Review Telemovie : Di Penghujung Sujud

Assalamualaikum, =D

Hai korang. Telemovie yang huda nak share dengan korang kali ni, adalah telemovie yang telah disiarkan mungkin beberapa tahun lepas. Hari tu, huda tertengok dekat Youtube. Telemovie Di Penghujung Sudut ni mengisahkan tentang kisah 3 beradik, dan seorang Ibu tunggal. 

Pelbagai conflict yang berlaku di antara 3 beradik. Pelbagai tomahan, perlian yang diterima oleh Arif, tetapi dia sabar je. 

Telemovie Di Penghujung Sujud, dibintangi barisan pelakon, diantaranya Wan Maimunah, Fezrul Khan, Redza Rosli dan Aida Jebat.

Telemovie Di Penghujung Sujud


Sinopsis Di Penghujung Sudut :-
Ianya mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Arif, yang hanya bekerja di kampung bagi membantu dan menjaga ibunya, yang sudah tua. Pelbagai pekerjaan dilakukan oleh Arif, antaranya menjual burger, dan mengambil upah untuk buat kerja - kerja kampung, seperti membersihkan kebun.

Itu sahaja yang mampu dia buat, since dia mengalami kecacatan pada kakinya akibat kemalangan beberapa tahun lepas. Kemalangan tersebut berlaku, semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas aktiviti merempit bersama kawan - kawannya, ketika zaman muda satu ketika dulu. Dari kejadian itu, dia selalu mendapat tomahan dan perlian, dari adik - beradiknya sendiri.

Katanya, Arif belajar tak pandai. Duduk kampung, tak buat apa. Tak ada masa depan. 

Hurm. Aku yang tengok cerita tu pun geram beb. Padahal si Ariff tu punya lah baik, dah insaf, jaga mak dia yang sakit. Jual burger, dan buat kerja kampung lain, semata - mata nak jaga mak dia. Dia sanggup spent time, sebab nak jaga mak dia.

Memanglah, kerja kampung tak buat apa. Dari abang adik dia, yang sibuk bekerja sampai jarang sangat balik kampung. Jarang sangat call mak dia. Sampai mak dia yang kena cari anak perempuan dia, call semata - mata rindu, nak suruh balik. 

Abang dengan adik dia, belajar pandai dekat luar negara. Gaji besar. Kerja kat Kuala Lumpur, tu yang dia berlagak sangat dengan si Arif tu.

Di Penghujung Sujud, Arif doakan mak dia diberi kesembuhan. 

Pengakhiran Arif baik, dia meninggal dalam sujud terakhirnya.

Bagaimana pula kisah abang, dan adiknya?

No comments:

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.