Review Drama Puteri Reunion 2022

Farah
10
Assalamualaikum, =D

Hai korang. Apa pun, kita enjoy….. Itulah tagline Puteri yang kita semua tak boleh lupa. Sitcom Puteri, merupakan antara salah sebuah drama komedi, yang menceriakan suasana. Sebab tulah, ramai yang tak sabar nak tengok Puteri Reunion ni, termasuk huda.

Puteri Reunion 2022

Untuk makluman, Puteri merupakan antara sitcom comedy di Malaysia yang pernah ditayangkan 15 tahun yang lepas. Sitcom Puteri, ada 130 episode dalam 10 siri. Wow, banyakkan. Sebab tu, kami yang dah layan Puteri, tak sabar nak tengok Puteri Reunion pula. Nak tahu, kisah mereka selanjutnya. Yang best, pelakon - pelakon lama, masih dikekalkan. Antaranya :-

Pelakon Utama dalam Puteri Reunion 2022
Nora Danish sebagai Puteri, 
Kenchana Dewi sebagai Kamala
Siti Fazurina sebagai Anita
Beego sebagai Roslan
Intan Ladyana sebagai Nadia

Review Sitcom Puteri - #throwback
Sedikit tentang Puteri - Sitcom Puteri menceritakan tentang Puteri Farah Nordin dan kawan baiknya, Kamala dan Anita. Mereka tinggal di rumah Pak Badar dan Kak Lilian. Dari situ, mereka rapat juga dengan pemandu Pak Badar, Roslan. Nadia pula, merupakan anak sedara kepada Pak Badar. Melalui siri - siri sitcom yang ditayangkan, Puteri bercita - cita, menjadi seorang pereka fashion terkenal. Dapat ke Puteri jadi Pereka Fashion terkenal? Sambungan di Puteri Reunion.

Review Puteri Reunion 2022
Selepas 15 tahun, Puteri berjaya mencapai cita - citanya sebagai seorang pereka fashion, dan ada butik sendiri. Kamala, dan Anita masih macam dulu lagi. Roslan pun sama. Ada Roslan, Puteri terkenang semula la tu. Kenangan mengusik jiwa gitu, hehehe. Dalam kegembiraan mereka dapat jumpa semula, secara tidak sengaja. Gembira masing - masing. Dalam kegembiraan, berlaku beberapa insident, yang buat Puteri pening, dan berubah di episode ke3. Iyelah, mana tidaknya dengan perangai kamala, Anita, dan Rania buat Puteri pening dan rasa diperguna kawan, dan sedara sendiri. 

Puteri Reunion 2022

Oh ye, untuk makluman Rania (dilakonkan oleh Ruhainies), merupakan cousin kepada Puteri. Dalam Puteri Reunion ni, dia merupakan seorang pelakon dan producer. Dah lerrr produce drama budget ciput (sikit), nak kata semua benda dia nak cut cost. Pening Pengarah (dilakonkan oleh Aziz M Osman). Disebabkan nak buat movie pun cut cost, Rania ambil kesempatan gunakan butik Puteri sebagai lokasi utama penggambaran. Kusut jadinya si Puteri. Ingatkan Rania nak sewa Butik (yang dalam rumah Puteri), rupanya Rania nak free jer. Amboi, mentang - mentang sedara.

Sebabkan masalah - masalah yang berlaku, Puteri kini berubah. Dia rasa yang kawan baik, dan sepupu, just nak gunakan dan ambil kesempatan ke atas dirinya. Si Kamala, Anita, dan Rania rasa lain dengan perubahan Puteri. Betul ke Puteri dah berubah, jadi Puteri yang baru?

Kehadiran Hanif (dilakonkan oleh Idris Khan), membuatkan Roslan cemburu, melihat keakraban bersama Puteri. Biarpun Puteri tegaskan mereka tak ada apa - apa, tapi Roslan masih tak percaya. Dapat ke, Roslan pikat Puteri semula?

Watak - watak dalam drama ni masih sama, ‘perangai’ mereka juga, masih sama, cuma dalam Puteri Reunion, kita boleh nampak kematangan setiap watak dalam episode kali ini, selaras dengan umur mereka sekarang. Tapi keserasian tu tetap ada. Dalam Puteri Reunion, mereka masih diri mereka, dan keletah masing - masing. 

Bagi mereka yang belum tengok, jangan ketinggalan layan sitcom Puteri Reunion ini. Tak rugi tengok. Dapat lepas rindu. 

Oh ye, apa cerita dengan Pak Badar dan Kak Lilian? Nadia pun muncul kejap sangat. Korang rasa, ada sambungan tak? Sebab ending Puteri Reunion pada huda, macam ada tergantung sikit? Korang rasa macam tu juga ke?

 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Oooo dah tayang ke, sampai lupa nak nengokkk.. sibuk beraya hahahaha.. nanti nak try laaa tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee, boleh tgok kat astro sis. Huda pun baru je tgok balik. Mak rakam hehehe

      Delete
  2. Tu la. Hari tu tak menyempat nak tengok - pasni boleh binge watch layan sitcom Puteri nie

    ReplyDelete
  3. Hmm... x silap I sitcom drama Puetri nie dulu famous masa tahun 2004-2006 kan? Sorry eh... I macam ingat x ingat sitcom nie. But seriously, this reunion sounds interesting. I=You make me want to check it out. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul. Dah lama sitcom puteri ni. Reunion pun best.

      Delete
  4. tak suka dengan watak kamala dalam puteri reunion ni.. rs annoying sangat perangai dia... hehehe

    ReplyDelete
  5. dah lain dah muka deorang semua, masa mula belakon dulu early 20's kan. wahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Lepas tu perangai sama. Tu la best bila tgok

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !