Ikut trend buat October Dumb

Assalamualaikum

Sesekali nak ikut trend story Instagram. It’s my October Dumb (with a picture). It’s November already, but sempat lagi kan writing my October Dumb.

ni October Dumb versi Farahuda.

Story behind 1st week of October.
Awal October - pergi Legoland with my sister. I cakap dengan adik I, jom teman kak huda. At least ni aku treat kau, before kau balik Universiti. 

Bersama geng JDT Blogger at the Legoland event.
Ajak adik teman.

Gambar ke - 2, just me. Yang terkadang kalau datang mood nak selfie, maka aku selfie la.

Gambar ke 3 - Event Appreciation Media & Coorperate Appreciation Night dekat Impiana Hotel. Anjuran, Impiana Hotel.

Bersama kak hernee, nona, dan syu



Ni la antara JDT Blogger yang join.
Kak sunah, sislin, kak hernee, nona, syu, and me.

Anyway thanks Impiana Hotel for the invitation.

Gambar ke4;-

Ni masa dekat Pontian.
Dari JB ke Pontian dengan mybas.
For more info, boleh baca entry farah sebelum tu - click untuk baca entry.

Tidak lupa juga, untuk menikmati pemandangan laut di Pontian walaupun seketika. Takpe nanti balik kampung, kita continue layan pemandangan kak Pontian.

Gambar ke5:-

Masa ni huda kat luar JB, hantar adik - adik balik Universiti dia.

Dah besar semua.
Akak awak pula, turut excited hantar adik masuk Universiti. Hahaha.
Good luck anis and izzah.

Berhenti kat Petrol Station, so take the opportunity beli ice cream. 

Finally dapat makan 😂. So shedap! 😍🤩.
Nanti pergi tengok adik, boleh singgah lagi makan kat kedai nasi arab tu. Serious tu nasi arab dia sedap gila weh.

Gambar ke6:-

Hari tu mak abah ajak sarap kat area Nusajaya. Kemahen jauh. Haha tapi puas hati, sarapan banyak choice. Then adik aku (anna nama diberi), order roti tisu. 

Tak cukup. Aku pula order. Share la tapi.
Peh ni antara roti tisu yang sedap kot aku rasa. Boleh repeat lagi.

p/s - dia kalau lepak dengan family, kawan (bukan blogger), tengok mood nak ambil gambar makanan. Kadang gitu la aku ambil. Semata nak update story, hehe. Dia macam auto segan.

Lepas sarapan tu, aku terus jumpa ain. Actually dah set appointment lama dah. Minta ain teman g wedding kawan masa kat Uniten. Then nak ajak ain jalan.

Dah tua ni, suka pergi tempat macam ni sebenarnya. Mujur lah ain pun sama. thanks ain google kan tempat.

Actually masa pergi ni, takdelah rasa burn out ke apa. Tapi macam dah letih, penat dengan keadaan tu. So just nak drive jauh sikit, dan tengok pemandangan yang buatkan mata dan hati rasa lega. Tenang.

Alhamdulillah.
Thanks ain teman.

p/s - lately suka tulis diary yang random macam ni.

Lepas balik tengok laut, kiteorang singgah Kipmall Pasir Gudang sebab nak beli mainan anak sedara aku pesan. Alang - alang tu, beli sekali keropok lekor dengan popia otak - otak nona and family, hehehe.


Balik je, malam tu anak - anak sedara excited dapat mainan baru.

Anak sedara be like - 
“Aunty da, nanti belikan mainan masak - masak tau,” 
Me - ok

Masa kat rumah. Lepas beli mainan.
Anak sedara - “Aunty da, jom main masak - masak,”

Ok kita pun layan dia main.
Selepas beberapa conversation between me and anak abang I, tentang ‘order makanan yang dia jual’.

Anak sedara - “nah ni makanan bungkus awak,”
Me - thank you. Berapa ni?
Anak sedara - “it cost 10dollar,”.
Me - ok (dalam hati berkata - budak sekarang ek. Tak main RM. Guna dollar terus 😂😂😂). 
Kelakar lah.

Not related with picture october dumb (di atas sekali). Tapi still few times with coffee.

Bagus beli tumblr macam ni. 
Kalau time nak pekena Mocha, or Milo ais kat rumah. Just buat je.

Ala Mocha 3 in 1 je awak 😂. 
Oklah at least ada kopi (bila time nak minum kopi).
Aduh parah si huda. Ada je nak ber-kopi sekarang. Addicted since lepas covid, bulan august lepas.

Tp cuba control juga.
Kang pening lalat, sudah nak layan pening pula.
Huda bukan boleh kopi banyak sangat.

Ok guys. Thanks singgah baca entry October dumb (sekali dengan random diary on October).

Sebenarnya ada je nak masuk sekali cerita random entry tu. Tapi tau jela, kang huda dah start menulis tak habis pula. So, huda stop sini dulu ye.


Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.