Semua benda nak post. Tapi salah ke kalau post dekat media social sendiri?

Assalamualaikum =D

Hai korang. Korang suka post kat media social? Yes, huda suka. Tapi. Tapi huda akan post mana yang huda nak post 😅😆. Tak semua sebenarnya. Kalau ada 10 gambar personal, at least post 1.

Huda jenis suka, nak something tu jadi memori. Tambahan pula, huda memang jenis suka writing. Kalau tak post dekat FB, Instagram, huda akan post kat blog. Memori.

Sama juga dengan mereka. Mereka jadikan media social mereka sebagai “diary”, tempat cerita suka dan duka. Itu pilihan mereka, pilihan anda?

Jadi personally pada huda, tak salah nak posting. Asal jangan posting benda yang too personal. Even “set close friends”, nak upload gambar buka tudung, kalau boleh please don’t.

Semua benda nak post. Tapi salah ke kalau post dekat media social sendiri?
Bila kita dah jauh dengan kawan, or what. Atau “kehilangan” mereka. Yg posting tula, kenangan.

Walaupun nampak huda banyak posting, tapi ada je benda yang huda keep personal dan tak post. Contoh cerita pasal family. Yang ni huda sangat tak disclose. Bukanlah sebab family huda tak best, tapi entah makin dah tua, makin rasa pasal family keep it personal.

Kawan - kawan pun tengok. Mana yang jaga privacy, of course huda pun akan jaga privacy diorg. Not directly posting or what. Kalau huda nak post juga, atau update blog letak gambar diorg, huda akan minta permission dulu. Huda jenis mcm tu 😅.

Ada kawan huda. Dia story yang bila posting tu buat dia happy. Huda pun tak berapa nak pandai talking about this sangat. Tapi apa huda boleh cakap, ikut masing - masing.

Cuma kena tahu lah mana personal, dengan mana yang boleh posting. Nasihat buat diri sendiri juga ✌🏻😊.





1 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. Entahlah... kenapalah ada orang sibuk dengan postingan kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.