Breakfast dekat Malaya Station RnR Machap hala Utara

Assalamualaikum =D

Hai korang. Hari ni, huda nak share personal review, makan dekat RnR Machap. Memandangkan dah lama tak breakfast dekat RnR, so hari tu kiteorg satu family pergilah sarapan dekat sana. Bak kata parents aku, rindu nak hantar kiteorg pergi belajar, hehe. Yelah, kiteorang dah habis belajar. Tunggu adik je, sambung belajar. For now, adik still study dekat rumah. Dalam beberapa bulan lagi, baru dia akan balik Universiti dia tu. Adik bongsu pula, baru je dapat result SPM, so tunggu dia pula dapat panggilan. Lepas tu, tinggallah kami akak - akak dekat rumah. Kiranya, take turn la gitu. So, ini cerita kami pergi Breakfast dekat Malaya Station RnR Machap hala Utara.

Breakfast dekat Malaya Station RnR Machap hala Utara
Malaya Station yang menyediakan makanan western pepagi.
Ramai juga yang beli, termasuk kami.

Breakfast dekat Malaya Station RnR Machap hala Utara
Kalau nak tahu, dari tahun sudah pun memang makan sini.
Kalau pergi berjalan, mesti singgah. Sebab sedap.
Tapi huda baru berkesempatan nak share dengan korang.

Breakfast dekat Malaya Station RnR Machap hala Utara
Ni antara yang kami order

Nasi Goreng Chicken Chop
Set meatball with fries

Breakfast dekat Malaya Station RnR Machap hala Utara
Ramen with Chicken Chop.
Adik bongsu order.
Not bad juga ramen dia, sedap.

Breakfast dekat Malaya Station RnR Machap hala Utara
Lamp chop, pilihan adik ke3.

Serious kenyang sampai ke petang. Petang pun, makan ringan - ringan jer. Alhamdulillah.

Lepas sarapan, kiteorang dok beli buah dan kerepek luar dari food court RnR Machap.

RnR Machap hala Utara
Banyak kerepek kat sini, jajan pun ada.

RnR Machap hala Utara
Dalam kereta tak makan pun, beli untuk makan kat rumah sekali.

Jalan - jalan Muar Johor
Lepas tu, kiteorang gerak pergi Muar. Lalu jalan dalam.
Ingat nak pergi Kolam Air Panas. Sekali dah tutup.

Jalan - jalan Muar Johor
Then aku ajak je abah jalan - jalan sekitar Bandar Muar.

Alang - alang kat situ. Kita ambil la gambar.

Tempat ootd dan amik gambar Muar Johor
Best la ootd kat street yang ada mural lawa - lawa tu.

Korang search Stesen Bas Muar, atau OCBC Bank Muar.

Tempat ootd dan amik gambar Muar Johor
Dia betul - betul belakang OCBC bank tu. Kat lorong depan dia pun ada.
Memang kena jalan - jalan je area situ

Tempat ootd dan amik gambar Muar Johor
Basically yang dok lukis mural ni, Joey Daud dan team.
Serious lawa - lawa semuanyaaaaa.

Tempat ootd dan amik gambar Muar Johor

Tempat ootd dan amik gambar Muar Johor

Actually banyak lagi. Tapi tu nanti tunggu next entry hehee.


7 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. Best sekali sekala bfast kat RNR ni. Dulu2 zaman muda mudi, suka makan Soto di Hentian Machap, dah tak ada dah tempatnya. Bolehlah bertukar arah ke RNR, hehe.

    ReplyDelete
  2. Sis memang selalu singgah RnR sebab suka beli Pau panas hehehehe

    ReplyDelete
  3. menariknya menu R&R meriah. sedap tu western nampak porsi pun banyak.

    ReplyDelete
  4. ehh nampak sedap2 makanan kat RNR tu

    ReplyDelete
  5. Wow.. Tak sure pernah try ke tak.. kalau ke sana, ikut mood nak makan apa time tuh.. huhu.. Nanti lehlah try.. Yang mural tu, aku pernah gi satu tempat ni.. tapi tu area bandarnya.. mcm tak nampak dinding yg ni. hahhahaa

    ReplyDelete
  6. biasa syu singgah makan bihun sup, lepas p muar tu pun sekali je sebab ada site visit tender. Lepas tu tak pernah pergi lagi dah. Muar jauh ke dalam, jadi malas nk datang

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.