Bahaya tak, kalau dapat Contact Casual dalam MY SEJAHTERA?

September 14, 2021

Assalamualaikum, =D

Hye semua. Kebiasaannya, status MY SEJAHTERA akan tunjukkan yang kita 'low symptom'. Tapi kalau tiba - tiba dapat Contact Casual dekat MY SEJAHTERA, jangan panic.

Contact Casual tu bermaksud - Ada orang positive yang "check in" tempat korang check in tu.

Bahaya tak, kalau dapat Contact Casual dalam MY SEJAHTERA?

Contact casual tak perlu kuarantin selama 10 hari. Tapi korang still kena jaga jarak, pakai mask. 

Contact Casual ni, normal dah sekarang. Kalau pergi mall, kekadang memang dapat je status contact casual. Maka selama 10 hari tu, kena jawab assessment.

Jawab dengan jujur. Andaikata tak ada apa - apa, jawab je semua "NO". Jangan jawab "YES", ada kang status bertukar jadi lain pula. Tak memasal kang.

Ingat tau, status yang available untuk pergi Office, Shopping Mall, Kedai Runcit, Kedai Makan, dan lain - lain hanya "Low Symptom", dan "Contact Casual" je - STATUS Low Risk dekat MY SEJAHTERA.

Selain dari tu, kira High Risk. High Risk ni, kena quarantine selama 10 hari, dan follow up assessment kendiri juga dekat MY SEJAHTERA.

Untuk clearkan high risk tu, korang kena dapatkan advice dari Klinik - Klinik kesihatan yang terdekat dengan korang. Before pergi, call je dulu. Minta advice diorang, lepas tu follow. 

Bahaya tak, kalau dapat Contact Casual dalam MY SEJAHTERA?


You Might Also Like

12 Comments

  1. tulahhh risau jugakk kan kalau berlaku contact casual ni ...komfom gelabah tak tahu nak buat ape 😅🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe. gelabah betul 'kalau' tersalah tekan tu. Nangis tepi bucu katil, hahaa

      Delete
  2. Aduh, takut juga kalau dapat notifikasi walaupun hanya Contact Casual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Sebenarnya huda pun takut juga dapat contact casual.

      Delete
  3. Kena selalu tekan check out lepas keluar dari kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, sama kita hahaa. asyik terlupa je,

      Delete
  4. Ohhhh macam tu ya. Okay2 terima kasih sharee

    ReplyDelete
  5. pernah dapat ni lepas balik linik gigi. menggelabah la kejap. bila tanya member kerja KKM ramai cakap tak payah kuarantin. nasib baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama saya. masa first tu risau juga. Tu saya kurang pergi mall. hari tu pula terpergi, sebab nak restock barang.

      Delete
  6. suami bru je kena contact casual bru ni..
    ari2 ingtkn dia sruh jwb kat mysejahtera.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tulah. kalau dpt contact casual kena jawab dlm 10 hari. kadang terlupa, so pending task tu hehe.

      Delete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.