Ini sedikit Sejarah Baju Kurung Kedah yang ramai tidak tahu

Farah
0

Assalamualaikum, hai semua. Siapa dekat sini yang suka pakai Baju Kurung Kedah Moden? Cantikkan? Bagi you guys yang suka pakai baju kurung kedah, so here huda nak share sedikit tentang Sejarah Baju Kurung Kedah. Setiap perkara mesti ada sejarah sendiri, sama juga seperti Baju Kurung Kedah. Mungkin ramai yang tidak tahu, di mana Baju Kurung Kedah ini dahulunya popular di kalangan penduduk di Negeri Kedah sendiri.  Terdapat pelbagai versi tentang sejarah pengenalan Baju Kurung Kedah yang Huda sempat baca sebelum menulis article ini


Sejarah Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah dikatakan dahulunya terkenal di Selatan Siam, kemudian populariti itu di bawa ke Negeri Kedah kerana kedudukannya yang dekat. Populariti Baju Kurung Kedah menarik minat Negeri - Negeri lain di semenanjung pada ketika itu, dan disebabkan itu Kurung Kedah menjadi pakaian tradisi orang dahulu.


Tahukah anda bahawa pada zaman dahulu, populariti Baju Kurung Kedah ini dikatakan hanya popular di kalangan bangsawan dan dipakai pada majlis tertentu. Ukuran Baju Kurung Kedah, pada masa itu sangat mengikut ukuran badan, dan ketat. Pada Abad ke15, Kesultanan Melayu Melaka, Tun Hassan Temenggung telah mengubah potongan Baju Kurung Kedah mengikut kesesuaian wanita di Tanah Melayu, dengan potongan baju lebih longgar dan selesa untuk di pakai pada setiap hari, ataupun di majlis - majlis yang tertentu.


Baju Kurung Kedah Opah


Baju Kurung Kedah
Beli di sini - Shopee

Pada zaman sekarang, Baju Kurung Kedah Klasik dikenali Baju Opah sebab yang pakainya pun umur yang sebaya dengan nenek kita. Tapi sekarang, ramai je yang akan memakai baju kurung kedah untuk tema malam berinai misalnya. Dapat dilihat, kadang di media - media social, bakal pengantin akan memilih tema klasik, contoh memakai Baju Kurung Kedah pada malam berinai. 


Baju Kurung Kedah sekarang dah moden, dan terdapat pelbagai design dari yang simple, sehingga ke elegant di pasaran masa masa kini. Kita sebagai pengguna perlu pandai cari design, warna, dan potongan supaya ianya berpadanan dengan kita. 

Ukuran Baju Kurung Kedah

Ukuran Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah terbahagi kepada 2 bahagian. Iaitu baju (ukuran blouse, dan biasanya bahagian lengan pendek sedikit), dan kain labuh. 

Baju Kurung Kedah Moden
Baju Kurung Kedah Moden

Untuk yang sekarang, banyak pilhan. Ada yang dibuat daripada kain batik (bercorak moden), ada dibuat daripada kain plain. 

Mana satu pilihan you guys?



Tags

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !