Betul ke putus cinta itu menyakitkan | 9 Tips move on lepas putus cinta

June 07, 2021

Assalamualaikum, =D

Aku terbaca posting dari Facebook "Nak Bebel", tentang putus cinta itu menyakitkan. Betul. Putus cinta tu memang sangat sakit, pedih, dan macam - macam lagi, perasaan yang kita rasa. Sebab tu, kadang - kadang dengar berita sampai ada yang bunuh diri, and so whatever. Nauzubillah. 

Dijauhkan dengan perkara - perkara macam tu. 

9 tips move on lepas putus cinta - byfarahh.com
Credit to Nak Bebel (FB Page)

Bila dah matured, dan dah pernah lalui saat - saat yang menyakitkan. Pada huda satu je, jangan letak harapan terlalu tinggi bila bercinta. Iyelah, baru bercinta. Belum lagi tunang, or kahwin. Kalau cintakan someone, takpe korang berhak je cintakan someone. Tapi orang kata, kalau tak halal tu berpada - pada letak perasaan korang pada si dia. 

Andaikata tak ada jodoh, InsyaAllah kita pun tak adalah kecewa sangat. 

Nak move on dari bercinta, bukan mudah. Huda sampai block everything! Sebab bila tengok je si dia posting, peh sakit hati bukan main. Itu pun, ambil masa ye nak block si dia. Bukan mudah. Bukan semudah abc tau.

"Walaupun huda block, bukanlah semudah tu huda move on". Take time. 

So maybe, ni tips buat korang. Huda tak adalah pandai sangat. Tips ni pun, dok 'kaut' sikit tips kawan - kawan. 

9 Tips Move On Lepas Putus Cinta
1. Cinta, tapi jangan 100% 
Makna kata, korang cinta tapi jangan letak kepercayaan 100%. Tengok dulu cara dia berkawan dengan korang, cara dia yang boleh menyakinkan korang, cara dia yang care kat korang, cara dia yang boleh yakinkan parents korang, dan macam - macam lagi. 

Kalau hati korang 'rasa' macam ye tak ye je (tak yakin) dengan dia, korang fikir, dan decide what to do. 

Sebab hati kita yang dapat tentukan, kita serasi dengan dia ke tidak. Hati. 

Jodoh tu ditangan Allah, kita usaha je. Kalau dah dua - dua suka, rancang nak kahwin, then go. 

Kalau putus ditengah jalan, takpe serahkan je segalanya pada Allah. Slowly belajar to accept the situation, redha. Take time. Jangan push diri korang.


2. Jangan cakap 'penatlah' nak kenal orang lain. 
Hahaahaha, yelah aku pun ada 'cakap cakap' macam ni juga. Tapi bila fikir balik, eh tak boleh gak. Kecewa - kecewa juga, tapi takkan kita nak letak kekecewaan kita tu panjang sampai tak jumpa kebahagiaan sendiri?

Kan?

Ala korang just fikir jela, setiap orang ada sinar kebahagiaan masing - masing. Allah dah tetapkan dengan siapa jodoh kita. 

Salah satu cara, slowly redha. 

3. Memaafkan tapi bukan melupakan. 
Ye, betul. Andaikan kita dah pernah bercinta bertahun - tahun dengan orang tu, tapi tak memasal orang tu tinggalkan kita. At one point, kita maybe boleh maafkan dia, untuk kelapangan dan ketenangan hati kita, tapi kesan dia mendalam sangat. Sakit tu ada lagi, susah nak lupakan.

But its ok. Macam huda cakaplah, kita perlu cari kebahagiaan kita. So carilah dengan cara yang betul di sisi Allah. 

4. Doa, solat sunat 
Doa adalah amalan kita. Disamping tu, kita buat amalan - amalan sunat (contoh macam solat sunat taubat, solat sunat hajat). Kita lebihkan doa, untuk Allah kuatkan hati kita lepas break up. Doa juga, supaya Allah pertemukan dengan someone, yang Allah dah 'set' untuk kita. Yang Allah dah tentukan jodoh kita dengan dia. 

5. Selalu positive kan diri
Nak heal, nak move on ni ambil masa. Biar masa yang menentukan segalanya. Tapi kita usaha jelah untuk kita move on, dengan selalu fikir positive. Bagi ruang untuk family, kawan rapat, dan orang sekeliling, bahagia dengan kita. InsyaAllah kita dapat kebahagiaan tu. 


6. Doa, minta Allah busy kan diri kita
Again, doa. Doa kat Allah, minta Allah busy kan diri dengan perkara - perkara berfaedah. Masa single lah, time the best kita buat apa yang kita nak buat. Biarlah orang kata, bestnya single bla bla. Tapi orang tak tahu, sebenarnya kita cuba kuatkan hati, dan move on. 

Kita move on dengan cara kita. 

InsyaAllah, bila kita yakin dengan doa kita, kita yakin dengan Allah. Trust me, you akan rasa tenang sikit. Sebab bila kita busy, tak adalah kita fikir benda yang tak patut kita fikir. Ada je aktiviti yang kita nak buat. 

7. Dengar kata - kata family dan rakan
Part ni pun penting. Cari family members, dan kawan yang korang boleh share dan diorang pun boleh bagi pendapat dengan baik. 

Jangan pendam sorang - sorang. InsyaAllah, korang akan ok.

8. Move on tak semudah ABC. 
Memang kekadang geram juga, orang cakap move on la weh. Move on. Move on, buat apa ingat benda yang dah lepas. Buat apa kenang benda dah lepas. 

Betul je semua tu. 

Tapi kalau orang lepas break up, dia tak boleh nak brain. Sebab dia tengah layan perasaan dia. Biarkan dia reda kejap. Kalau dia nak share dengan korang something, layankan. Kalau tak mampu layan, tolak dengan baik. 

Beri orang lepas break up tu masa. Lama - lama, dia akan fikir juga nasihat orang sekeliling. Dia akan nampak betapa cerahnya dunia lepas dia breakup. Time tu dia dah ok. Really ok. 

9. Lepas break, pandang sesuatu dari perspektive yang berbeza.
Breakup tu, ada hikmahnya yang tersendiri. Allah lebih tahu. 

Kita sebagai manusia kena terima dengan hati yang terbuka, dan pandang je apa yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Hikmah (pengajaran), yang kita tak nampak dalam masa terdekat. Tapi mungkin lepas beberapa minggu, atau bulan breakup. 

Semua benda take time. Take time to heals. Slowly terima sesuatu, dan redha kan ia. 

Ambillah masa seberapa banyak masa mungkin. Jangan push untuk melupakan someone, tapi usahalah tanpa push. Sebab bila kita makin push diri, makin kita rasa sakit. So chill chill je. 

Anyway stay happy, stay safe. Take care. 

You Might Also Like

8 Comments

  1. The wound will heals,
    The right people will come.
    May Allah ease. Amin....

    Agak serik dan penat tapi Allah sentiasa mengetahui yang terbaik..

    ReplyDelete
  2. Malas nak berharap dah 🥺 Last2 kena tinggal hurm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan. so kalau berkwn tu, berkwn tapi jangan letak 100%.

      Delete
    2. Betul kak tapi kami tak block pun IG . masih lg tgk story nya . dah tak ada jodoh nk buat mcm mana .

      Delete
    3. hhehehe takpe, benda tu terpulang kepada individu. Kalau breakup secara baik (akak rasa ok). tapi kalau dah pihak sana mcm acuh tak acuh, haha block je semua kihkihkih

      Delete
  3. Setuju tang block tu, saya memang putuskan semua connection. Takde faedah pun nak kekal berkawan sebab nanti hati sendiri yang sakit. Move on memang susah, tapi Insha Allah boleh

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.