuk celebrate budaya dan komuniti sekitar).

So, kalau korang ada plan nak ke Johor Bahru lepas ni, boleh consider untuk tidur beberapa malam di Renaissance Johor Bahru Hotel. Nak honeymoon boleh, family trip pun sesuai.
Address :
Renaissance Johor Bahru Hotel
2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.