Semangat Tahun Baru, aku nak kembali rajinkan diri dengan menulis journal. Dah lama aku takde mood menulis, lately since viral dekat socmed, ianya seperti memberi sinar baru buat diri aku 🤭. Apa - apa tulis situ, safe rasa.

Selepas beberapa bulan tak ada rezeki nak join event, Alhamdulillah Allah beri peluang kali ni.
Sejak beberapa kejadian yang berlaku, aku rasa aku lagi suka “memencilkan” diri aku. Kat situ, kadang dok leka layan media social, tapi once terbaca something yang memberi motivasi & semangat, aku tercari buku yang related 😅.
Bila dah terbiasa “memencilkan” diri, which is dah setahun lebih. So dia macam rasa lagi best. Walaupun kadang kala tu bila stress dengan kerja, aku cannot go rasa🥲. Balik cari journal kekadang. Tulis. Baru tenang sikit.
Semoga struggle aku ni membuahkan hasil.
So talking about Azam Tahun Baru? Aku bole cakap, aku nak focus pada journal. Lain lain, biar tersimpan dalam journal 😂.

Dan kembali rajinkan diri baca buku, supaya dapat semangat dan idea menulis. Walaupun menulis hanya di sebuah blog byfarahh.
Domain berbayar, rugi tak manfaatkan pada domain yang aku dah invest ni 😂. Dari 2009 aku invest, itu pun sebab “kejadian” link aku broken. Terpaksa invest time tu.

Dan sesekali kalau sempat, aku join la event buat happy kan diri 🤭. Lebih lagi di bulan January. Saya pun susah nak kata, kenapa tetibe rasa bulan January ni bulan fav saya 😂.
Walaupun jujur shakapppp, bila dah “memencilkan diri”, bila dah start tulis journal, banyak rasa kelemahan diri sana sini, rasa segan nak post post ni.
Tapi benda dah hobi.
Kalau tak mingle, kalau tak jumpa org, rasa lagi cannot go. Tepu 😂. So tu ler sesekali kena jadi extrovert sikit, tiberrr.
Begitulah kisah diary saya.
Rindunyaaaa nak tulis blog macam dulu, walaupun hanya sebuah blog yang aku buat since zaman sekolah.

Akhir kata
Jika tidak hari ni, mungkin minggu depan
Jika tidak minggu ini, mungkin bulan depan
Jika tidak bulan ini, mungkin tahun depan,
Segala harapankan datang yang kita impikan.
Jangan lah menyerah dulu, waktu masih panjang
Hingga doa kita selalu yang tak pernah usang,
Kita usahakan lagi sayang, yakin waktunya kan datang
Ok dah nyanyi sikit tu, sambung sampai habis tau! 😂
Anyway korang, Semoga tahun ni tercapai segala apa yang korang impikan. Nak kejar impian tu, biasalah struggle sikit. Sama macam time belajar, nak dapat segulung sijil tu bukan mudah. Macam macam kan? Jadi good luck tau 💪🏻☺️

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.