Presentation dan Rasa Makanan Macam Makan kat Hotel - Silver Fork Cafe Johor

Assalamualaikum =D

Hai korang. Seperti tajuk, itulah first impression kami pada The Silver Fork. 

Hari tu, huda singgah makan malam dekat Cafe Silver Fork, area Bandar Johor Bahru. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan salah sebuah cafe yang baru beberapa bulan dibuka. Nampak je macam cafe ni kecil, tapi makanan dia sedap. Hari tu, huda, kak mia dan nona makan kat sini. Bila makanan dihidangkan, dengan presentation dia, apa yang kami cuba simpulkan, style presentation tersebut adalah merupakan style presentation makanan dekat hotel. Terus kami tanya owner. Dia kata, betul. Owner merupakan salah seorang chef, sebelum buka cafe. Beliau juga pernah bekerja di beberapa buah hotel terkemuka di sekitar Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di Negeri Sembilan.

Bersama Chef Halim @ Silver Fork Cafe
Kami bersama Chef Halil

Chef Halil pernah bekerja dekat Lexis Hibiscus Port Dickson, Pulai Spring Resort, Sime Darby Kuala Lumpur, Golf & Country Club

antara makanan dekat silver fork cafe
Inilah hidangan makan malam kami, malam itu.
Sotong Goreng Tepung vs Udang Goreng Tepung, Fish and Chip, Nasi Goreng Kampung Butter Chicken, Nasi Goreng Seafood, Kuew Teow Hong Kong.

antara air special dekat silver fork cafe
Air special.
Mango Soda Fuity, Blackcurrant Soda Fruity, Milo Ais Chocolate Float, Sirap Bandung Vanilla Float

Fish and Chip @ Silver Fork Cafe JB
Fish and Chip

Nasi Goreng Kampung, Ayam Butter Milk @ Silver Fork Cafe
Nasi Goreng Kampung, Ayam Butter Milk

Yang ni serious sedap! =D
Cafe ni pagi dah buka, tengah hari ada makanan panas. Boleh try.

Nasi Goreng Seafood Ayam Butter Milk @ Silver Fork Cafe JB
Nasi Goreng Seafood Ayam Butter Milk

Set Sotong Goreng Tepung vs Udang Goreng Tepung @ Silver Fork Cafe JB
Set Sotong Goreng Tepung vs Udang Goreng Tepung
RM30

Kuew Teow Hong Kong @ Silver Fork Cafe
Kuew Teow Hong Kong.
Noddle ni pun sedap =D

Air Sedap @ Silver Fork Cafe JB
Air dia mostly semua sedap. Tak silap ni antara menu terbaru kat Cafe Silver Fork

Sirap Bandung Vanilla Float @ Silver Fork Cafe JB
Try test amik gambar hehhee.

Sirap Bandung Vanilla Float

Mango Soda Fuity @ Silver Fork Cafe
Mango Soda Fuity,

Rasa dia macam air detox hehe. Sedap! =D

Secara jujurnya, huda recommend sangat korang singgah makan kat sini. Tengah hari dah ada masakan panas. Kalau makan malam, lagi syok. Dengan angin sepoi - sepoi macam kat tepi pantai. Pastu dengar live band dari Banafee Cafe tu. Memang best makan kat sini. 

Silver fork beroperasi, dari pagi hingga malam. Jadi, kalau cari sarapan pagi, makan tengah hari, atau makan malam area JB. Korang boleh singgah sini.

Suggested =D

Info :
Google/Waze : Chef Halim Salim @ Silver Fork
(Cafe mereka terletak betul - betul berhadapan dengan G5 Hotel dan Banafee Cafe)

Facebook : The Silver Fork

Time : 12pm - 1am

p/s: all photo taken byfarahh











3 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. Ya Rabbi, sedapnya menggoda air dia tu.. Soalan, ramai tak orang ? Haha

    ReplyDelete
  2. One day bolelah try sini, nampak sedap dan menarik menu-menunya semua...

    ReplyDelete
  3. Wahhh bukan calang2 chef ni. Presentation die pon buat kita tak sabar nk try

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.