Resepi Nasi Goreng bersama Ayam KFC

June 06, 2021

Assalamualaikum, =D

Hai korang. Memandangkan semalam abang huda beli ayam KFC, then ada yang tak habis sebab semuanya tinggal bahagian isi. Dapat pula, ayam KFC yang semuanya size besar - besar. Itu yang tak terabis. Jadi kita buat je nasi goreng.

So here, Nasi Goreng bersama Ayam KFC

Nasi Goreng Bersama yam KFC - Resepi byfarahh.com
Nasi Goreng bersama Ayam KFC requested by abah.

Resepi Nasi Goreng yang simple, dicampur ayam KFC. 

Bahan -bahan
1. Nasi Putih (masak dua pot, atau ikut kesesuaian),
2. Bawang besar (huda guna bawang merah 1 biji + bawang holand, 1/2 biji)*
3. Bawang putih 2 ulas*
4. Ikan bilis *
5. Lada merah*
6. Cili padi (optional) *, kalau nak pedas letak lebih, kalau tak nak pedas letak sikit.
7. Ayam KFC (actually boleh ganti dengan ayam, daging, udang atau sotong)
8. Kentang (digoreng dulu) - optional, kalau korang nak letak kentang.
9. 2 biji telur
10. Garam dan ajinamoto secukup rasa
11. Sayur Sawi (atau korang boleh pilih, any sayur yang bersesuaian)
(* sila blend/tumbuk)

Cara memasak
1. Panaskan minyak masak, untuk menumis. 
2. Blendkan bahan - bahan (*), bawang besar, bawang putih, ikan bilis, cili padi, dan cili merah.
3. Tumiskan bahan - bahan yang telah di blend tadi hingga masak, pecah minyak (bertukar warna keperangan), dan garing (huda suka buat, bahan tumisan tu garing. baru sedap).
4.  Bila bahan tumisan dah masak, masukkan sayur - sayuran (pilihan korang),
5. Masukkan kentang yang telah digoreng, ayam KFC (dipotong).
6. Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa
7. Masukkan nasi putih
8. Gaul rata
10. Nasi goreng tu, korang buat lubang kat tengah - tengah. Then, masukkan telur. Biarkan kejap, 2 min. Agak - agak nak masak,
11. Gaul rata, 
12. Biarkan dia mendidih rata. Then biarkan hingga telur tu masak
13. Siap. Then korang, boleh hidangkan

Selamat menjamu selera! =D


You Might Also Like

10 Comments

  1. Uiii nampak sedap...
    Blog pun dah cantikk, comel macam ownernya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thank you sis. Deco simple - simple tapi tak habis edit lagi

      Delete
  2. Kita sama tau..ada jer lebihan last night mesti nak habiskan..x nak membazir kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, ada lebihan buat nasi goreng. Sedap pun sedap tu

      Delete
  3. kihkihkihhh. wowwwww. . siap bubuh resepi . nak cuba lerr nantii... 😋😋😋

    ReplyDelete
  4. Thank you share recipe
    Dahlah rabia sukaa masak nasi goreng

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.