Tipu kalau kita tak ada sekelumit rindu pada kenangan


Assalamualaikum,

Pernah tak ada lagu yang selalu bermain diminda, dan korang pun ternyanyi sekali?

Tipu kalau kita tak ada sekelumit rindu pada kenangan
Bila bait - bait lagu ni selalu je acap kali bermain diminda huda. Memang la huda ternyanyi kan 😂.

Lepas tu macam fikir, lagu ni untuk Sapa? Atau kalau tetibe teringat someone, mesti macam eh kenapa aku teringat dia ek? 

Mungkin rindu. Tapi ego. 
Tipu kalau kita tak ada sekelumit rindu pada kenangan. Beberapa kenangan.

Ada je rindu, tapi ego.
Kadang walaupun sakit hati macam mana, bila dah lega tu lama - lama ada rindu dan teringat someone.
It’s not specific to any relationship. Ini general.
Tak kisah, rindu pada kenangan bersama ex, rindu pada kenangan bersama keluarga, rindu pada kenangan bersama kawan - kawan, dan sahabat.

Teruntuk kalinya, personally ada je acap kali teringat pada ex. Tapi dah lost contact. Apa kita boleh buat lagi, selain mendoakan terbaik buat dia. Ni bukan Rindu pada dia, eeee tak! Tapi mungkin ada teringat sikit pada kenangan 🙃. Tipu kalau kita tak ada sekelumit rindu pada kenangan

Sama juga, orang yang pernah kita rapat tapi sekarang dah tak rapat. Mungkin ada conflict yg tercetus (sama ada dari dia, atau kita sendiri). Mesti ada rindu kenangan dulu. Rindu pada org tu. Selalu macam ni, aku teringat pada member yg aku rapat. Nak menyesal dah tak boleh, benda dah jadi. Kita cuba memaafkan, dan moveon. Hope dia pun begitu. Bila teringat, doakan

Rindu pada family, dan member paling rapat tu biasa. memang akan ada sekelumit rindu, bila berjauhan. Apa lagi, whatsapp or call ler bertanya khabar ✌️.

Doakan. Jalan terbaik. Tipu kalau kita tak ada sekelumit rindu pada kenangan.

Dendam tu boleh buat kita tak tenteram. So better cuba untuk doa minta Allah tolong leraikan perasaan yang tak enak, dan cuba memaafkan. 

Pada aku, setiap orang ada baik dan buruknya. Someone pernah berkata, dan acap kali berkata - manusia ni, dia memang akan fikir buruk dulu. Baru dia ingat baik. Secara logic, kepada org yg kita kenal dan tak berkenan dengan perangai dia, yes Betul la apa someone tu cakap. Tapi lama - lama, bila kita fikir yang kita ada kekurangan, kita akan ton down. Sampai bila you nak ingat salah orang? Sedangkan mungkin you ada salah yang sama pada manusia berbeza. I always talk this to myself. And never pandang someone tu buruk, even you tak rapat dengan dia. Sebab kita tak tau, sapa in future yang Padang kita buruk. Kan ke semua orang ada perasaan suka, marah, sedih, etc etc - yang confirm kita tak boleh control. Selain kita control diri kita.

Oh well, kalau mana you boleh contact, just contact. Mana yang tak boleh contact, doakan. Mungkin doanya - Ya Allah, segan dah nak tegur Sebab ada buat hal, just tegur hai pun ok kan? Ya Allah aku Rindu kenangan dia dulu. Harap ada yang terbaik buat dia,” …. Dadaaadaaadaaa, and you rangka doa you sendiri ✌️. At least dengan sekelumit rindu, hati you tenang la sikit. 


2 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. Rindu~ pada kenangan lalu, but we need to move up. 🥰

    ReplyDelete
  2. sebab tu wujud terms KLMJ...kenangan lalu mengusik jiwa

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.